Selasa, 21 Mei 2013

sinar yang terpendam


“No way pa! I will not getting married with her! Riz dah ada calon riz sendiri! Bukannya perempuan kampong ni!” Suara itu sering menerjah ke dalam fikiranku apabila aku memikirkan nasibku  yang sudah tertulis di Luhmahfuz.
Mengenangkan jerkahannya membuatkan aku terasa kerdil di mata orang kenamaan. Sekaligus berjaya membuatkan aku mempersoalkan takdir yang sudah tercatit di Loh Mahfuz sekian lama sebelum roh aku ditiupkan di dalam rahim ibuku. Ibu… Sungguh aku amat merindui akan gelaran itu. Begitu juga dengan gelaran bapa. Aku begitu mengharapkan agar perkataan pertama yang lahir daripada mulutku ialah ibu ataupun ayah.
Tapi aku tak mampu, kerana aku sudah kehilangan kedua-dua ibu bapaku sejak hari pertama aku dilahirkan. Ibuku meninggal kerana kehilangan darah yang banyak sewaktu melahirkan aku. Manakala ayahku pula meninggal akibat kemalangan jalan raya sewaktu perjalanan ke hospital.Disebabkan itu tidak seorang pun yang ingin mengambil aku sebagai anak angkat kerana menganggap bahawa aku hanyalah seorang gadis pembawa malang.
Sungguh perasaan ku terluka sedikit sebanyak. Tapi aku hiraukannya dan menganggap bahawa itu sudah menjadi adat orang melayu yang taksub akan pegangan pantang dan seangkatan dengannya.Tapi lukaku semakin rabak apabila lelaki yang dulunya kelihatan agak sempurna padaku dari segi fizikalnya menuturkan perkataan yang mampu membuatkan hatiku bersepai ibarat kaca yang terhempas di batu.
Kata-kata itu ibarat menghantui diriku. Tidak kira kemana sahaja aku pergi, pasti kata-kata itu mengekoriku. Tambahan pula dengan peristiwa yang tidak akan sesekali ku lupa yang berjaya membuatkan masa depanku semakin kelam. Apakah salahku? Mengapa  tuhan yang satu menguji aku dengan sebegini dugaan yang maha berat? Tidak layakkah aku menerima sedikit kebahagiaan?
Entah mengapa setiap kali ku mempersoalkan takdir, airmataku pasti bergenang. Mungkin sedih dengan takdirku barangkali. Peristiwa itu sering terlayar di mindaku dan terus membuatkan luka dihatiku semakin parah.
***
“Khai!”Jerkah Riana. Aku yang leka membuat kerjaku terkejut akan jerkahan itu. Ades! Minah ni memang nak kenalah dengan aku! Ishk!
“Apa?!” Jerkahku balik. Riana yang mendengar jerkahanku hanya mampu tersenyum kambing. Senyum senyum.Sekali aku lesing kang! Ha, baru tahu!
“Sorry, ‘ter’jerkah kau…Hehehe” Pintanya. Bagus! Aku kembali menyambung tugasku yang terbantut sebentar tadi akibat jerkahan Riana. Tapi nampaknya tugasku sekali lagi terbantut apabila Riana sibuk duk menempel tepi diriku. Mengapakah?
“Kau pehal?” Tanyaku sambil membuat tugasanku. Riana yang mendengar akan pertanyaanku terus tersenyum penuh makna.
“Kau cantik…” Ujarnya setelah sekian lama menyepi daripada pertanyaanku. Hokey! Ni apahal ni tiba-tiba kata aku cantik? Keningku jongket tanda tidak mengerti akan maksudnya.,
“Tapi kau lagi cantik kalau kau teman aku pergi makan sekarang. Heee..”Sambungnya. Ceit! Podaaa! Aku ingatkan apa tadi. Baru je nak kembang sebab ada orang kata aku cantik. Heh!
“Makaaannn jelah kerja kau kan? Badan still maintain, tak naik naik langsung! Kerja dah siap belum?” Tempelakku. Terus dia mengeluh dan memasamkan mukannya. Ades! Dah serupa muka apa entah.
“Kau ni macam tak tahu aku kan. Kalau aku ajak pergi makan itu maksudnya aku dah settle dah la pasal kerja aku. Selagi tak settle selagi itulah aku tak pergi makan.Kau ni… Ni nak sentap ni!” Keluhnya. Ades! Macam manalah aku boleh lupa yang Riana ni sebiji macam aku kalau bab kerja ni. Adoi! Satu kerja nak pujuk dia balik…
“Sorry…Aku terlu…”
“pa.. Ye,aku tahu kau terlupa.Takyah mintak maaflah sangat. Dah tau sangat perangai kau macam mana.” Sambungnya. Aik?! Ni kutuk ke puji ni?
“ Aku tak kutuk kau okay. Dah memang itu pun sikap kau kalau kau terlampau alpa dengan kerja kau itu.” Balasnya selamba seakan mengerti akan apa yang sedang aku fikirkan ketika ini.Hohoho…
“You are mybestie ever !” Serentak aku memaut bahunya. Riana yang tercengang kembali tersenyum sambil meniup kukunya. Amboi! Lagak serupa macam mak datin! Hahaha…
“Well, biasalahkan.. Aku, sapa tak kenal. Manusia yang perihatin number one in Malaysia you know! Hahaha.” Ades! Perah santan lah pulak minah ni. Ishk ishk ishk… Nasiblah aku dapat kawan macam ni. Tanpa pedulikan Riana yang sedang bernegah megah dengan dirinya, aku segera mengatur langkah ke arah kafe yang terletak tidak jauh daripada tempatku bekerja.
“Woi!!! Kau nak pergi mana tu Khai?!” Jerit Riana. Kakiku yang galak megatur langkah kearah kafe mulai terhenti apabila terdengar jeritannya yang mengalahkan hantu niang rapik!
Aku segera memusingkan badanku ke arahnya dan melihat dia berlari mendapatkan aku dengan nafas yang termengah-mengah. Serupa macam kena kejar dengan anjing gila.Aku hanya mampu mengelengkan kepala apabila melihat keletah Riana. Hanya dia sahaja yang mampu membuatku tersenyum riang.
“Weyh…kau.. kau.. nak… nak… pergi… mana???...” Tanyanya dalam keadaan semput, Hahaha. Padan muka! Siapa suruh lari kan? Muahahaha. Kejam giler aku.Heh!
“Aku nak pergi kafe lah ni. Tak nampak ke laluan yang kita selalu nak pergi kafe ?”
“Lorh! Apehal tak kata dekat aku dulu? Tak lah aku lari macam orang gila tadi..”
“Aku ingatkan kau dah tau…”
“Kalau aku tahu taklah aku tanya kau..”
“Lorh..Macam itu pulak ek?”
Riana memandangku tajam.Aku hanya tersengih mengalahkan kerang busuk! Riana mengelengkan kepala apabila melihat aura kebudak-budakkan aku terserlah. Mesti dalam hati duk mengutuk aku kaw kaw ni!
“Dahlah, jomlah kita pergi kafe… Kalau bertekak dekat sini sampai sudah tak habis. Perut aku dah berdondang sayang dah ni. Nasib baik tak buat konsert rock je dalam ni.” Tau pun!
Ah,sudah! Dah masam dah muka itu. Kalau muka itu masam maksudnya aku kena turutkan jelah apa yang si Riana ni cakap. Kalau tak.. hurmm…
“Okay.. Jomlah.” Ajakku. Dia mulai tersenyum senang dengan pelawaanku. Haish! Susah sungguh kalau ada kawan yang perangainya sebiji macam aku! Sukar diduga dan ditawan hatinya. Ehek! Terperasan lebih lah pulak!
Keheningan menambat diriku dan Riana apabila tidak ada seorang pun mengeluarkan sepatah dua kata selang beberapa minit lepas. Bagus juga macam ini,mengikut kajian orang yang banyak bercakap ialah orang kurang pengetahuannya. Entah betul ke tak aku tak pasti. Tapi yang pernah aku dengar ialah kalau orang yang kuat ketawa je tergolong dalam golongan orang yang kureng mempunyai ilmu.
Hurm, hentam sajalah labu. Yang penting takde sangkut paut dengan kehidupanku. Apahal lah pulak aku rasa ambik masa lama sangat nak pergi kafe ni? Ke kafe pindah tempat? Adeh! Pindah tempat apanya kalau aku kafe tu baru bukak tiga bulan lepas? Hoih! Merapu lebih aku ni!
“ Weyh,Khai! Kau pernah jumpa tak CEO baru kita itu?” Jerit Riana. Adeh minah ni! Dalam sehari tak boleh ke buat aku ni tak terkejut? Nasib baik lah takde serangan jantung. Kalau ada, sapa nak jawab?
Ni pehal lak ni buat muka teruja tahap dewa. Dahla dipautnya lengan aku ni. Kalau tak sakit takpe, ni sakit giler. Ha, Riana ni tengok je muka cun,kurus melidi tapi bila dekat tulang itu. Huh! Kuat tulang dia lagi daripada batu! Agak-agak berapa kalsium dia telan sehari ek?
“ Tak.. Apasal?” Layanku. Yelah, layan jelah dia tanya apa walaupun aku ambik masa berapa minit jugak nak cerna pertanyaan dia tadi.Kang,kalau tak layan pulak kang,ada orang buat sketsa lebih dekat sini kang.
“ Ruginya! Eh,kau tahu tak dia adalah makhluk tuhan yang paling sempurna yang pernah aku lihat tau! Cair dowh…” Katanya. Ni apehal lak ni buat muka cute mengalahkan muka kucing kesayangan aku ni? Kening ku jongketkan apabila ku rasa Riana sudah berada di dalam dunia fantasinya bersama CEO syarikat perhotelan Harrods yang bertaraf enam bintang di luar negara mahupun di Malaysia.
“ Sempurna sangat ke mamat itu?” Perliku. Riana yang mendengar perlianku memandangku tajam. Marahlah itu.
“ Sempurna beb! Dari segi fizikal je aku dah tertarik dekat dia tau! Handsomee sangat-sangat tau! Yelah, kau boleh tak bayangkan macam mana rupa CEO baru kita itu kalau dah Chairman hotel kita ni pun ada mix blood diantara melayu dan cina. Tu baru Chairman! Bukan lagi bini Chairman itu! Bini Chairman lagilah dasyat! Ada mix blood darah Eropah dan Britain itu!!! Dahlah lulusan Bachelor of Business Studie honours dekat Universiti Edinburgh lagi. ” Mak aih! Biar betui?! Kalau betul, berapa sel khromose yang ada dalam tubuh CEO aku itu ek?
Yelah mana taknya. Dahla si ayah ada mix blood melayu dan cina. Mak pulak ada campuran eropah dan Britain. Kalau dua itu bersatu so, anak dia ni boleh dikategorikan sebagai… Apa?! Tunggu kejap, tunggu kejap. Otak aku tak boleh terima input tadi. Ayah ada mix blood melayu dan cina. Mak pulak ada campuran eropah dan Britain. So, anak????
Mak aihhh!!! Memang patutlah si Riana ni terkinja-kinja mengalahkan kucing dapat makanan, sebab dia dah jumpa CEO aku itu live kut! Aku yang tak pernah jumpa pun, bergoncang dah iman bila aku rasa betapa sempurnanya CEO baru aku itu. Yelah, Chairman itu, walaupun tua masih handsome lagi tau! Puan Sri pun walaupun tua masih bergetah dan cun lagi! Oihh… Memang bertuah sungguh CEO baru aku itu.
“Handsome kan? Aku tau kau duk terbayangkan rupa paras CEO kita itu. Tapi aku nak cakap dekat kau tak payah bayang sangatlah sebab nanti petang kau boleh tengok dia secara live lagi tau! Hari ni dia datang dengan Chairman sebab ada uru…”
“ Serius ke dia datang petang ni? Ya Allah, terujanya aku! Tak sabar aku nak tengok wajah CEO kita itu Riana.Mesti handsome kan? Harap-harap sempat aku jumpa CEO kita itu!” Potongku. Riana terkebil-kebil apabila melihat perangai gedik aku yang mengalahkan budak tak cukup umur apabila aku memotong percakapannya.
“ Sorry…” Pintaku pada Riana apabila aku berasakan bahawa reaksi ku agak melampau. Mana tak melampaunya bila badan aku sibuk duk pusing sakan bila aku cakap pasal CEO baru aku itu.
Gedik gile kut! Macam tak pernah jumpa orang kachak je!
“ Hurm.. Takpe,itulah pasal siapa suruh kau tak tengok dia hari Isnin lepas? Nasib baik dia datang balik hari ini. Kalau tak, memang kempunanlah kau nak tengok CEO baru kita itu..”
“ Amboi cik kak.. Cakap tak pandang kiri kanan nampak? Eh, ko lupa eh yang aku ambik cuti sakit hari itu sebab aku demam?Bukannya aku tak nak datang..” Ujarku. Riana mengetuk kepalanya pabila menyedari akan kekhilafannya yang terlupa bahawa aku sedang sakit hari itu.
“Ha’ah ek. Kau mana datang hari itu. Kau demam! Apasal lah aku bongok sangat ni?! Otak lambat gila nak catchup. Hurm.. Tapi takpe, sebab lepas lunch ni kau boleh lah jumpa dia sepuas hati kau ek  Cik Nur Hawa Khaisara….” Leretnya. Aku pula hanya tersenyum panjang seusai Riana menghabiskan kata-katanya. Entahlah apasal aku teruja sangat nak jumpa CEO baru aku itu. Padahal kebiasaannya,aku tak amik peduli pun pasal orang baru dalam syarikat. Ni tak! Lain pulak jadinya kalau pasal CEO ni. Hurm.. Entahlah labu. Yang penting sekarang ni ialah sesi mengeyangkan perut terlebih dahulu!
***
Alamak! Dah pukul empat setengah petang dah ni! Adui..Melepas aku nak lihat CEO baru itu.Uhuk! Ni nak boikot ni. Ni semua pasal minah gedik itu punya pasal! Mentang-mentang kau pengurus dekat hotel ni,suka hati je ek suruh aku cuci tandas. Dahla luar bidang kuasa aku! Ishk! Geram tau tak!
Lantai tandas yang terakhir itu ku sental dengan perasaan yang bercampur baur. Perasaan marah,benci,kecewa,geram, sedih  bak kata orang semua perasaan yang negatif itu ada punyalah! Nasib baik tandas ni orang jarang guna walaupun berdekatan dengan lobi. Sebab kedudukan tandas ni yang tersorok sikit daripada pandangan mata umum menyebabkan tandas ni kurang sambutannya.Sedikit sebanyak kejadian di kafe sewaktu aku dan Riana sedang menjamu selera terlayar di minda.
“ Khai, I nak nanti you hantar semua kain-kain yang kotor ke laundry.Then, I nak you basuh semua tandas dekat swimming pool,gym,surau and dekat lobi lepas you habis makan ok.” Arah si pengurus,Jasmine.
Aku dan Riana terkebil-kebil memandangnya. Manalah tak terkebil kami dibuatnya? Dahla orang tengah makan disuruhnya buat kerja yang melibatkan tandas.Pulak itu,kerja itu di luar bidang kuasa kita orang kut!
“Mana boleh Khai buat semua itu,cik Jasmine! Itu bukannya pekerjaan Khai.Itu pekerjaan cleaner. Suruhlah dia orang! Khai ni kerja dia kira semua perabot ataupun barang yang baru sampai dekat hotel kita ni!” Bentak Riana.
“ Ha’ah betul tu Cik Jasmine. Itu semua bukan kerja saya.Lagipun kenapa saya yang kena buat? Orang lai…”
“ You all jangan nak melawan cakap I ek. I ni manager korang dekat sini. Ingat sikit diri itu siapa. You all just pekerja bawahan je dekat hotel ni! So,jangan nak membentak kalau nak cari duit tahu! Buat je apa yang I suruh.. Itu pun salahke?” Marah cik Jasmine. Aku semakin bengang apabila dia membuat kenyataan sebegitu rupa. Apa salahke kerja macam ni? Halal apa!
“ Memang tak salah cik Jasmine. Tapi mana semua cleaner yang ditugaskan dekat hotel ni? Ditelan bumi ke sampai Khai yang kena buat semua itu?” Sinis Riana. Cik Jasmine membuntangkan matanya apabila Riana menyuarakan pendapatnya. Aku pula hanya bertindak sebagai pemerhati sahaja. Tak nak keadaan yang panas semakin hangat.
“ Semua cleaner itu sibuk! Lagipun ada banyak cleaner cuti hari ni. Itu pasal I suruh Khai buat semua itu. Lagipun I rasa tugas itu lagi senang daripada kira stok yang selalu sampai dekat hotel ni.Yang you tu menyibuk kenapa? Ada I suruh you? Takkan? So, better you just shut up your mouth!” Balas si Jasmine. Ah,sudah! Makin panas nampaknya. Si Riana tak nak mengalah. Si Jasmine pun tak nak mengalah. Jadi sapa yang kena mengalah? Aku?
Aku segera memegang lengan Riana apabila aku melihat dia ingin membidas cik Jasmine. Riana memandang ke arahku dan aku hanya mengelengkan kepala tanda tidak ingin dia berbalas jawab. Riana akhirnya akur  walaupun aku tahu jiwanya memberontak yang amat terhadap pengurus yang  baru sahaja ditugaskan sebulan lepas.
“ So, I rasa tugas I untuk sampaikan pekerjaan you dah selesai. Harap you all enjoy your lunch.” Sinis suara itu berbicara. Sebelum meninggalkan kami di meja makan,aku sempat lagi menangkap senyuman sinis di bibirnya. Seronoklah itu sebab dapat kerjakan aku!
“ Ishk! Khai,apahal kau halang aku daripada lawan cakap dengan dia? Dahla aku baru je nak lepas gian berdebat. Lama dah aku tak berdebat tau!” Luah Riana. Aku tergelak. Adui! Dalam marah itu, sempat jugak ek buat lawak? Riana,Riana…
“ Saja je tak nak kau buang masa lawan cakap dengan dia. Orang macam itu jangan dilayan sangat Riana. Dia takkan mengalah punya. Tambah-tambah lagi dia itu ada pangkat lebih besar daripada kita, Kita, pekerja bawahan ni kena ikut jelah cakap dia kalau nak cari duit untuk sesuap nasi.” Pujukku. Riana kelihatan cuba menenangkan dirinya.
Aku tersenyum melihat keletahnya dan terus menyambung makan makanan yang sedang berbaki di pingganku.
“ Aku rasa dia suruh kau buat semua itu mesti sebab dia tak nak kau jumpa CEO baru kita itu petang ni.” Telahnya. Aku yang sedang sibuk menjamu selera segera mengangkat mukaku ke arahnya. Riana menjongketkan keningnya sambil tersenyum manis.
“ Apa kaitannya?” Yelah. Apa kaitan CEO baru syarikat hotel ni dengan aku nye? Aku bukan kekasih dia pun!
“ Kau kan staff yang paling cantik dekat dalam hotel ni. Cuma kau bekerja belakang tadbir je. Cuba kau kerja jadi penyambut tetamu ke apa ke, Aku gerenti lah pasti hotel ni tiap-tiap hari penuh.” Pujinya. Tapi aku masih lagi tidak dapat menangkap apa maksud sebenar Riana.
“ So?”
“ So, dia takutlah kalau CEO kita itu terpikat dengan kau,bukannya dia!” Telahnya. Dan aku…
“ Hahaha. Apa yang kau merepek ni Riana? Adeh! Eh,kalau diantara aku dan cik Jasmine itu aku rasa komform dia pilih cik Jasmine tau tak! Lawak lah kau ni.” Aku ketawa. Aku semakin galak ketawa apabila Riana membuat muka bosannya ataupun lebih dikenali sebagi muka poyo! Aku mengelengkan kepala dan terus meyuapkan nasi di dalam mulutku.
“ Dia tak pilih Jasmine…” Jedanya. Aku tersentak! Biar betul CEO aku tu tak pilih cik Jasmine. Biasanya cik Jasmine tu terkenal dalam golongan lelaki kerana kecantikkannya walaupun dia tampal bedak lima inci dekat pipi dia itu.
“ Maksud kau?”
“ Untuk pengetahu kau, masa hari Isnin hari itu, CEO kita kan datang masa itu dengan Chairman. Tapi dalam setengah jam lepas sampai itu, Chairman kena balik ke syrikat pula sebab ada mesyuarat dengan ahli lembaga pengarah. Then, masa itu cik Jasmine ni kenalah perkenalkan semua staf department yang ada dekat dalam hotel ni.Cik Jasmine dan Ketua jabatan kita ditugaskan untuk teman CEO kita sepanjang dia melawat dekat hotel ni. Tapi masa itu, ketua jabatan kita pulak yang tak ada sebab ada mesyuarat dekat luar,jadi akulah yang kena ganti tempat ketua jabatan kita itu.”
“ Sepanjang aku teman CEO kita itulah, aku tengok dia ni macam tak layan sangat cik Jasmine. Padahal hari itu cik Jasmine pakai pakaian seksa tahap dewa kut! Siap cuba pegang tangan CEO kita lagi itu. Tapi nak buat aku tergelaknya, CEO kita tepis tangan dia tahu tak! Hahaha. Masa itu aku tahan jelah ketawa aku.” Terang Riana pnajang lebar. Oh, macam itu. Kiranya, dingin jugaklah CEO aku itu dekat perempuan ek?
“ Takpelah Khai.. Kau buat jelah kerja yang si Jasmine itu suruh. Sebab aku rasa sempat lagi kau nak jumpa CEO baru kita itu sebab dia datang pukul tiga petang.So, sekarang baru pukul dua belas suku. Sempat lagi ni…” Pujuk Riana. Aku menganguk tanda mengiakan pendapatnya. Betul jugak apa yang Riana ni cakap, lagipun semua tandas yang aku kena basuh itu kecik je tempatnya. So, boleh lah aku jumpa CEO itu petang ni. Hehehe.
Dan aku akhirnya terdampar di sini. Di tandas terakhir! Tandas perempuan okay! Jangan nak fikir pelik sangat tau!Urgh! Macam mana lah aku boleh lupa yang tandas dekat gym tu dia orang ubah suai sampai jadi besar? Menyesalnya! Ha, amik! Nak sangat kan ikut cakap si Jasmine itu, daripada ada peluang nak jumpa CEO baru langsung habuk tak dapat! Yang aku dapatnya, sakit hati! Ishk!
Ya Allah Sara..Tak baik mempertikaikan takdir. Mungkin ada hikmah disebalik semua ini mana tahu kan? Hurm.. Ya, terima ni atas kredit ada hikmah yang berlaku di sebalik semuanya. Okay,Sara. Sekarang kau habiskan tugas kau dulu dan lepastu kau boleh enjoy ataupun lepas geram masa kau balik okay?
Setengah jam kemudian aku selesai meyiapkan segala tugasanku dengan perasaan yang gembira sangat-sangat! Mungkin inilah orang kata kalau kita redha dengan ketentuan Ilahi,hidup kita akan terasa aman dan damai. Segala peralatan mengemop,mencuci dan sebagainya aku simpan di stor yang terdapat dalam bilik air berkenaan.
Okay,siap! Sekarang ni kita balik lepastu….Lepastu apa ek?Hum apa-apa jelah.Sebelum aku melangkah keluar, aku memperkemaskan lagi diriku dihadapan cermin, tudung dan baju aku perbetulkan sedikit. Sedikit minyak wangi kucalitkan di pergelangan tangan,tekak dan di baju.
Ha! Baru boleh bernafas sikit aku.Aku tersenyum senang dihadapan cermin.Aku terus melangkah keluar meninggalkan tandas berkenaan dengan senyuman yang tidak lengkang daripada bibir. Tapi..
“Argh!!!” Nasib malang menimpa diriku apabila kakiku tersadung board yang tertulis ‘coution! Wet floor.’ Apalagi! Teruslah aku terjatuh ibarat nangka busuk! Nasib baik lantai ni empuk. Wangi pulak itu! Tapi bila masa lantai boleh jadi empuk ek? Lagi satu, bila masa pulak aku cuci lantai dekat luar ni?
Disebabkan perasaan ingin tahu mencanak naik di sanubariku, mata yang terpejam kemas ku buka sedikit demi sedikit dan alangkah terkejutnya aku apabila lantai yang ku anggap empuk dan wangi sebentar tadi adalah seorang lelaki. Diulangi,L.E.L.A.K.I! Bukan golongan maknyah ataupun seangkatan dengannya!
Disebabkan terkejut aku langsung menolak tubuh lelaki berkenaan. Kuat jugaklah sampai lelaki itu terperanjat. Wajahnya mengerut seperti sedang dalam kesakitan. Kuat sangatke aku tolak? Mana tak kuatnya kalau dah lelaki yang ada dalam dakapan aku ada  melekap dekat dinding ni.
“Eh,encik.Saya mintak maaf.Saya betul-betul tak sengaja encik.”Pintaku.Aku segera mendapatkan lelaki berkenaan. Dan lelaki itu hanya tersenyum memandang diriku.
“I’m okay. It’s not your fault at all.” Dia tersenyum.Alahai cakap mat salleh lah pulak dekat aku. Nasib baik Bahasa Inggeris aku dapat A masa SPM enam tahun lepas.Kalau tak,sepatah haram aku tak tahu apa yang dia cakap.
“Betul ke ni encik?” Tanyaku lagi. Entah kenapa aku gatal sangat nak cakap bahasa melayu walaupun lelaki depan aku ni sibuk speaking dengan aku tadi.Macam mana tak speaking dengan aku,kalau lelaki ni pun mat salleh.
Baru sahaja aku ingin memperbetulkan soalanku ataupun dengan lebih tepat ingin menterjemahkan soalan yang tadinya bahasa mlayau kepada bahasa inggeris, kedengaran satu suara menerjah gegendang telingaku ini.
“Ye,saya okay. Awak jangan bimbang ya.” Kata suara berkenaan.Eh,sapa yang kata itu? Takkan mat salleh depan aku ni kut?
“ Saya melayu.” Sambungnya.
Kebabbom!!!!
Adeh! Malunya aku. Mesti dia ingat aku ni tak pandai speaking dengan dia sebab aku tanya soalan melayu tadi. Eh,kejap.Tak salahkan nak cakap bahasa melayu? Bahasa melayu tu bahasa kebangsaan apa? Jadi,tak salahlah kan kalau kita nak memartabatkan bahasa kebangsaan kita? Tak salahkan???
Aku tertunduk segan. Malu tak habis lagi. Lelaki yang kononnya mat salleh depan aku Cuma tersenyum segaris sebelum melangkah maju kehadapan. Eh,apahal lak lelaki ini nak dating dekat ni? Jantungku mula tak tentu arah apabila dia semakin dekat. Dahla dengan haruman minyak wangi dia yang wangi bagai nak rak.Ditambah lagi dengan senyuman dia. Janganlah dia buat apa-apa dekat aku.Dahla takda orang langsung dekat sini. Gusarku.
Semakin dia dekat,semakin kuat jugaklah degupan jantungku.Rasa macam baru lari marathon je. Setapak dia dekat,setapak aku undur.Begitulah keadaan aku dan dia sekarang sehinggalah aku tiada lagi tempat untuk melarikan diri kerana tubuhku dihadang oleh dinding yang berada di belakangku.
Tiba-tiba dia berhenti tepat depanku.Boleh kira dalam dua tapak lagi jarak antara aku dan dia. Dia menunduk lantas mengambil board yang aku terlanggar tadi dan meletakkannya di tepi dinding.
Terkelu! Waa! Rasa macam nak sorok je muka aku ni ha! Apahal lah fikiran aku ni singkat sangat? Adeh! Memamng buat malu kaum jelah kau ni Sara!
“Muka awak merah.” Kata lelaki itu. Mukaku yang sudah sediakala merah bertambah lagi merah.Eiii!!! Apahal nak merah masa ni pulak?
You look so adorable…” Tambahnya lagi. Adeh! Dia ni tak boleh ke berhenti cakap kejap? Aku dahla malu tahap berapa langit dah ni.
“Er… Sorry encik.Saya memang tak sengaja nak peluk encik tadi.” Kataku. Yelah kalau aku terus senyap kang,nanti dikatanya aku bisu.
Dia mengeleng perlahan. Aku beranikan diri untuk menatap wajahnya. Tapi entah kenapa jantungku bergetar hebat apabila mataku bertemu dengan matanya.Segera kularikan wajahku daripada wajahnya sebab jantung punya rentak dah lain macam dah. Aku dapat rasakan yang dia hanya diam memerhati diriku. Dan aku juga memerhati dirinya. Tapi bukan wajah dialah.
Aku perhatikan pakaian yang tersarung di tubuhnya. Kemeja yang melekap terus ditubuhnya memperlihatkan lagi bentuk badan tubuh lelaki dihadapan aku ini. Nasib baik warna baju kemeja dia biru gelap. Kalau putih..Aku tak tahulah. Lagi satu,nasib baik dia pakai kot dekat luar.Kalau tak memang haram jaddah aku nak pandang muka dia. Malu oii! Tapi bila dia pakai baju macam ini membuatkan aku tertanya satu soalan cepu emas kepada dia.
“Encik ini tetamu hotel ni ke?” Tanyaku setelah lama berdiam diri. Dia tersenyum sekali lagi.
“Boleh dikira macam itulah. Ini pun terpaksa datang sebab I kena belajar semua department yang ada dekat hotel ni sekaligus perkenalkan diri I pada staf-staf dekat sini.” Ujarnya. Sebelah tangannya dimasukkan ke kocet seluar slacknya menambahkan lagi ketampanan dirinya.Oh,macam itu. Kepala ku angguk tanda mengerti. Tapi tak lama kemudian,wajahku berkerut memikirkan percakapnnya sebentar tadi.
I kena belajar semua department yang ada dekat hotel ni sekaligus perkenalkan diri I pada staf-staf dekat sini.
Setahu aku lah kan. Biasanya eksekutif-eksekutif yang baru sahaja dilantik  di syarikat Perhotelan Harrods je kena belajar semua department di seluruh cawangan hotel Harrods di Malaysia. Lepastu dia orang kena perkenalkan diri dia orang kepada semua staf hotel Harrods di Malaysia. Chairman yang tetapkan begitu. Tak tahu kenapa.Tapi yang menjadi persoalannya sekarang ni,ada ke eksekutif yang baru dilantik? Setahu aku eksekutif yang baru dilantik ialah CEO syarikat Hotel Harrods,anak kepada Chairman.
Eh,kejap! Eksekutif baru? CEO? Anak Chairman? Takkanlah…
“ Nice to meet you Hawa…” Ujarnya. Kepalaku terus terpaling ke arahnya. Mataku membulat. Dia tersenyum manis.
“I’m your new CEO, Harith Rizqi.” Tambahnya sambil tersenyum manis.
Plush!!!
Waa! Malunya aku! Orang yang aku peluk tadi CEO baru! Orang yang aku tergedik sangat nak jumpa! ARGH! Apahal aku boleh terpeluk dia tadi! Bala,bala…
“ Cik Nur Hawa Khaisara. Kalau dalam bahasa Arab Siti Nur Hawa Khaisara. Hurm, nice name.” Dia sebut nama penuhku. Tapi apahal dalam bahasa arab pangkal nama aku Siti di depan?
“ Cik dalam bahasa arab means Siti,Hawa.” Dia menjawab seakan mengetahui apa yang berada di dalam fikiranku.Owh. Baru aku tahu cik dalam bahasa arab maksudnya Siti. Sepi menyelubungi dirku dan dirinya. Aku yang masih tertunduk malu dan dia yang masih merenung setiap inci wajahku. Apahal lah tengok wajah aku ni?
“ Erm.. Encik, saya mintak maaf sebab saya takda masa sesi suai kenal dengan encik. Saya ada tugas. Kena cuci tandas.” Luahku. Dia sekali lagi tersenyum. Dia ni tak penat ke senyum selalu?
“ You cleaner ke?” Tanya dia.
“Eh, taklah! Ni bukan kerja saya. Tugas saya sebenarnya kena kira barang-barang dari luar yang baru sampai dekat hotel ini. Bukan cleaner. Tapi tadi pengurus hotel ni suruh saya cuci tandas sebab dia kata cleaner semuanya sibuk dan banyak yang cuti. Itu saya terpaksa buat ni.” Aku segera menindakkan pertanyaanya sebentar tadi.
Dia tersenyum. Tapi senyumannya kali ini lebih sinis. Tak tahu kenapa.
“I knew it! Damn!” Gerutunya. Dia tahu? Tahu apa? Tahu apa yang terjadi pada aku? Baguslah. Setidak-tidaknya, dia tahu pengurus dekat hotel ini kejam gila yang amat.
“ Encik.. Macam mana encik tahu nama penuh saya?” Tanyaku. Yelah, dekat name tag  nama yang tertulis ialah Khaisara. Bukannya Nur Hawa Khaisara. Itu yang peliknya itu.
“ Kawan you kata. Riana I guess nama dia. Masa I melawat department you, semua staf perkenalkan diri dia orang tapi hanya ada satu staff je yang tak ada. Bila I tanya Jass dia kata seorang staf lagi cuti sakit. Then I ignore it. Bila Jass sibuk duk bagi taklimat dekat staff bahagian department you, ada seorang perempuan ni datang dari belakang dan bisik dekat I yang seorang staf ni kena buli dengan Jass. Nama dia Nur Hawa Khaisara. Dia yang suruh I cari you kalau I nak jumpa you dan dia bagi jaminan yang I takkan rugi bila jumpa dengan you.” Terangnya panjang lebar.
Tidak terkelip aku dibuatnya apabila mendengar penerangan yang diberi oleh Encik Harith. Biar betik Riana buat macam itu! Berani pulak dia?
“And,she’s right. I think I will be regret if I can’t see you today,Hawa.” Tambahnya lagi.
Dengan serta merta aku dapat rasakan semua darah mengalir kearah pipiku. Ya, Allah! Apahal dengan mamat ni? Puji aku daripada tadi? Huh! Nasib baik dia tak tahu aku faham apa yang dia cakap. Eh, dia tahu ke tak ek?
“ Owh. Erm, encik Harith saya betul-betul mintak maaf sebab saya tak ada masa sesi suai. Jumpa pulak dalam keadaan macam ini.” Pintaku sekali lagi walaupun hakikat sebenarnya aku cuba nak alih topik!
“ If once again you ask an apology to me. I will make you shut up immediately.” Tekannya sambil merenung aku dengan pandangan yang sukar aku tebak. Eh, mintak maaf pun salah ke? Biar betul encik Harith ni. Tapi kalau sudah namanya Nur Hawa Khaisara..Memang takkan ada perkataan MENGALAH dalam kamus hidupku.
“ Err.. Sorry encik saya tak…” Kata-kataku terhenti di situ apabila dia merapati ku yang sudah melekap di dinding. Harumannya makin kuat apatah lagi jarak diantara aku dan dia begitu hampir sehingga deru nafas kami kedengaran seperti satu.
Aku yang terkaku tidak mampu mengambil sebarang tindakan ibarat semua pergerakan tubuhku dikunci walaupun pada hakikatnya, tiada sebarang persentuhan di antara kami. Aku hanya mampu menunduk dengan debaran yang menggila menghentam di ruangan dadaku.
Encik Harith segera memaut daguku supaya aku boleh bertentangan dengannya. Dia segera mengusap pipiku tanpa sebarang kata-kata. Kelihatan seperti dia memerhatikan seluruh wajahku daripada mata hinggalah ke daguku.
“ You have such a beautiful eyes…”
“ Such a beautiful nose and…” Tangannya yang digunakan untuk mengusap pipiku sebentar tadi beralih ke arah bibirku dan…
“ such a sexy and adorable lips.” Tekannya bersama senyuman yang tidak lengkang daripada bibirnya. Aku sudah tidak mampu berbuat apa-apa kerana pada saat itu, akalku seakan berhenti buat seketika waktu. Mukanya semakin dekat denganku. Semakin dekat,dekat,dekat dan…
Kring,kring..
Telefonnya berbunyi. Dia segera mencapai telefon bimbitnya yang aku kira sebenarnya android dan menjawab panggilan itu. Tidak sampai seminit dia terus menamatkan perbualannya dengan si pemanggil dan berpaling ke arahku.
“ Saya kena pergi sekarang jugak… Tapi..” Ujarnya. Dia mendekatiku sekali lagi dan mengusap bibirku perlahan dengan senyuman yang aku tidak mampu gambarkan.
“ I will make sure that one day, your lips will belong to me…” Katanya lantas meninggalkan ku sendirian di sini. Daripada berdiri, terus aku terduduk apabila akalku sudah dapat berfungsi dengan baik selepas kejadian tadi.
Ya Allah! Kenapa aku tak cegah tadi? Ishk! Nasib baik dia dah pergi kalau tak memang kejung aku dibuatnya dekat sini.Kalau macam inilah perangai dia, pengsan sedar balik pun aku tak ingin jumpa dengan dia tau! Tak ingin langsung!!!
Dengan kadar yang segera aku bangkit dan pergi meninggalkan ruangan berkenaan secepat yang mungkin. Ataupun dengan lebih tepat ialah ingin melupakan kejadian yang sebentar tadi yang baru berlaku terhadap diriku.


Banglo yang tersergam megah di Damansara Height ini menjadi santapan mataku. Tanpa menyedari masa yang sudah semakin mencemburuiku,aku terus leka memandang banglo yang diberikan nama ‘Harrods Permai’ tersebut sehingga pemandu teksi menegurku.
“ Dik,nilah alamat yang adik tunjuk pada pakcik.” Katanya. Aku mengangguk tanda mengiakan. Yelah,kalau tak tengok alamat pun dah tau yang ni rumah Chairman The Harrods Sdn.Bhd. Setelah aku selesai membayar tambang teksi yang memakan belanja berpuluh-puluh ringgit, aku segera turun daripada terksi berkenaan.
Jam sudah menunjukkan pukul Sembilan malam tepat. Alahai,apahal lah nasib aku hari ini.Nasib baik tak payah jumpa dia untuk bagi report ni.Ini semua cik Jasmine punya pasal lah! Dulu bukan main sangat nak menggoda mamat itu! Sekarang? Haprak! Itu baru kena marah sikit dengan mamat itu. Yelah sapa tak marah kalau buat kerja tertangguh? Tak pasal-pasal aku pulak yang kena hantar dokumen ni dekat mamat itu hari ini. Sebab? Minah itu merajuk dengan CEO .
Ha! Bila minah itu merajuk, dia dengan selamba badaknya suruh aku hantar dokumen yang berada dalam tanganku ini ke ibu pejabat Harrods Holdings Sdn.Bhd yang bertempat di kota metropolitan. Kau bayanglah, daripada Sepang ke Kuala Lumpur ambil masa berapa lama. Kalau bawa kereta macam pelumba formula one tu bolehlah sampai dalam masa setengah jam ataupun empat puluh lima minit. Kalau bawa macam pemandu yang baru saja dapat lesen, memang nahas lah aku. Nasib baiklah pak cik teksi ni kira laju jugak bawak.
Tapi faham-faham jelah bila dah sampai dekat K uala Lumpur ni. Jamed! Sampai dekat Kuala Lumpur ni pulak masa orang bekerja balik. Dahla masa aku bertolak daripada Hotel Harrods itu pukul lima petang! Nasib baik sempat mandi dan sembahyang dekat hotel tadi. Kalau tak.Haram! Tup tap tup tap tup tap aku sampai jugak dekat Harrods Holding Sdn Bhd.Itupun pukul tujuh. Bila je nak masuk dalam pengawal tu tanya nak jumpa siapa. Lepastu aku katalah nak jumpa mamat itukan. Pengawal itu senyum lepastu..
“Owh. Maaf cik,CEO dah lama dah balik. Dua jam yang lepas tak silap saya.Tapi dia ada bagi surat dekat saya suruh saya sampaikan pada pekerja daripada Hotel Harrods,Sepang yang nak hantar dokumen pada dia.Ni suratnya” Pengawal itu lantas mengulurkan surat yang berada di poket jaketnya. Aku segera menyambut hulurannya lantas mengucapkan terima kasih padanya.Dia pun berlalu untuk menjalankan tugasnya sebagai pengawal keselamatan.
I’m sorry.I have to go home because there has an event that I have to attend this night.Awak pergi sahaja rumah keluarga saya di Damansara Height dan serahkan dokumen itu kepada orang gaji yang bertugas. Tq.
Harith Rizqi.
Aku rasa nak menangis je bila baca kandungan surat itu. Suruh pergi rumah keluarga dia,tapi alamat tak bagi. Eee! Geramnya aku!Satu hal pulak kena telefon Riana suruh dia tanya Cik Jasmine alamat rumah keluarga CEO itu. Selang beberapa minit, Riana mengirimkan mesej kepadaku yang mengandungi alamat rumah Chairman Harrods Holdings. Selepas itu,aku segera mendapatkan teksi yang setia menungguku daripada tadi dan mengarahkannya untuk singgah ke masjid yang terdekat untuk mengerjakan solat magrib.
Seusai aku sudah melaksanakan tugasku sebagai khalifah di muka bumi ini, kami terus bertolak ke alamat yang diberikan oleh Riana. Walaupun jarak dari Kuala Lumpur ke Damansara Height hanya lima kilometer sahaja,tapi aku tetap merasakan bahawa jarak dari Kuala Lumpur ke Damansara Height ni memakan berpuluh-puluh kilometer! Sebab? Jamed lah,apalagi. Disebabkan sudah terlalu lama tersangkut di atas jalan raya akibat jammed, aku segera menyuruh pak cik teksi pergi singgah ke masjid yang terdekat sekali lagi untuk mengerjakan solat isyak yang sudah pun masuk waktunya. Aku memang tak selesa untuk menlengah-lengahkan waktu solat, apatah lagi apabila hatiku berasa lain macam hari ini.
Kami segera berangkat ke alamat rumah tersebut apabila kami sudah selesai mengerjakan solat isyak. Perjalanan dari masjid yang ku singgah sebentar tadi ke rumah Chairman Harrods tersebut hanya memakan masa lima belas minit sahaja.Pak cik teksi yang membawa ku dari Sepang ke sini meminta izin untuk pulang. Dan aku menangguk tanda mengizinkan. Yelah,kesian pulak pak cik ni. Daripada petang tadi sampailah sekarang,tak berehat langsung!
“Tapi macam mana cik nak balik nanti?” Tanya pak cik teksi tersebut.
“ Tahulah saya macam mana nak balik nanti pak cik. Mungkin saya tidur dekat hotel je kut,esok pagi baru bertolak ke Sepang.” Balasku. Aku tahu dia tidak betah meninggalkan aku seorang diri disini. Apatah lagi aku seorang perempuan. Setelah aku pujuk,barulah dia memutuskan untuk pulang ke Sepang.
“Hati-hati ya cik. Dekat sini bahaya. Saya balik dululah ya.Assalamualaikum” Pesannya. Aku hanya tersenyum dan menangguk tanda mengingati pesanannya. Salamnya ku balas di dalam hati.Setelah bayang teksi berkenaan sudah hilang dari pandangan mata kasarku, aku segera menekan loceng yang tersedia di pagar.
Setelah berulang kali aku menekan loceng dan tiada sambutan,aku jadi pelik. Yelah, takkan orang gaji tidur awal kut. Baru pukul Sembilan setengah malam. Setahu aku paling awal un orang gaji tidur pukul sebelas malam.Takkanlah makan gaji buta kut? Dahla hujan rintik-rintik dah ni.Pagar kecil yang terdapat di sebelah pintu pagar utama aku dekati dan… Aik? Tak berkunci?
Aku mengambil langkah yang berani dengan memasuki banglo berkenaan melalui pintu pagar yang tidak berkunci. Pintu utama aku dekati perlahan-lahan. Dan entah kenapa, setiap kali kakiku melangkah mendekati pintu tersebut,jantungku berdetak pantas. Hatiku berasa tidak enak. Tapi aku abaikan semua itu kerana aku tahu itu hanyalah mainan perasaan ku.
Apabila aku sudah berada hadapan pintu utama banglo tersebut, aku segera mengetuk pintu itu dan diselang seli dengan memberi salam selama tiga kali. Dan apabila tiada sahutan,aku segera berpaling untuk melangkah keluar daripada kediaman tersebut.Ketika aku menghampiri pagar kecil tiba-tiba lenganku direntap dan membuat badanku terpusing kearah orang yang merentap tanganku.
Dan alangkah terkejutnya aku apabila mendapati orang yang merentap tanganku itu ialah Harith Rizqi, CEO Harrods Holdings aka orang yang paling aku elak daripada bejumpa dengannya.
“ You???” Tanyanya.
Aku terkebil-kebil memandangnya yang sedang membuat muka yang sukar ku tafsirkan apabila melihat diriku.
“ Err, saya datang sini untuk serahkan dokumen ini pada Encik Harith.Cik Jasmine tak dapat datang sebab kurang sihat.” Sepontan aku menuturkan ayat tersebut sambil menghulurkan dokumen yang berada di dalam gengaman ku daripada petang tadi.
Dia tersenyum memandang aku dan mengambil dokumen tersebut daripada tanganku. Sejurus itu aku segera berpaling untuk melangkah keluar daripada halaman rumah tersebut. Tapi langkahku sekali lagi terbantut apabila dia sekali lagi merentap tanganku. Ishk! Apalagi dia nak ni?
“ You tak nak masuk rumah dulu ke?” Tanyanya. Aku yang baru sahaja ingin menjawab persoalannya terdiam apabila aku merasakan diriku disimbah air hujan yang sedang lebat membasahi bumi.
Dia segera mencapai tanganku dan membawa aku masuk ke rumahnya. Aku yang tergamam tidak mampu berbuat apa-apa. Apabila aku memasuki kediaman rumah keluarganya, aku sekali lagi tergamam apabila melihat susun atur perabotnya yang indah. Aku terpaku.
“ Cantikkan?” Tanyanya yang sudah pun berada di tepi telefon. Lamunanku terhenti serta merta.Aku menangguk tanda mengiakan. Dia tersenyum.
“ Silalah duduk.” Sapanya. Aku hanya mengelengkan kepala. Dia segera mengerutkan wajahnya tanda tidak memahami maksud gelenganku.
“ Baju saya basah.” Kataku. Dia segera menangguk tanda mengerti. Tetapi pandangan matanya masih melekat kearah tubuhku. Aku berasa segan kerana aku tahu dia kini dapat melihat bentuk badanku kerana bajuku yang basah sudah pun melekap rapat di tubuhku.
“ Encik…” Kataku. Dia segera berpaling kearah lain dan bangkit daripada sofa yang ditempatkan di sebelah meja telefon dan pergi kearah dapur.
“ Sorry.” Laungnya dari dapur. Dia membawa sehelai tuala putih sekembalinya dia daripada dapur  lantas bergerak mendekatiku. Dia terus menutup tubuhku dengan tuala terbabit. Aku menunduk.
“ You pergilah masuk ke bilik tetamu di tinkat atas. Mandi, nanti you jatuh sakit.Ikut saya” Ucapnya. Aku hanya menangguk kerana ku akui sudah merasakan bahang panas di badanku akibat terkena hujan sebentar tadi. Aku terus mengekorinya dari arah belakang.
“ Erm. Encik kata malam ni encik ada majlis kena hadir.” Kataku. Dia yang sudah terlebih dahulu bergerak terhenti seketika lantas berpaling kearahku.
“ Saya ada banyak tugas. Jadi ayah saya kecualikan saya hadirkan diri saya daripada majlis itu. Semua keluarga saya pergi. Tadi ayah saya telefon, maybe dia orang sampai rumah lewat sikit sebab ada pokok tumbang tengah jalan semasa dia orang dalam perjalanan balik.” Katanya sambil meyambung perjalananya untuk menunjukkan kamar yang akan kugunakan sebentar nanti.
“ Orang gaji?”
“  Dia kena balik Indonesia tiba-tiba. Dia kata ada hal penting kena selesaikan. Yang lain dah balik.” Ujarnya. Aku sudah berasa tidak enak. Entah kenapa, aku semakin tidak selesa dengan situasi ini.
“ You jangan risau. My family dah nak dekat sampai.” Katanya yang berhenti tepat di muka pintu sebuah bilik.Aku turut berhenti.
“ You masuk,mandi dulu. I nak pergi bilik adik I kejap nak ambil baju yang sesuai untuk you.” Ujarnya lantas bergerak meninggalkan ku dan pergi kearah sudut paling hujung yang menempatkan satu bilik.
Aku segera memasuki bilik tersebut dan mengunci pintu bilik terbabit. Tapi, macam mana dia nak bagi baju dekat kau nanti Khai? Argh! Gasaklah.Nanti tahulah aku macam mana nak ambil baju daripada dia. Aku segera melangkah ke bilik air untuk membersihkan tubuhku. Susun atur perabot yang nampak mewah dan cukup mempersona tidak mampu menarik perhatianku apabila aku merasakan badanku semakin lemah akibat berhujan sebentar tadi.
Tiga puluh minit berada di dalam bilik air cukup untuk membuatkan aku segar tetapi tidak mencukupi untuk membuatkan suhu badanku daripada terus meningkat. Aku yang sedang berkemban melangkah keluar daripada bilik air sambil mengeringkan rambutku yang basah dengan sehelai tuala kecil. Apabila aku sedang asyik mengelap rambutku yang basah, tiba-tiba aku dapat merasakan ada sesuatu yang menjalar di pinggangku.
“ Wangi.” Bisik satu suara di cuping telingaku. Aku yang terkejut segera berpaling kearah empunya suara dan aku sekali lagi terkejut apabila orang yang membisikkan perkataan itu ialah Encik Harith Rizqi.
“ Ma… Macam mana encik ha.. harith boleh ma..suk?” Gagapku. Dia hanya tersenyum sinis dan menayangkan sebuah kunci kepadaku. Mataku terbuntang. Air liur ku telan kasar. Debaran di dada semakin menngganas.
“ Ni bilik I lah sayang. Memang patutpun I boleh masuk.” Katanya lagi. Air mataku bergenang takut sebarang perkara yang tidak diingini menimpa diriku.  Ya Allah, tolonglah lindungi hambamu ini Ya Allah. Rintihku di dalam hati.
Aku mengundur ke belakang apabila dia semakin mendekat. Senyumannya semakin menakutkan diriku.Tindak tanduk dirinya seperti seekor harimau yang ingin menerkam mangsanya.
“ You nak pergi mana itu sayang? Mehla datang dekat dengan I. I takkan buat apa-apa pun pada you. Hanya ‘temankan’ I je okay?” Pujuknya sambil tersenyum sinis.
Gila! Encik Harith gila! Jeritku di dalam hati. Mataku melilau mencari jalan untuk keluar daripada bilik ini.
“ Apa yang encik Harith nak buat pada saya?” Tanyaku sambil menahan air mataku daripada mengalir keluar.
“ I kan dah cakap, I tak nak apa-apa daripada you. Cukup you temankan I je.” Katanya sambil membuka bajunya yang tersarung di tubuhnya. Aku yang sedar akan kesempatan untukku melarikan diri terus berlari laju melepasinya walaupun aku tahu peluangku tipis.
Apabila aku baru sahaja memegang tombol pintu, pinggangku ditarik kasar dan sekali gus aku terkunci di dalam pelukannya. Wangian yang melekap di tubuhnya semakin kuat baunya menandakan bahawa tubuhku sudah melekap di tubuhnya.
“ You jangan harap boleh lari daripada I Hawa.” Tegas suara itu berbicara. Aku mencuba pelbagai cara untuk melepaskan diriku daripada pelukannya. Namun sayang, kerana dia bukannya semakin lemah tetapi semakin bertindak ganas terhadapku dengan mencempung diriku lantas bergerak kearah katilnya.
Dia segera menindih tubuhku dari atas. Aku segera memukul dada bidangnya dengan kudratku yang masih berbisa walaupun aku semakin lemah apabila bahang panas akibat berhujan semakin dirasai olehku. Air mata yang bergenang sudah pun mengalir di pipiku ibarat sebatang sungai yang deras mengalir. Mungkin kerana berasa sakit, dia segera memegang tanganku dan mengunci segala pergerakan ku.
“ Apa yang  encik nak buat ni?!” Tengkingku apabila aku sudah tiada kudrat untuk melawannya daripada terus menindihku.Dia terus tersenyum sinis kepadaku.
“ Tolonglah lepaskan saya encik. Saya merayu. Tolonglah.”  Pujukku dalam tangisan, tapi malang kerana dia seakan mengendahkan rayuan ku.
Wajahnya semakin menghampiri wajahku. Aku mengalihkan wajahku ke sisi yang lain untuk mengelakkan diriku daripada terus bertentang wajah dengannya. Dia segera mengucup leher dan bahuku yang terdedah. Sebelah lagi tangannya mengusap betisku yang sudahpun kelihatan akibat kain tuala yang ku pakai terselak. Aku terus menangis. Ya Allah, tolonglah lindungi hambamu yang lemah ini Ya Allah. Tolonglah. Rintihku.
“ Ssshh… Kenapa nangis ni sayang? I janji you takkan sakit ok. I janji.” Pujuknya sambil mengelap air mataku yang galak mengalir di pipiku. Binatang! Jeriku di dalam hati apabila aku merasakan diriku semakin lemah! Dia segera mencengkam pipiku dan berjaya mengalihkan wajahku untuk menatap wajahnya.
“ I have told you right, that your lips will be mine, remember?” Dia bertanya dengan senyuman yang manis.Aku hanya mendengus kasar dan cuba mengalihkan pipiku yang dicengkam. Tapi sayang kerana semua usahaku tidak berhasil.
“ And I think, it won’t enough for me. Your lips are so irrestible. Same thing goes on with your body honey.” Ucapnya sambil menyelak rambutku yang berada di wajahku. Wajahnya semakin menghampiriku lantas…
“You are mine.” Bisiknya sebelum memagut bibirku lembut dan mengemaskan lagi pelukannya. Hujan yang lebat ditemani dengan kilat yang sambung-menyambung tidak diendahkan olehnya.  Ya Allah, andai ini dugaan yang engkau berikan kepada hambamu ini. Hambamu memohon kepadamu agar Engkau tabahkan lah hati hambamu ini Ya Allah. Tabahkanlah hatiku Ya Allah… Rintihku.Akhirnya, malam itu berlalu dengan meninggalkan satu titik hitam terhadap diriku tanpa aku inginkan…
***
Kini sudah tiga bulan daripada peristiwa itu berlalu. Aku bersyukur kerana aku tidak mengandung hasil daripada peristiwa hitam itu kerana pada keesokkan harinya aku telah didatangi oleh ‘sahabat’ karibku yang sering menjengukku setiap bulan.Dan aku sekarang sudah terikat dengannya apabila aku dipaksa menikah dengannya oleh Chairman Harrods Holdings Sdn Bhd, Tan Sri Tengku Irfan Syah ayah kepada suamiku, Tengku Harith Rizqi. Sejujurnya aku amat berterima kasih kepada mertuaku yang sudi menyelamatkan maruahku daripada terus dipijak oleh anaknya walaupun aku terseksa dengan perkahwinan yang diarahkan ini.
Masih lagi terbayang di ingatanku akan reaksi mertuaku serta adik iparku apabila mendapati satu-satunya pewaris tunggal Harrods Holdings meragut kesucianku. Tidak tergambar betapa kecewanya mereka apabila mendapati aku yang berada  dalam keadaan yang tidak terurus dan trauma di dalam bilik anaknya selang beberapa jam selepas peristiwa durjana itu menimpa diriku.
Disebabkan perasaan marah dan kecewa yang menggunung tinggi terhadap anaknya, langsung dia mengarahkan agar anaknya menikahi diriku atas dasar tanggungjawab. Walaupun ditentang hebat oleh Encik Harith, namun pernikahan dan perkahwinan tetap berlangsung dengan meriah dua minggu selepas peristiwa hitam itu berlalu. Tetapi sekali lagi maruah ku dipijak oleh suamiku sendiri apabila aku dilayan tidak ubah seperti binatang pada malam perkahwinan kami.
“ Termenung lagi?” Sinis suara itu berbicara. Aku yang termenung memikirkan nasibku tiga bulan lepas segera beralih arah menghadapnya. Walaupun dia sudah melakukan perkara terkutuk itu kepadaku, aku harus menghormatinya kerana sekarang dia ialah suamiku.
“ Abang baru balik?” Tanyaku. Aku segera menapak mendekatinya perlahan lalu menyalami dan mencium tanggannya. Beg bimbitnya ku ambil lantas meletakkan ketempatnya. Dia tersenyum sinis melihat diriku yang begitu patuh padanya.
“ Ha’ah. Aku baru balik daripada berjumpa dengan Alice.” Dia bersuara.
Thud!
Seperti sebilah pedang telah menembusi hatiku apabila suamiku sendiri mengaku dirinya berjumpa dengan wanita yang diidamkan untuk menjadi isterinya,iaitu kekasihnya, Alisya yang lebih dikenali sebagai Alice. Benarlah apa yang diriwayatkan oleh Imam Ghazali bahawa lidah itu lebih tajam daripada sebilah pedang.
Sekali lagi aku memendam rasa.Air mata aku bergenang. Perasaanku semakin kacau.Walaupun dia pernah melakukan perkara terkutuk kepadaku, namun dia suamiku. Dan seorang isteri tidak mungkin dapat menghindarkan diri mereka daripada mencintai suami mereka, tidak terkecuali aku. Tiba-tiba dia memeluk pinggangku dari belakang.
“ Kau tak payah sediakan makanan untuk aku. Lepas habis kau uruskan apa yang patut,kau datang ke bilik aku, faham?” Bisiknya sambil bermain-main dengan rambutku. Tanggannya dilepaskan daripada terus memeluk pinggangku. Lantas dia berlalu pergi ke masuk biliknya di aras atas sambil bersiul-siul.
“ Make sure kau mandi dan pakai minyak wangi!” Jeritnya dari tingkat atas. Aku yang memahami akan kehendaknya terpaksa akur akan perintahnya. Walaupun kami berasing bilik di aras yang sama, namun aku harus bermalam di biliknya apabila aku terpaksa menjalankan kewajipanku sebagai isteri kepadanya. Hatiku sekali lagi dipalit luka dan air mata yang bergenang tanda kecewa akan dirinya dan diriku tidak mampu dibendung lagi apabila diriku melorot jatuh ke atas lantai dan menangis semahu-mahunya.
***
“ Kau mengandung?!” Jerkah Rizqi. Aku hanya tertunduk apabila diriku dijerkah. Sungguh aku tiada tenaga untuk bertekak dengannya.Entah mengapa aku rasakan diriku sudah berubah seratus lapan puluh darjah apabila peristiwa itu berlaku. Aku lebih menyendiri, memendam rasa dan mematuhi segala arahannya.
“ Aku tanya kau, kau dengar tak ni?!” Jerkahnya lagi. Aku tersentak. Lalu aku mengangguk pantas. Rizqi meraupkan mukanya. Dia bermundar mandir di hadapanku. Beberapa minit kemudian, dia terus mengambil tempat disebelahku dan menggengam tanganku erat.
“ Are you sure that this is my child?” Tanyanya.
Prang!
Kepalaku yang tertunduk melihat karpet segera terangkat apabila dia menanyakan soalan sebegitu rupa. Bulat mataku memandang wajahnya yang tenang. Sungguh hatiku terasa perit apabila dia seolah-seolah tidak mengakui ini zuriatnya.
“ Ap..Apa.. Maksud abang?” Gagapku. Hatiku yang terluka dengan sikapnya yang sebentar tadi semakin terluka  apabila melihat segaris senyuman sinis terlukis di bibirnya.
“ Mana tahu kut-kut itu bukan anak aku, yelah kau kan kata kandungan kau ni dah berusia empat minggu. Dalam perkiraan aku lah kan, empat minggu lepas aku takde dekat Malaysia. Aku pergi melancong dengan Alice. Kut- kut kau tengah keger…”
PANG!!!
Aku menamparnya sebelum sempat dia menghabiskan kata-katanya. Dia mencerlung tajam ke arahku apabila melihat di darah di tepi bibirnya. Namun darah di tepi bibirnya tidak mampu menangani luka yang semakin rabak dengan parut yang cukup mendalam di hatiku. Air mata ku tahan.
“ Apa?! Abang nak kata yang Hawa tidur dengan jantan lain dekat belakang abang sebulan lepas?! Ha?! Abang ingat Hawa ni macam perempuan-perempuan lain yang kegersangan bila suami dia orang takde?! Abang ingat maruah Hawa ini apa?! Walaupun Hawa tak membesar tanpa ajaran daripada seorang ibu dan ayah, Hawa tahu mana halal mana haram! Hawa tak macam segelintir manusia dekat luar sana yang bertuah ada mak ayah yang bagi tunjuk ajar pada anak dia orang. Tapi sayang ajaran yang diterapkan diambil sambil lewa tanpa mengambil berat pasal perihal agama!” Tengkingku. Dia tergamam. Mataku semakin memberat dengan takungan air mata yang boleh pecah bila-bila masa saja.
“Abang ingat Hawa ni murah sangat ke bang? Kalau abang nak tahu abanglah satu-satunya lelaki yang berani sentuh Hawa sebelum akad nikah. Abanglah satu-satunya lelaki yang Hawa izinkan untuk sentuh Hawa walaupun setiap kali bersama abang, Hawa teringatkan peristiwa hitam itu. Abang nak tahu sebab apa? Sebab abang adalah suami Hawa. Suami yang Hawa cinta walaupun bermacam-macam perkara abang buat dekat Hawa.Abang halang Hawa daripada berjumpa dengan Riana. Abang cegah Hawa pergi kerja. Abang kunci Hawa dari luar. Tak cukup ke lagi bukti yang zuriat dalam kandungan Hawa ni anak abang ha?” Luahku.
Air mata yang bergenang sudahpun mengalir dan membuatku menangis tersedu sedan sehigga membuatkan badanku melorot jatuh di atas karpet. Mulutnya sekali lagi terunci rapat. Ya Allah, dugaan apalagi yang engkau berikan pada hambamu ini Ya Allah? Sungguh aku tak sanggup menerima hakikat ini Ya Allah. Tabahkanlah hatiku Ya Allah. Peliharalah zuriatku daripada segala fitnah Ya Allah.
Setelah senduku reda, aku segera bangkit dan menghadapnya. Tanggannya ku gapai dan kucium. Pipinya ku usap dan aku terus memeluknya. Sekali lagi air mataku mengalir walaupun tiada sendu kedengaran.
“ Hawa tahu hawa tak cukup layak untuk jadi isteri abang. Hawa tahu hawa tak setaraf untuk abang. Tapi semua ini salah Hawa ke bang? Salah Hawa ke bersetuju untuk menikah dengan abang demi menyelamatkan maruah Hawa yang Hawa jaga dari kecil tanpa ajaran siapa-siapa?  Salah Hawa ke sebab Hawa abang tak boleh menikah dengan Alisya?Besar sangat ke salah Hawa sampai abang tak nak mengaku yang ni anak abang? Yang ni anak kita bang… Anak kita yang sah.” Senduku sekali lagi kedengaran.
Hatiku begitu sedih apabila dia memperlakukan anak kami sebegitu rupa. Hatiku dicencang halus. Pelukkan ku renggangkan. Aku memandang mukanya. Dan apabila melihat wajahnya yang dingin, aku tahu aku harus membuat keputusan yang pastinya akan mengecewakan diriku dan zuriatku.
“ Hawa minta izin dengan abang untuk tinggal dengan abang sampai Hawa habis tempoh pantang. Tapi Hawa harap sangat yang abang akan berikan kasih sayang kepada zuriat kita sepanjang tempoh Hawa mengandung sehinggalah tempoh pantang habis.Selepas tempoh pantang habis, Hawa minta abang izinkan Hawa dan anak kita pergi. Hawa janji lepas itu Hawa takkan bagi muka hatta bayang Hawa pun lalu depan mata abang.” Pintaku lantas berlalu pergi meninggalkannya terkontang-kanting di ruang tamu.
Aku tahu dia terkejut tapi aku pasti dia jugalah orang yang paling gembira apabila aku membuat keputusan sebegitu rupa. Aku tahu aku tidak patut membuat keputusan sebegitu rupa. Tapi apa yang aku fikir sekarang ialah perihal anakku. Aku tidak sanggup melihat anakku kecewa apabila dirinya tidak diiktiraf oleh bapa sendiri. Biarlah aku terluka, asalkan anak kami tidak terluka dengan lebih parah lagi.
Perut yang kempis ku usap perlahan.Maafkan umi sayang.Umi tak sanggup tengok ayah kamu menderita dengan kita. Biarlah ayah mencari kebahagian dia ya sayang. Percayalah cakap umi. Walaupun ayah jauh daripada kita, tapi kalau ayah bahagia. Kita akan bahagia juga sayang. Biarlah ini menjadi bukti cinta umi pada ayah ya sayang? Boleh kan kita hidup tanpa ayah? Dan air mataku terus menitis dan menitis membasahi bajuku.
***
Sedar tak sedar sudah hampir tiba waktunya untuk aku pergi meninggalkan rumah ini. Sekarang anakku sudah berusia tiga puluh sembilan hari selepas tarikh ku melahirkannya. Hanya tinggal sehari sahaj lagi sebelum aku dan anakku meninggalkan rumah ini.Tengku Muhammad Haris Rizqullah bin Tengku Harith Rizqi. Itulah nama yang dicadangkan oleh mertuaku yang membawa maksud cahaya cerdik dan rezeki dari Allah. Sungguh indah nama itu. Mertuaku berkata bahawa bukanlah dia sebenarnya yang mengusulkan nama tersebut kerana ada seorang hamba Allah yang mencadangkan nama itu kepada mertuaku.
Bila ku tanya siapa, mertuaku berkata bahawa aku cukup mengenali orang yang mengusulkan nama itu kepada mertuaku. Dalam hati aku selalu berteka-teki namun tiada apa-apa jawapan. Sekarang, bukan itu yang menjadi persoalannya. Yang menjadi persoalannya sekarang ialah mampukah aku untuk meninggalkan rumah ini? Bagaimana aku hendak meninggalkan rumah ini apabila hubungan di antara Rizqi dan anak kami semakin erat? Sanggupkah aku untuk memisahkan hubungan diantara seorang anak dan seorang bapa?
Kenapa? Kenapa Rizqi memberikan sepenuh perhatian kepadaku serta kandunganku setelah kandungan ku berusia empat bulan ke atas sehinggalah sekarang? Aku jadi binggung. Apakah ini kerana permintaanku? Tapi aku suruh dia berikan kasih sayang kepada anak kami, bukannya melebarkan sayap cintaku. Apa semua ini Ya Allah? Apa yang engkau ingin tunjukkan kepadaku? Sungguh aku binggung sekarang tentang perasaanku. Aku tidak dapat mencegah perasaan cintaku daripada terus berkembang, tapi aku juga tidak boleh memungkiri janjiku terhadapnya. Kerana aku tahu Allah amat membenci orang yang memungkiri janji. Ya Allah.. Mampukah aku kecapi sinar kebahagiaan yang aku impikan sejak sekian lama? Mampukah aku Ya Allah?
“ Sayang… Abang nak minyak angin, nak sapu dekat perut anak kita ni.” Pinta Rizqi yang terus berjaya mematikan lamunanku. Aku segera mencari minyak cap yuyi yang sering diletakkan di perut,telapak kaki dan telapak tangan anak kami.
“ Thanks.” Ujarnya sambil tersenyum. Dia mengambil dan melumur minyak tersebut ke atas perut Rizqullah sebelum dipakai baju. Sekali lagi aku leka memerhatikan dirinya yang begitu ralit melayan Rizqullah. Rizqullah pula sering tersenyum apabila Rizqi sering mengacah dirinya dan bercakap dengannya.  Mampukah aku merampas kebahagiaan Rizqullah? Apakah aku patut membiarkan Rizqi dan Alice menjaga Rizqullah, zuriatku? Dan yang paling penting sekali, mampukah aku membendung rasa cintaku terhadap suamiku,Rizqi?
***
“ Apa yang awak buat itu?” Tanya Rizqi yang terus membuatkan pekerjaanku terbantut. Dia yang baru sahaja memasuki bilik pakaiannya melihatku dengan kerutan di muka. Mungkin dia pelik dengan aku yang beria-ria mengemas biliknya, menggosok baju miliknya dan segala hal berkaitan dirinya.
“ Tengah sangkut baju abang yang baru saja saya gosok. Maaf kalau abang tak suka. Tapi saya rasa saya kena laksanakan tugas saya sebagai seorang isteri buat kali terakhir. Yalah, esok pagi saya kan kena pergi. Dah lepas pantang dah pun. Empat puluh satu hari.” Sebakku. Dia segera menutup pintu bilik pakaianya yang sebentar tadi dibiarkan terbuka. Kerutan di wajahnya jelas tergambar. Mungkin dia lupa kut yang esok aku akan pergi dari sini.
Where do you want to go?” Tegasnya.
“ Mana-mana saja. Asalkan tak bertemu dengan abang dan Alice. Kan, Hawa dah janji hari itu yang Hawa akan tinggalkan rumah ni lepas habis pantang kan.. Abang lupa?” Aku terus menyangkut baju kemejanya tanpa mengendahkan dirinya. Wahai hati, tolonglah cekal. Aku mohon.Tolong jangan mengalirkan air mata untuk hari terakhir aku.Tolonglah. Ujarku dalam  hati.
Tugasanku terbantut apabila Rizqi memaut kasar bahuku.  Baju yang ku baru sahaja gapai daripada bakul terus jatuh ke lantai. Dia memagut daguku agar bertentang mata denggannya. Entah kenapa bila aku melihat wajahnya, terdapat lukisan mendung di wajah tampan itu. Tapi kenapa? Sebab aku ke? Mustahil! Kalau sebab aku mesti dia tersenyum gembira.
You.. Really want to go?” Tanyanya. Aku yang mendengar akan pertanyaannya terkejut. Tapi dalam pada masa  yang sama aku hanya mengangguk lesu. Aku tidak dapat mengalihkan pandangan mataku daripada wajah miliknya. Biarlah. Biarlah sekali ini je aku lihat mukanya. Biarlah wajahnya hanya bersemadi di dalam minda dan akalku sebelum aku pergi meninggalkannya.
“ Kenapa?” Tanyanya lagi. Pertanyaannya membuatkan aku semakin tidak betah dan membuatkan aku semakin lemah.
“ Allah marah pada orang yang mungkir janji. Lagipun siapa yang mungkir janji tergolong dalam golongan munafik. Hawa tak nak jadi orang yang munafik.”Aku segera mengalihkan pegangannya di bahuku lantas meninggalkannya di dalam bilik pakaian dan menuju ke biliknya untuk keluar dan bertemu anak kecilku. Namun sebelum aku gapai tombol pintu, sudah ada tangan yang terlebih dahulu mengunci pintu tombol tersebut.
“ Apa yang abang nak?” Ku lihat mukanya yang bertukar kemerahan. Terdapat takungan air di kelopak matanya. Tapi kenapa?
Don’t you get it Hawa?” Ujarnya. Aku yang terpaku dengan tindakannya bertindak berdiam diri. Dia melangkah mendekatiku. Tanganku digapai dan diusapnya perlahan lantas dia segera mengucup tanganku. Aku terkedu. Bertambah terkedu apabila dia mengalirkan air matanya.
I’m in love with you baby. Please don’t stay away form me.” Serentak dengan itu tanganku yang berada di dalam genggamannya ku rentap. Hatiku bertambah hancur apabila dia berkata begitu. Entah kenapa akalku mengatakan bahawa omongan yang keluar daripada bibirnya itu adalah satu pembohongan manakala hatiku merasakan bahawa ianya adalah satu keikhlasan yang benar-benar terbit daripada hati kecilnya. Aku segera menjauhkan diri daripadanya. Ya Allah apa yang Engkau cuba tunjukkan pada hambamu ini Ya Allah? Sungguh hamba buntu Ya Allah.
“ Saya betul-betul mencintai awak Hawa. You made just for me. Not for someone else.” Tekannya lagi. Sungguh aku tertekan. Entah kenapa aku berasa bahagia dengan pengakuan yang dibuat olehnya tapi dalam pada masa yang sama aku rasa tertipu.
You’re lying.” Ucapku perlahan. Dia segera mendekatiku yang berada di beranda. Air matanya semakin galak mengalir apabila aku mengucapkan perkataan sebegitu rupa. Ya Allah, benarkah suamiku benar-benar tulus mencintaiku? Adakah ini petunjuk daripadamu Ya Allah?
“ No, I’m not! Listen to me Nur Hawa Khaisara, Sejak pertama kali abang berjumpa dengan Hawa, abang dapat rasakan yang Hawa adalah milik abang. Dan abang yakin pada masa itu juga hati dan cinta abang hanya untuk Hawa.” Ujarnya. Abang.. Perkataan itulah yang kuidamakan sejak hari pertama perkahwinan kami. Namun sayang, kerana panggilan itu tidak pernah singgah di telingaku kecuali hanya sumpah seranah sebelum hari ini.
“ Kalau abang betul cintakan Hawa, kenapa abang ragut kesucian Hawa bang? Kenapa abang buat Hawa rasa yang masa depan Hawa semakin kelam? Kenapa Hawa bang? Kenapa Hawa yang abang pilih. Kenapa bukan Alice je? Bukan ke dia teman wanita bang yang abang puja? Tapi kenapa Hawa juga yang abang pilih untuk buat perkara terkutuk itu?” Hamburku dengan segunung perasaan yang kecewa.
Bukan niatku untuk mengungkit, tapi entah kenapa apabila terkenangkan peristiwa hitam itu, hatiku terasa perit yang amat. Hanya Allah saja yang mengetahui bagaimana perasaanku ketika itu.
“ Abang mintak maaf Hawa. Abang betul-betul mintak maaf. Abang tak sengaja Hawa. Waktu itu abang tak boleh tahan gelodak hawa nafsu abang. Abang takut Hawa akan pergi tinggalkan abang, tambahan pula Hawa selalu mengelak daripada abang. Abang takut kehilangan Hawa.”
“ Seumur hidup abang, abang tak pernah sentuh mana-mana perempuan yang bukan mahram selain Hawa. Abang tak pernah sentuh Alice waima seinci pun Hawa. Walaupun Alice kekasih abang masa itu, abang langsung tak ada hati untuk sentuh dia .”
Terangnya. Air mataku semakin galak menitis apabila mendengar akan pengakuannya. Benarkah? Benarkah dia tidak pernah menyentu mana-mana perempuan selain aku?
“ Kalau betul abang cintakan Hawa, kenapa abang buat Hawa macam sampah? Kenapa abang selalu cakap pasal Alice? Kenapa abang buat Hawa macam takde harga diri? Kenapa bang?”
Tangisanku semakin kuat. Dia segera mendakap erat tubuhku. Aku menangis teresak-esak di dalam pelukannya. Aku juga dapat berasa titisan air mata di ubun-ubunku. Di saat itu aku yakin bahawa dia juga menangis.
“Abang mintak maaf Hawa. Abang tak sengaja. Abang tak mahu kecewakan Alice sebab abang ingat dia betul-betul cintakan abang. Abang tak nak buat dia rasa kecewa kerana diperlakukan sebegitu rupa. Lagipun masa itu abang buntu dengan perasaan abang pada Hawa. Abang takut perasaan itu hanyalah mainan perasaan abang pada Hawa.”
“ Sehinggalah hari dimana Hawa cakap yang Hawa akan tinggalkan abang lepas tamat tempoh berpantang, Abang rasa sakit sangat Hawa. Sakit sangat dekat sini.” Ujarnya sambil menunjukkan tangannya yang berada di dada. Air mata semakin galak mengalir membasahi pipiku apabila mengenangkan kejadian di mana dia tidak mengaku bahawa Haris Rizqullah anaknya. Anak kandunngnya yang sah.
“ Abang tahu abang salah sebab tak mengaku Rizqullah anak kita. Abang tahu Hawa kecewa. Tapi kalau Hawa nak tahu, abang lagi kecewa apabila abang sendiri menuturkan perkataan itu. Abang termakan fitnah Alice. Alice cakap yang Hawa selalu berjumpa dengan lelaki lain di belakang abang. Hati abang sakit Hawa. Abang nak mintak maaf dengan Hawa tapi abang takut Hawa tak boleh maafkan abang. Sebab itu abang jarakkan diri abang dengan Hawa supaya abang dan Hawa dapat berfikir. Mungkin Allah nak tunjukkan pada abang kekuasaannya, satu hari itu abang ternampak Alice dengan lelaki lain masuk ke Hotel Hilton. Bila abang selidik, abang dapat tahu yang Alice dengan lelaki itu adalah pelanggan tetap Hotel Hilton yang menginap di bilik VVIP.”
“ Masa itu abang rasa abang diperbodohkan. Abang rasa kerdil sangat-sangat Hawa. Abang selalu soal pada diri abang, kenapa abang kena percayakan orang lain selain isteri abang yang abang cinta dan sayang? Kenapa abang perlu korbankan kebahagiaan abang hanya untuk seseorang yang khianati abang dalam diam dan lukai orang yang cintakan abang dalam diam. Tanpa buang masa lagi abang buat keputusan putus dengan Alice. Sebab abang yakin yang Hawa hanya untuk abang. Dan abang untuk Hawa. Kita ditakdirkan bersama sayang.”
Ujarnya dalam sendu yang kedengaran. Pelukannya semakin erat seolah-olah tidak mengizinkan aku pergi daripadanya. Ya Allah, adakah ini petunjuk yang engkau berikan pada hambamu ini Ya Allah?
Please don’t leave me Hawa.. Please…” Rayunya dalam tangisan. Ubun-ubunku dikucup olehnya bertalu-talu. Hujan turun membasahi bumi seolah-olah tahu akan keperitan hati kami Dan aku hanya berdiri di dalam pelukannya dengan linangan air mata..
***
Dua tahun kemudian…
Melihat Rizqullah yang galak bermain di tepi pantai menjentik hatiku.Walaupun baru berusia dua tahun, Rizqullah sudah pandai bercakap dan berjalan. Sungguh besar kekuasaan Allah. Rupa Rizqullah sebiji dengan rupa lelaki yang kucinta. Matanya yang biru, hidungnya yang mancung dan kulitnya putih jelas menunjukkan bahawa Rizqullah mempunyai banyak persamaan dengan dia. Ya, dia. Lelaki yang kucintai sejak dua tahun lepas dan terus mencintainya sehingga sekarang. Dan tak lain tak bukan, lelaki itu adalah suamiku, Tengku Harith Rizqi. Mana mungkin aku melepaskannya apabila dia adalah lelaki yang Allah kirimkan bagiku. Dia adalah pemilik tulang rusukku. Dan disebabkan itulah aku terus berada di sampingnya.
“ Termenung lagi sayang abang ni hurm..” Tegurnya lantas merangkul pinggangku erat. Aku tersenyum dengan keletahnya. Aku mengalihkan mukannya dan  tersenyum melihatnya. Dia juga tersenyum lantas mengalihkan pandangannya ke hadapan. Melihat Rizqullah yang bermain di gigi air dengan nenek dan tokwannya.
“ Seronok je tengok Iz main dekat situ kan?” Ujarnya. Aku tersenyum sekali lagi dan lantas menangguk tanda setuju dengan pendapatnya... Jelas kelihatan Rizqullah tersenyum gembira di sana dengan nenek dan tok wannya daripada beranda chalet ini. Pelukannya semakin erat. Bibirnya bermain-main di tepi telingaku dan di leherku.
“ Tapi dia lagi seronok kalau dia dapat bermain dengan adik.” Ucapnya di tepi telingaku. Kepala ku toleh kepadanya. Dan dia segera menjongket keningnya. Aku yang mengerti hanya menangkat bahuku. Dia tergelak dan mukaku memerah.
“ Comeilah dia ni..” Ujarnya lantas menguis pipiku lembut.
“ Abang..” Aku memukul dadanya. Dia ketawa galak. Dia menangkap tanganku yang galak memukul dadanya.
“ Thanks for accepting me dear… I doesn’t know what I’m going to do without you beside me.” Ujarnya lantas mengucup tanganku.Aku tersenyum.
“ Terima kasih juga sebab mencintai Hawa.” Balasku. Akhirnya, kami masing-masing tersenyum.
Terima kasih Ya Allah kerana Engkau masih mengurniakan sinar kebahagiaan yang ku inginkan selama ini. Terima kasih Ya Allah. Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Kuasa,Maha Bijaksana, Maha Mengetahui dan Maha Agung Ya Allah. Sesungguhnya hamba percaya akan qada dan qadar Mu Ya Allah. Terima Kasih Ya Allah…
-TAMAT-
Fuhhh.. sempat habis gak.. sorry kalau tak berapa masyuk sangat sebab den buat cerpen ni dalam keadaan perasaan yang tunggang langgang.. hehehe..  Kalau ada yang tersalah itu, map yo! ;)