“No way pa! I will not getting married with her! Riz
dah ada calon riz sendiri! Bukannya perempuan kampong ni!” Suara itu sering
menerjah ke dalam fikiranku apabila aku memikirkan nasibku yang sudah tertulis di Luhmahfuz.
Mengenangkan jerkahannya membuatkan aku terasa
kerdil di mata orang kenamaan. Sekaligus berjaya membuatkan aku mempersoalkan
takdir yang sudah tercatit di Loh Mahfuz sekian lama sebelum roh aku ditiupkan
di dalam rahim ibuku. Ibu… Sungguh aku amat merindui akan gelaran itu. Begitu
juga dengan gelaran bapa. Aku begitu mengharapkan agar perkataan pertama yang
lahir daripada mulutku ialah ibu ataupun ayah.
Tapi aku tak mampu, kerana aku sudah kehilangan
kedua-dua ibu bapaku sejak hari pertama aku dilahirkan. Ibuku meninggal kerana
kehilangan darah yang banyak sewaktu melahirkan aku. Manakala ayahku pula
meninggal akibat kemalangan jalan raya sewaktu perjalanan ke
hospital.Disebabkan itu tidak seorang pun yang ingin mengambil aku sebagai anak
angkat kerana menganggap bahawa aku hanyalah seorang gadis pembawa malang.
Sungguh perasaan ku terluka sedikit sebanyak. Tapi
aku hiraukannya dan menganggap bahawa itu sudah menjadi adat orang melayu yang
taksub akan pegangan pantang dan seangkatan dengannya.Tapi lukaku semakin rabak
apabila lelaki yang dulunya kelihatan agak sempurna padaku dari segi fizikalnya
menuturkan perkataan yang mampu membuatkan hatiku bersepai ibarat kaca yang
terhempas di batu.
Kata-kata itu ibarat menghantui diriku. Tidak kira
kemana sahaja aku pergi, pasti kata-kata itu mengekoriku. Tambahan pula dengan
peristiwa yang tidak akan sesekali ku lupa yang berjaya membuatkan masa depanku
semakin kelam. Apakah salahku? Mengapa
tuhan yang satu menguji aku dengan sebegini dugaan yang maha berat?
Tidak layakkah aku menerima sedikit kebahagiaan?
Entah mengapa setiap kali ku mempersoalkan takdir,
airmataku pasti bergenang. Mungkin sedih dengan takdirku barangkali. Peristiwa
itu sering terlayar di mindaku dan terus membuatkan luka dihatiku semakin
parah.
***
“Khai!”Jerkah Riana. Aku yang leka membuat kerjaku
terkejut akan jerkahan itu. Ades! Minah ni memang nak kenalah dengan aku! Ishk!
“Apa?!” Jerkahku balik. Riana yang mendengar
jerkahanku hanya mampu tersenyum kambing. Senyum senyum.Sekali aku lesing kang!
Ha, baru tahu!
“Sorry, ‘ter’jerkah kau…Hehehe” Pintanya. Bagus! Aku
kembali menyambung tugasku yang terbantut sebentar tadi akibat jerkahan Riana.
Tapi nampaknya tugasku sekali lagi terbantut apabila Riana sibuk duk menempel
tepi diriku. Mengapakah?
“Kau pehal?” Tanyaku sambil membuat tugasanku. Riana
yang mendengar akan pertanyaanku terus tersenyum penuh makna.
“Kau cantik…” Ujarnya setelah sekian lama menyepi
daripada pertanyaanku. Hokey! Ni apahal ni tiba-tiba kata aku cantik? Keningku
jongket tanda tidak mengerti akan maksudnya.,
“Tapi kau lagi cantik kalau kau teman aku pergi
makan sekarang. Heee..”Sambungnya. Ceit! Podaaa! Aku ingatkan apa tadi. Baru je
nak kembang sebab ada orang kata aku cantik. Heh!
“Makaaannn jelah kerja kau kan? Badan still
maintain, tak naik naik langsung! Kerja dah siap belum?” Tempelakku. Terus dia
mengeluh dan memasamkan mukannya. Ades! Dah serupa muka apa entah.
“Kau ni macam tak tahu aku kan. Kalau aku ajak pergi
makan itu maksudnya aku dah settle dah la pasal kerja aku. Selagi tak settle
selagi itulah aku tak pergi makan.Kau ni… Ni nak sentap ni!” Keluhnya. Ades!
Macam manalah aku boleh lupa yang Riana ni sebiji macam aku kalau bab kerja ni.
Adoi! Satu kerja nak pujuk dia balik…
“Sorry…Aku terlu…”
“pa.. Ye,aku tahu kau terlupa.Takyah mintak maaflah
sangat. Dah tau sangat perangai kau macam mana.” Sambungnya. Aik?! Ni kutuk ke
puji ni?
“ Aku tak kutuk kau okay. Dah memang itu pun sikap
kau kalau kau terlampau alpa dengan kerja kau itu.” Balasnya selamba seakan
mengerti akan apa yang sedang aku fikirkan ketika ini.Hohoho…
“You are mybestie ever !” Serentak aku memaut
bahunya. Riana yang tercengang kembali tersenyum sambil meniup kukunya. Amboi!
Lagak serupa macam mak datin! Hahaha…
“Well, biasalahkan.. Aku, sapa tak kenal. Manusia
yang perihatin number one in Malaysia you know! Hahaha.” Ades! Perah santan lah
pulak minah ni. Ishk ishk ishk… Nasiblah aku dapat kawan macam ni. Tanpa
pedulikan Riana yang sedang bernegah megah dengan dirinya, aku segera mengatur
langkah ke arah kafe yang terletak tidak jauh daripada tempatku bekerja.
“Woi!!! Kau nak pergi mana tu Khai?!” Jerit Riana.
Kakiku yang galak megatur langkah kearah kafe mulai terhenti apabila terdengar
jeritannya yang mengalahkan hantu niang rapik!
Aku segera memusingkan badanku ke arahnya dan
melihat dia berlari mendapatkan aku dengan nafas yang termengah-mengah. Serupa
macam kena kejar dengan anjing gila.Aku hanya mampu mengelengkan kepala apabila
melihat keletah Riana. Hanya dia sahaja yang mampu membuatku tersenyum riang.
“Weyh…kau.. kau.. nak… nak… pergi… mana???...”
Tanyanya dalam keadaan semput, Hahaha. Padan muka! Siapa suruh lari kan?
Muahahaha. Kejam giler aku.Heh!
“Aku nak pergi kafe lah ni. Tak nampak ke laluan
yang kita selalu nak pergi kafe ?”
“Lorh! Apehal tak kata dekat aku dulu? Tak lah aku
lari macam orang gila tadi..”
“Aku ingatkan kau dah tau…”
“Kalau aku tahu taklah aku tanya kau..”
“Lorh..Macam itu pulak ek?”
Riana memandangku tajam.Aku hanya tersengih
mengalahkan kerang busuk! Riana mengelengkan kepala apabila melihat aura
kebudak-budakkan aku terserlah. Mesti dalam hati duk mengutuk aku kaw kaw ni!
“Dahlah, jomlah kita pergi kafe… Kalau bertekak
dekat sini sampai sudah tak habis. Perut aku dah berdondang sayang dah ni.
Nasib baik tak buat konsert rock je dalam ni.” Tau pun!
Ah,sudah! Dah masam dah muka itu. Kalau muka itu
masam maksudnya aku kena turutkan jelah apa yang si Riana ni cakap. Kalau tak..
hurmm…
“Okay.. Jomlah.” Ajakku. Dia mulai tersenyum senang
dengan pelawaanku. Haish! Susah sungguh kalau ada kawan yang perangainya sebiji
macam aku! Sukar diduga dan ditawan hatinya. Ehek! Terperasan lebih lah pulak!
Keheningan menambat diriku dan Riana apabila tidak
ada seorang pun mengeluarkan sepatah dua kata selang beberapa minit lepas.
Bagus juga macam ini,mengikut kajian orang yang banyak bercakap ialah orang
kurang pengetahuannya. Entah betul ke tak aku tak pasti. Tapi yang pernah aku
dengar ialah kalau orang yang kuat ketawa je tergolong dalam golongan orang
yang kureng mempunyai ilmu.
Hurm, hentam sajalah labu. Yang penting takde
sangkut paut dengan kehidupanku. Apahal lah pulak aku rasa ambik masa lama
sangat nak pergi kafe ni? Ke kafe pindah tempat? Adeh! Pindah tempat apanya
kalau aku kafe tu baru bukak tiga bulan lepas? Hoih! Merapu lebih aku ni!
“ Weyh,Khai! Kau pernah jumpa tak CEO baru kita
itu?” Jerit Riana. Adeh minah ni! Dalam sehari tak boleh ke buat aku ni tak
terkejut? Nasib baik lah takde serangan jantung. Kalau ada, sapa nak jawab?
Ni pehal lak ni buat muka teruja tahap dewa. Dahla
dipautnya lengan aku ni. Kalau tak sakit takpe, ni sakit giler. Ha, Riana ni
tengok je muka cun,kurus melidi tapi bila dekat tulang itu. Huh! Kuat tulang
dia lagi daripada batu! Agak-agak berapa kalsium dia telan sehari ek?
“ Tak.. Apasal?” Layanku. Yelah, layan jelah dia
tanya apa walaupun aku ambik masa berapa minit jugak nak cerna pertanyaan dia
tadi.Kang,kalau tak layan pulak kang,ada orang buat sketsa lebih dekat sini
kang.
“ Ruginya! Eh,kau tahu tak dia adalah makhluk tuhan
yang paling sempurna yang pernah aku lihat tau! Cair dowh…” Katanya. Ni apehal
lak ni buat muka cute mengalahkan muka kucing kesayangan aku ni? Kening ku
jongketkan apabila ku rasa Riana sudah berada di dalam dunia fantasinya bersama
CEO syarikat perhotelan Harrods yang bertaraf enam bintang di luar negara mahupun
di Malaysia.
“ Sempurna sangat ke mamat itu?” Perliku. Riana yang
mendengar perlianku memandangku tajam. Marahlah itu.
“ Sempurna beb! Dari segi fizikal je aku dah
tertarik dekat dia tau! Handsomee sangat-sangat tau! Yelah, kau boleh tak
bayangkan macam mana rupa CEO baru kita itu kalau dah Chairman hotel kita ni
pun ada mix blood diantara melayu dan cina. Tu baru Chairman! Bukan lagi bini
Chairman itu! Bini Chairman lagilah dasyat! Ada mix blood darah Eropah dan
Britain itu!!! Dahlah lulusan Bachelor of Business Studie honours dekat
Universiti Edinburgh lagi. ” Mak aih! Biar betui?! Kalau betul, berapa sel
khromose yang ada dalam tubuh CEO aku itu ek?
Yelah mana taknya. Dahla si ayah ada mix blood
melayu dan cina. Mak pulak ada campuran eropah dan Britain. Kalau dua itu
bersatu so, anak dia ni boleh dikategorikan sebagai… Apa?! Tunggu kejap, tunggu
kejap. Otak aku tak boleh terima input tadi. Ayah ada mix blood melayu dan
cina. Mak pulak ada campuran eropah dan Britain. So, anak????
Mak aihhh!!! Memang patutlah si Riana ni
terkinja-kinja mengalahkan kucing dapat makanan, sebab dia dah jumpa CEO aku
itu live kut! Aku yang tak pernah
jumpa pun, bergoncang dah iman bila aku rasa betapa sempurnanya CEO baru aku
itu. Yelah, Chairman itu, walaupun tua masih handsome lagi tau! Puan Sri pun
walaupun tua masih bergetah dan cun lagi! Oihh… Memang bertuah sungguh CEO baru
aku itu.
“Handsome kan? Aku tau kau duk terbayangkan rupa
paras CEO kita itu. Tapi aku nak cakap dekat kau tak payah bayang sangatlah
sebab nanti petang kau boleh tengok dia secara live lagi tau! Hari ni dia datang dengan Chairman sebab ada uru…”
“ Serius ke dia datang petang ni? Ya Allah,
terujanya aku! Tak sabar aku nak tengok wajah CEO kita itu Riana.Mesti handsome
kan? Harap-harap sempat aku jumpa CEO kita itu!” Potongku. Riana terkebil-kebil
apabila melihat perangai gedik aku yang mengalahkan budak tak cukup umur
apabila aku memotong percakapannya.
“ Sorry…” Pintaku pada Riana apabila aku berasakan
bahawa reaksi ku agak melampau. Mana tak melampaunya bila badan aku sibuk duk
pusing sakan bila aku cakap pasal CEO baru aku itu.
Gedik gile kut! Macam tak pernah jumpa orang kachak
je!
“ Hurm.. Takpe,itulah pasal siapa suruh kau tak
tengok dia hari Isnin lepas? Nasib baik dia datang balik hari ini. Kalau tak,
memang kempunanlah kau nak tengok CEO baru kita itu..”
“ Amboi cik kak.. Cakap tak pandang kiri kanan
nampak? Eh, ko lupa eh yang aku ambik cuti sakit hari itu sebab aku
demam?Bukannya aku tak nak datang..” Ujarku. Riana mengetuk kepalanya pabila
menyedari akan kekhilafannya yang terlupa bahawa aku sedang sakit hari itu.
“Ha’ah ek. Kau mana datang hari itu. Kau demam!
Apasal lah aku bongok sangat ni?! Otak lambat gila nak catchup. Hurm.. Tapi takpe, sebab lepas lunch ni kau boleh lah
jumpa dia sepuas hati kau ek Cik Nur
Hawa Khaisara….” Leretnya. Aku pula hanya tersenyum panjang seusai Riana
menghabiskan kata-katanya. Entahlah apasal aku teruja sangat nak jumpa CEO baru
aku itu. Padahal kebiasaannya,aku tak amik peduli pun pasal orang baru dalam
syarikat. Ni tak! Lain pulak jadinya kalau pasal CEO ni. Hurm.. Entahlah labu.
Yang penting sekarang ni ialah sesi mengeyangkan perut terlebih dahulu!
***
Alamak! Dah pukul empat setengah petang dah ni!
Adui..Melepas aku nak lihat CEO baru itu.Uhuk! Ni nak boikot ni. Ni semua pasal
minah gedik itu punya pasal! Mentang-mentang kau pengurus dekat hotel ni,suka
hati je ek suruh aku cuci tandas. Dahla luar bidang kuasa aku! Ishk! Geram tau
tak!
Lantai tandas yang terakhir itu ku sental dengan
perasaan yang bercampur baur. Perasaan marah,benci,kecewa,geram, sedih bak kata orang semua perasaan yang negatif itu
ada punyalah! Nasib baik tandas ni orang jarang guna walaupun berdekatan dengan
lobi. Sebab kedudukan tandas ni yang tersorok sikit daripada pandangan mata
umum menyebabkan tandas ni kurang sambutannya.Sedikit sebanyak kejadian di kafe
sewaktu aku dan Riana sedang menjamu selera terlayar di minda.
“ Khai, I nak nanti you hantar semua kain-kain yang
kotor ke laundry.Then, I nak you basuh semua tandas dekat swimming
pool,gym,surau and dekat lobi lepas you habis makan ok.” Arah si
pengurus,Jasmine.
Aku dan Riana terkebil-kebil memandangnya. Manalah
tak terkebil kami dibuatnya? Dahla orang tengah makan disuruhnya buat kerja yang
melibatkan tandas.Pulak itu,kerja itu di luar bidang kuasa kita orang kut!
“Mana boleh Khai buat semua itu,cik Jasmine! Itu
bukannya pekerjaan Khai.Itu pekerjaan cleaner. Suruhlah dia orang! Khai ni
kerja dia kira semua perabot ataupun barang yang baru sampai dekat hotel kita
ni!” Bentak Riana.
“ Ha’ah betul tu Cik Jasmine. Itu semua bukan kerja
saya.Lagipun kenapa saya yang kena buat? Orang lai…”
“ You all jangan nak melawan cakap I ek. I ni
manager korang dekat sini. Ingat sikit diri itu siapa. You all just pekerja
bawahan je dekat hotel ni! So,jangan nak membentak kalau nak cari duit tahu!
Buat je apa yang I suruh.. Itu pun salahke?” Marah cik Jasmine. Aku semakin
bengang apabila dia membuat kenyataan sebegitu rupa. Apa salahke kerja macam
ni? Halal apa!
“ Memang tak salah cik Jasmine. Tapi mana semua
cleaner yang ditugaskan dekat hotel ni? Ditelan bumi ke sampai Khai yang kena
buat semua itu?” Sinis Riana. Cik Jasmine membuntangkan matanya apabila Riana
menyuarakan pendapatnya. Aku pula hanya bertindak sebagai pemerhati sahaja. Tak
nak keadaan yang panas semakin hangat.
“ Semua cleaner itu sibuk! Lagipun ada banyak
cleaner cuti hari ni. Itu pasal I suruh Khai buat semua itu. Lagipun I rasa
tugas itu lagi senang daripada kira stok yang selalu sampai dekat hotel ni.Yang
you tu menyibuk kenapa? Ada I suruh you? Takkan? So, better you just shut up
your mouth!” Balas si Jasmine. Ah,sudah! Makin panas nampaknya. Si Riana tak
nak mengalah. Si Jasmine pun tak nak mengalah. Jadi sapa yang kena mengalah? Aku?
Aku segera memegang lengan Riana apabila aku melihat
dia ingin membidas cik Jasmine. Riana memandang ke arahku dan aku hanya
mengelengkan kepala tanda tidak ingin dia berbalas jawab. Riana akhirnya akur walaupun aku tahu jiwanya memberontak yang
amat terhadap pengurus yang baru sahaja
ditugaskan sebulan lepas.
“ So, I rasa tugas I untuk sampaikan pekerjaan you
dah selesai. Harap you all enjoy your lunch.” Sinis suara itu berbicara.
Sebelum meninggalkan kami di meja makan,aku sempat lagi menangkap senyuman
sinis di bibirnya. Seronoklah itu sebab dapat kerjakan aku!
“ Ishk! Khai,apahal kau halang aku daripada lawan
cakap dengan dia? Dahla aku baru je nak lepas gian berdebat. Lama dah aku tak
berdebat tau!” Luah Riana. Aku tergelak. Adui! Dalam marah itu, sempat jugak ek
buat lawak? Riana,Riana…
“ Saja je tak nak kau buang masa lawan cakap dengan
dia. Orang macam itu jangan dilayan sangat Riana. Dia takkan mengalah punya.
Tambah-tambah lagi dia itu ada pangkat lebih besar daripada kita, Kita, pekerja
bawahan ni kena ikut jelah cakap dia kalau nak cari duit untuk sesuap nasi.”
Pujukku. Riana kelihatan cuba menenangkan dirinya.
Aku tersenyum melihat keletahnya dan terus
menyambung makan makanan yang sedang berbaki di pingganku.
“ Aku rasa dia suruh kau buat semua itu mesti sebab
dia tak nak kau jumpa CEO baru kita itu petang ni.” Telahnya. Aku yang sedang
sibuk menjamu selera segera mengangkat mukaku ke arahnya. Riana menjongketkan
keningnya sambil tersenyum manis.
“ Apa kaitannya?” Yelah. Apa kaitan CEO baru
syarikat hotel ni dengan aku nye? Aku bukan kekasih dia pun!
“ Kau kan staff yang paling cantik dekat dalam hotel
ni. Cuma kau bekerja belakang tadbir je. Cuba kau kerja jadi penyambut tetamu
ke apa ke, Aku gerenti lah pasti hotel ni tiap-tiap hari penuh.” Pujinya. Tapi
aku masih lagi tidak dapat menangkap apa maksud sebenar Riana.
“ So?”
“ So, dia takutlah kalau CEO kita itu terpikat
dengan kau,bukannya dia!” Telahnya. Dan aku…
“ Hahaha. Apa yang kau merepek ni Riana? Adeh!
Eh,kalau diantara aku dan cik Jasmine itu aku rasa komform dia pilih cik
Jasmine tau tak! Lawak lah kau ni.” Aku ketawa. Aku semakin galak ketawa
apabila Riana membuat muka bosannya ataupun lebih dikenali sebagi muka poyo!
Aku mengelengkan kepala dan terus meyuapkan nasi di dalam mulutku.
“ Dia tak pilih Jasmine…” Jedanya. Aku tersentak!
Biar betul CEO aku tu tak pilih cik Jasmine. Biasanya cik Jasmine tu terkenal
dalam golongan lelaki kerana kecantikkannya walaupun dia tampal bedak lima inci
dekat pipi dia itu.
“ Maksud kau?”
“ Untuk pengetahu kau, masa hari Isnin hari itu, CEO
kita kan datang masa itu dengan Chairman. Tapi dalam setengah jam lepas sampai
itu, Chairman kena balik ke syrikat pula sebab ada mesyuarat dengan ahli
lembaga pengarah. Then, masa itu cik Jasmine ni kenalah perkenalkan semua staf
department yang ada dekat dalam hotel ni.Cik Jasmine dan Ketua jabatan kita
ditugaskan untuk teman CEO kita sepanjang dia melawat dekat hotel ni. Tapi masa
itu, ketua jabatan kita pulak yang tak ada sebab ada mesyuarat dekat luar,jadi
akulah yang kena ganti tempat ketua jabatan kita itu.”
“ Sepanjang aku teman CEO kita itulah, aku tengok
dia ni macam tak layan sangat cik Jasmine. Padahal hari itu cik Jasmine pakai
pakaian seksa tahap dewa kut! Siap cuba pegang tangan CEO kita lagi itu. Tapi
nak buat aku tergelaknya, CEO kita tepis tangan dia tahu tak! Hahaha. Masa itu
aku tahan jelah ketawa aku.” Terang Riana pnajang lebar. Oh, macam itu.
Kiranya, dingin jugaklah CEO aku itu dekat perempuan ek?
“ Takpelah Khai.. Kau buat jelah kerja yang si
Jasmine itu suruh. Sebab aku rasa sempat lagi kau nak jumpa CEO baru kita itu
sebab dia datang pukul tiga petang.So, sekarang baru pukul dua belas suku.
Sempat lagi ni…” Pujuk Riana. Aku menganguk tanda mengiakan pendapatnya. Betul
jugak apa yang Riana ni cakap, lagipun semua tandas yang aku kena basuh itu
kecik je tempatnya. So, boleh lah aku jumpa CEO itu petang ni. Hehehe.
Dan aku akhirnya terdampar di sini. Di tandas
terakhir! Tandas perempuan okay! Jangan nak fikir pelik sangat tau!Urgh! Macam
mana lah aku boleh lupa yang tandas dekat gym tu dia orang ubah suai sampai
jadi besar? Menyesalnya! Ha, amik! Nak sangat kan ikut cakap si Jasmine itu,
daripada ada peluang nak jumpa CEO baru langsung habuk tak dapat! Yang aku
dapatnya, sakit hati! Ishk!
Ya Allah Sara..Tak baik mempertikaikan takdir.
Mungkin ada hikmah disebalik semua ini mana tahu kan? Hurm.. Ya, terima ni atas
kredit ada hikmah yang berlaku di sebalik semuanya. Okay,Sara. Sekarang kau
habiskan tugas kau dulu dan lepastu kau boleh enjoy ataupun lepas geram masa
kau balik okay?
Setengah jam kemudian aku selesai meyiapkan segala
tugasanku dengan perasaan yang gembira sangat-sangat! Mungkin inilah orang kata
kalau kita redha dengan ketentuan Ilahi,hidup kita akan terasa aman dan damai.
Segala peralatan mengemop,mencuci dan sebagainya aku simpan di stor yang
terdapat dalam bilik air berkenaan.
Okay,siap! Sekarang ni kita balik lepastu….Lepastu
apa ek?Hum apa-apa jelah.Sebelum aku melangkah keluar, aku memperkemaskan lagi
diriku dihadapan cermin, tudung dan baju aku perbetulkan sedikit. Sedikit
minyak wangi kucalitkan di pergelangan tangan,tekak dan di baju.
Ha! Baru boleh bernafas sikit aku.Aku tersenyum
senang dihadapan cermin.Aku terus melangkah keluar meninggalkan tandas
berkenaan dengan senyuman yang tidak lengkang daripada bibir. Tapi..
“Argh!!!” Nasib malang menimpa diriku apabila kakiku
tersadung board yang tertulis ‘coution! Wet floor.’ Apalagi! Teruslah aku
terjatuh ibarat nangka busuk! Nasib baik lantai ni empuk. Wangi pulak itu! Tapi
bila masa lantai boleh jadi empuk ek? Lagi satu, bila masa pulak aku cuci
lantai dekat luar ni?
Disebabkan perasaan ingin tahu mencanak naik di
sanubariku, mata yang terpejam kemas ku buka sedikit demi sedikit dan alangkah
terkejutnya aku apabila lantai yang ku anggap empuk dan wangi sebentar tadi
adalah seorang lelaki. Diulangi,L.E.L.A.K.I! Bukan golongan maknyah ataupun
seangkatan dengannya!
Disebabkan terkejut aku langsung menolak tubuh
lelaki berkenaan. Kuat jugaklah sampai lelaki itu terperanjat. Wajahnya mengerut
seperti sedang dalam kesakitan. Kuat sangatke aku tolak? Mana tak kuatnya kalau
dah lelaki yang ada dalam dakapan aku ada
melekap dekat dinding ni.
“Eh,encik.Saya mintak maaf.Saya betul-betul tak
sengaja encik.”Pintaku.Aku segera mendapatkan lelaki berkenaan. Dan lelaki itu
hanya tersenyum memandang diriku.
“I’m okay. It’s not your fault at all.” Dia
tersenyum.Alahai cakap mat salleh lah pulak dekat aku. Nasib baik Bahasa
Inggeris aku dapat A masa SPM enam tahun lepas.Kalau tak,sepatah haram aku tak
tahu apa yang dia cakap.
“Betul ke ni encik?” Tanyaku lagi. Entah kenapa aku
gatal sangat nak cakap bahasa melayu walaupun lelaki depan aku ni sibuk
speaking dengan aku tadi.Macam mana tak speaking dengan aku,kalau lelaki ni pun
mat salleh.
Baru sahaja aku ingin memperbetulkan soalanku
ataupun dengan lebih tepat ingin menterjemahkan soalan yang tadinya bahasa
mlayau kepada bahasa inggeris, kedengaran satu suara menerjah gegendang
telingaku ini.
“Ye,saya okay. Awak jangan bimbang ya.” Kata suara
berkenaan.Eh,sapa yang kata itu? Takkan mat salleh depan aku ni kut?
“ Saya melayu.” Sambungnya.
Kebabbom!!!!
Adeh! Malunya aku. Mesti dia ingat aku ni tak pandai
speaking dengan dia sebab aku tanya soalan melayu tadi. Eh,kejap.Tak salahkan
nak cakap bahasa melayu? Bahasa melayu tu bahasa kebangsaan apa? Jadi,tak
salahlah kan kalau kita nak memartabatkan bahasa kebangsaan kita? Tak
salahkan???
Aku tertunduk segan. Malu tak habis lagi. Lelaki
yang kononnya mat salleh depan aku Cuma tersenyum segaris sebelum melangkah
maju kehadapan. Eh,apahal lak lelaki ini nak dating dekat ni? Jantungku mula
tak tentu arah apabila dia semakin dekat. Dahla dengan haruman minyak wangi dia
yang wangi bagai nak rak.Ditambah lagi dengan senyuman dia. Janganlah dia buat
apa-apa dekat aku.Dahla takda orang langsung dekat sini. Gusarku.
Semakin dia dekat,semakin kuat jugaklah degupan
jantungku.Rasa macam baru lari marathon je. Setapak dia dekat,setapak aku
undur.Begitulah keadaan aku dan dia sekarang sehinggalah aku tiada lagi tempat
untuk melarikan diri kerana tubuhku dihadang oleh dinding yang berada di
belakangku.
Tiba-tiba dia berhenti tepat depanku.Boleh kira
dalam dua tapak lagi jarak antara aku dan dia. Dia menunduk lantas mengambil
board yang aku terlanggar tadi dan meletakkannya di tepi dinding.
Terkelu! Waa! Rasa macam nak sorok je muka aku ni
ha! Apahal lah fikiran aku ni singkat sangat? Adeh! Memamng buat malu kaum
jelah kau ni Sara!
“Muka awak merah.” Kata lelaki itu. Mukaku yang
sudah sediakala merah bertambah lagi merah.Eiii!!! Apahal nak merah masa ni
pulak?
“ You look so
adorable…” Tambahnya lagi. Adeh! Dia ni tak boleh ke berhenti cakap kejap?
Aku dahla malu tahap berapa langit dah ni.
“Er… Sorry encik.Saya memang tak sengaja nak peluk
encik tadi.” Kataku. Yelah kalau aku terus senyap kang,nanti dikatanya aku
bisu.
Dia mengeleng perlahan. Aku beranikan diri untuk
menatap wajahnya. Tapi entah kenapa jantungku bergetar hebat apabila mataku
bertemu dengan matanya.Segera kularikan wajahku daripada wajahnya sebab jantung
punya rentak dah lain macam dah. Aku dapat rasakan yang dia hanya diam
memerhati diriku. Dan aku juga memerhati dirinya. Tapi bukan wajah dialah.
Aku perhatikan pakaian yang tersarung di tubuhnya.
Kemeja yang melekap terus ditubuhnya memperlihatkan lagi bentuk badan tubuh
lelaki dihadapan aku ini. Nasib baik warna baju kemeja dia biru gelap. Kalau
putih..Aku tak tahulah. Lagi satu,nasib baik dia pakai kot dekat luar.Kalau tak
memang haram jaddah aku nak pandang muka dia. Malu oii! Tapi bila dia pakai
baju macam ini membuatkan aku tertanya satu soalan cepu emas kepada dia.
“Encik ini tetamu hotel ni ke?” Tanyaku setelah lama
berdiam diri. Dia tersenyum sekali lagi.
“Boleh dikira macam itulah. Ini pun terpaksa datang
sebab I kena belajar semua department yang ada dekat hotel ni sekaligus
perkenalkan diri I pada staf-staf dekat sini.” Ujarnya. Sebelah tangannya
dimasukkan ke kocet seluar slacknya menambahkan lagi ketampanan
dirinya.Oh,macam itu. Kepala ku angguk tanda mengerti. Tapi tak lama
kemudian,wajahku berkerut memikirkan percakapnnya sebentar tadi.
I
kena belajar semua department yang ada dekat hotel ni sekaligus perkenalkan
diri I pada staf-staf dekat sini.
Setahu aku lah kan. Biasanya eksekutif-eksekutif
yang baru sahaja dilantik di syarikat
Perhotelan Harrods je kena belajar semua department
di seluruh cawangan hotel Harrods di Malaysia. Lepastu dia orang kena
perkenalkan diri dia orang kepada semua staf hotel Harrods di Malaysia.
Chairman yang tetapkan begitu. Tak tahu kenapa.Tapi yang menjadi persoalannya sekarang
ni,ada ke eksekutif yang baru dilantik? Setahu aku eksekutif yang baru dilantik
ialah CEO syarikat Hotel Harrods,anak kepada Chairman.
Eh,kejap! Eksekutif baru? CEO? Anak Chairman?
Takkanlah…
“ Nice to meet you Hawa…” Ujarnya. Kepalaku terus
terpaling ke arahnya. Mataku membulat. Dia tersenyum manis.
“I’m your new CEO, Harith Rizqi.” Tambahnya sambil
tersenyum manis.
Plush!!!
Waa! Malunya aku! Orang yang aku peluk tadi CEO
baru! Orang yang aku tergedik sangat nak jumpa! ARGH! Apahal aku boleh terpeluk
dia tadi! Bala,bala…
“ Cik Nur Hawa Khaisara. Kalau dalam bahasa Arab
Siti Nur Hawa Khaisara. Hurm, nice name.” Dia sebut nama penuhku. Tapi apahal
dalam bahasa arab pangkal nama aku Siti di depan?
“ Cik dalam bahasa arab means Siti,Hawa.” Dia
menjawab seakan mengetahui apa yang berada di dalam fikiranku.Owh. Baru aku
tahu cik dalam bahasa arab maksudnya Siti. Sepi menyelubungi dirku dan dirinya.
Aku yang masih tertunduk malu dan dia yang masih merenung setiap inci wajahku.
Apahal lah tengok wajah aku ni?
“ Erm.. Encik, saya mintak maaf sebab saya takda
masa sesi suai kenal dengan encik. Saya ada tugas. Kena cuci tandas.” Luahku.
Dia sekali lagi tersenyum. Dia ni tak penat ke senyum selalu?
“ You cleaner ke?” Tanya dia.
“Eh, taklah! Ni bukan kerja saya. Tugas saya
sebenarnya kena kira barang-barang dari luar yang baru sampai dekat hotel ini.
Bukan cleaner. Tapi tadi pengurus hotel ni suruh saya cuci tandas sebab dia
kata cleaner semuanya sibuk dan banyak yang cuti. Itu saya terpaksa buat ni.” Aku
segera menindakkan pertanyaanya sebentar tadi.
Dia tersenyum. Tapi senyumannya kali ini lebih
sinis. Tak tahu kenapa.
“I knew it! Damn!” Gerutunya. Dia tahu? Tahu apa?
Tahu apa yang terjadi pada aku? Baguslah. Setidak-tidaknya, dia tahu pengurus
dekat hotel ini kejam gila yang amat.
“ Encik.. Macam mana encik tahu nama penuh saya?”
Tanyaku. Yelah, dekat name tag nama yang
tertulis ialah Khaisara. Bukannya Nur Hawa Khaisara. Itu yang peliknya itu.
“ Kawan you kata. Riana I guess nama dia. Masa I
melawat department you, semua staf perkenalkan diri dia orang tapi hanya ada
satu staff je yang tak ada. Bila I tanya Jass dia kata seorang staf lagi cuti
sakit. Then I ignore it. Bila Jass sibuk duk bagi taklimat dekat staff bahagian
department you, ada seorang perempuan ni datang dari belakang dan bisik dekat I
yang seorang staf ni kena buli dengan Jass. Nama dia Nur Hawa Khaisara. Dia
yang suruh I cari you kalau I nak jumpa you dan dia bagi jaminan yang I takkan
rugi bila jumpa dengan you.” Terangnya panjang lebar.
Tidak terkelip aku dibuatnya apabila mendengar
penerangan yang diberi oleh Encik Harith. Biar betik Riana buat macam itu!
Berani pulak dia?
“And,she’s right. I think I will be regret if I
can’t see you today,Hawa.” Tambahnya lagi.
Dengan serta merta aku dapat rasakan semua darah
mengalir kearah pipiku. Ya, Allah! Apahal dengan mamat ni? Puji aku daripada
tadi? Huh! Nasib baik dia tak tahu aku faham apa yang dia cakap. Eh, dia tahu
ke tak ek?
“ Owh. Erm, encik Harith saya betul-betul mintak
maaf sebab saya tak ada masa sesi suai. Jumpa pulak dalam keadaan macam ini.”
Pintaku sekali lagi walaupun hakikat sebenarnya aku cuba nak alih topik!
“ If once again you ask an apology to me. I will
make you shut up immediately.” Tekannya sambil merenung aku dengan pandangan yang
sukar aku tebak. Eh, mintak maaf pun salah ke? Biar betul encik Harith ni. Tapi
kalau sudah namanya Nur Hawa Khaisara..Memang takkan ada perkataan MENGALAH
dalam kamus hidupku.
“ Err.. Sorry encik saya tak…” Kata-kataku terhenti
di situ apabila dia merapati ku yang sudah melekap di dinding. Harumannya makin
kuat apatah lagi jarak diantara aku dan dia begitu hampir sehingga deru nafas
kami kedengaran seperti satu.
Aku yang terkaku tidak mampu mengambil sebarang
tindakan ibarat semua pergerakan tubuhku dikunci walaupun pada hakikatnya,
tiada sebarang persentuhan di antara kami. Aku hanya mampu menunduk dengan
debaran yang menggila menghentam di ruangan dadaku.
Encik Harith segera memaut daguku supaya aku boleh
bertentangan dengannya. Dia segera mengusap pipiku tanpa sebarang kata-kata.
Kelihatan seperti dia memerhatikan seluruh wajahku daripada mata hinggalah ke
daguku.
“
You have such a beautiful eyes…”
“
Such a beautiful nose and…” Tangannya yang digunakan untuk
mengusap pipiku sebentar tadi beralih ke arah bibirku dan…
“
such a sexy and adorable lips.” Tekannya bersama
senyuman yang tidak lengkang daripada bibirnya. Aku sudah tidak mampu berbuat
apa-apa kerana pada saat itu, akalku seakan berhenti buat seketika waktu.
Mukanya semakin dekat denganku. Semakin dekat,dekat,dekat dan…
Kring,kring..
Telefonnya berbunyi. Dia segera mencapai telefon
bimbitnya yang aku kira sebenarnya android dan menjawab panggilan itu. Tidak
sampai seminit dia terus menamatkan perbualannya dengan si pemanggil dan
berpaling ke arahku.
“ Saya kena pergi sekarang jugak… Tapi..” Ujarnya.
Dia mendekatiku sekali lagi dan mengusap bibirku perlahan dengan senyuman yang
aku tidak mampu gambarkan.
“
I will make sure that one day, your lips will belong to me…”
Katanya lantas meninggalkan ku sendirian di sini. Daripada berdiri, terus aku
terduduk apabila akalku sudah dapat berfungsi dengan baik selepas kejadian
tadi.
Ya Allah! Kenapa aku tak cegah tadi? Ishk! Nasib
baik dia dah pergi kalau tak memang kejung aku dibuatnya dekat sini.Kalau macam
inilah perangai dia, pengsan sedar balik pun aku tak ingin jumpa dengan dia
tau! Tak ingin langsung!!!
Dengan kadar yang
segera aku bangkit dan pergi meninggalkan ruangan berkenaan secepat yang
mungkin. Ataupun dengan lebih tepat ialah ingin melupakan kejadian yang
sebentar tadi yang baru berlaku terhadap diriku.
Banglo yang tersergam megah di Damansara Height ini
menjadi santapan mataku. Tanpa menyedari masa yang sudah semakin
mencemburuiku,aku terus leka memandang banglo yang diberikan nama ‘Harrods
Permai’ tersebut sehingga pemandu teksi menegurku.
“ Dik,nilah alamat yang adik tunjuk pada pakcik.”
Katanya. Aku mengangguk tanda mengiakan. Yelah,kalau tak tengok alamat pun dah
tau yang ni rumah Chairman The Harrods Sdn.Bhd. Setelah aku selesai membayar
tambang teksi yang memakan belanja berpuluh-puluh ringgit, aku segera turun
daripada terksi berkenaan.
Jam sudah menunjukkan pukul Sembilan malam tepat.
Alahai,apahal lah nasib aku hari ini.Nasib baik tak payah jumpa dia untuk bagi
report ni.Ini semua cik Jasmine punya pasal lah! Dulu bukan main sangat nak
menggoda mamat itu! Sekarang? Haprak! Itu baru kena marah sikit dengan mamat itu.
Yelah sapa tak marah kalau buat kerja tertangguh? Tak pasal-pasal aku pulak
yang kena hantar dokumen ni dekat mamat itu hari ini. Sebab? Minah itu merajuk
dengan CEO .
Ha! Bila minah itu merajuk, dia dengan selamba
badaknya suruh aku hantar dokumen yang berada dalam tanganku ini ke ibu pejabat
Harrods Holdings Sdn.Bhd yang bertempat di kota metropolitan. Kau bayanglah,
daripada Sepang ke Kuala Lumpur ambil masa berapa lama. Kalau bawa kereta macam
pelumba formula one tu bolehlah sampai dalam masa setengah jam ataupun empat
puluh lima minit. Kalau bawa macam pemandu yang baru saja dapat lesen, memang
nahas lah aku. Nasib baiklah pak cik teksi ni kira laju jugak bawak.
Tapi faham-faham jelah bila dah sampai dekat K uala
Lumpur ni. Jamed! Sampai dekat Kuala Lumpur ni pulak masa orang bekerja balik. Dahla
masa aku bertolak daripada Hotel Harrods itu pukul lima petang! Nasib baik
sempat mandi dan sembahyang dekat hotel tadi. Kalau tak.Haram! Tup tap tup tap
tup tap aku sampai jugak dekat Harrods Holding Sdn Bhd.Itupun pukul tujuh. Bila
je nak masuk dalam pengawal tu tanya nak jumpa siapa. Lepastu aku katalah nak
jumpa mamat itukan. Pengawal itu senyum lepastu..
“Owh. Maaf cik,CEO dah lama dah balik. Dua jam yang
lepas tak silap saya.Tapi dia ada bagi surat dekat saya suruh saya sampaikan
pada pekerja daripada Hotel Harrods,Sepang yang nak hantar dokumen pada dia.Ni
suratnya” Pengawal itu lantas mengulurkan surat yang berada di poket jaketnya.
Aku segera menyambut hulurannya lantas mengucapkan terima kasih padanya.Dia pun
berlalu untuk menjalankan tugasnya sebagai pengawal keselamatan.
I’m sorry.I have to go home because
there has an event that I have to attend this night.Awak pergi sahaja rumah
keluarga saya di Damansara Height dan serahkan dokumen itu kepada orang gaji
yang bertugas. Tq.
Harith Rizqi.
Aku rasa nak menangis je bila baca kandungan surat
itu. Suruh pergi rumah keluarga dia,tapi alamat tak bagi. Eee! Geramnya
aku!Satu hal pulak kena telefon Riana suruh dia tanya Cik Jasmine alamat rumah
keluarga CEO itu. Selang beberapa minit, Riana mengirimkan mesej kepadaku yang
mengandungi alamat rumah Chairman Harrods Holdings. Selepas itu,aku segera
mendapatkan teksi yang setia menungguku daripada tadi dan mengarahkannya untuk
singgah ke masjid yang terdekat untuk mengerjakan solat magrib.
Seusai aku sudah melaksanakan tugasku sebagai
khalifah di muka bumi ini, kami terus bertolak ke alamat yang diberikan oleh
Riana. Walaupun jarak dari Kuala Lumpur ke Damansara Height hanya lima
kilometer sahaja,tapi aku tetap merasakan bahawa jarak dari Kuala Lumpur ke
Damansara Height ni memakan berpuluh-puluh kilometer! Sebab? Jamed lah,apalagi.
Disebabkan sudah terlalu lama tersangkut di atas jalan raya akibat jammed, aku
segera menyuruh pak cik teksi pergi singgah ke masjid yang terdekat sekali lagi
untuk mengerjakan solat isyak yang sudah pun masuk waktunya. Aku memang tak
selesa untuk menlengah-lengahkan waktu solat, apatah lagi apabila hatiku berasa
lain macam hari ini.
Kami segera berangkat ke alamat rumah tersebut
apabila kami sudah selesai mengerjakan solat isyak. Perjalanan dari masjid yang
ku singgah sebentar tadi ke rumah Chairman Harrods tersebut hanya memakan masa
lima belas minit sahaja.Pak cik teksi yang membawa ku dari Sepang ke sini
meminta izin untuk pulang. Dan aku menangguk tanda mengizinkan. Yelah,kesian
pulak pak cik ni. Daripada petang tadi sampailah sekarang,tak berehat langsung!
“Tapi macam mana cik nak balik nanti?” Tanya pak cik
teksi tersebut.
“ Tahulah saya macam mana nak balik nanti pak cik.
Mungkin saya tidur dekat hotel je kut,esok pagi baru bertolak ke Sepang.”
Balasku. Aku tahu dia tidak betah meninggalkan aku seorang diri disini. Apatah
lagi aku seorang perempuan. Setelah aku pujuk,barulah dia memutuskan untuk
pulang ke Sepang.
“Hati-hati ya cik. Dekat sini bahaya. Saya balik
dululah ya.Assalamualaikum” Pesannya. Aku hanya tersenyum dan menangguk tanda
mengingati pesanannya. Salamnya ku balas di dalam hati.Setelah bayang teksi
berkenaan sudah hilang dari pandangan mata kasarku, aku segera menekan loceng
yang tersedia di pagar.
Setelah berulang kali aku menekan loceng dan tiada
sambutan,aku jadi pelik. Yelah, takkan orang gaji tidur awal kut. Baru pukul
Sembilan setengah malam. Setahu aku paling awal un orang gaji tidur pukul
sebelas malam.Takkanlah makan gaji buta kut? Dahla hujan rintik-rintik dah ni.Pagar
kecil yang terdapat di sebelah pintu pagar utama aku dekati dan… Aik? Tak
berkunci?
Aku mengambil langkah yang berani dengan memasuki
banglo berkenaan melalui pintu pagar yang tidak berkunci. Pintu utama aku
dekati perlahan-lahan. Dan entah kenapa, setiap kali kakiku melangkah mendekati
pintu tersebut,jantungku berdetak pantas. Hatiku berasa tidak enak. Tapi aku
abaikan semua itu kerana aku tahu itu hanyalah mainan perasaan ku.
Apabila aku sudah berada hadapan pintu utama banglo
tersebut, aku segera mengetuk pintu itu dan diselang seli dengan memberi salam
selama tiga kali. Dan apabila tiada sahutan,aku segera berpaling untuk
melangkah keluar daripada kediaman tersebut.Ketika aku menghampiri pagar kecil
tiba-tiba lenganku direntap dan membuat badanku terpusing kearah orang yang
merentap tanganku.
Dan alangkah terkejutnya aku apabila mendapati orang
yang merentap tanganku itu ialah Harith Rizqi, CEO Harrods Holdings aka orang
yang paling aku elak daripada bejumpa dengannya.
“ You???” Tanyanya.
Aku terkebil-kebil memandangnya yang sedang membuat
muka yang sukar ku tafsirkan apabila melihat diriku.
“ Err, saya datang sini untuk serahkan dokumen ini
pada Encik Harith.Cik Jasmine tak dapat datang sebab kurang sihat.” Sepontan
aku menuturkan ayat tersebut sambil menghulurkan dokumen yang berada di dalam
gengaman ku daripada petang tadi.
Dia tersenyum memandang aku dan mengambil dokumen
tersebut daripada tanganku. Sejurus itu aku segera berpaling untuk melangkah
keluar daripada halaman rumah tersebut. Tapi langkahku sekali lagi terbantut
apabila dia sekali lagi merentap tanganku. Ishk! Apalagi dia nak ni?
“ You tak nak masuk rumah dulu ke?” Tanyanya. Aku
yang baru sahaja ingin menjawab persoalannya terdiam apabila aku merasakan
diriku disimbah air hujan yang sedang lebat membasahi bumi.
Dia segera mencapai tanganku dan membawa aku masuk
ke rumahnya. Aku yang tergamam tidak mampu berbuat apa-apa. Apabila aku
memasuki kediaman rumah keluarganya, aku sekali lagi tergamam apabila melihat
susun atur perabotnya yang indah. Aku terpaku.
“ Cantikkan?” Tanyanya yang sudah pun berada di tepi
telefon. Lamunanku terhenti serta merta.Aku menangguk tanda mengiakan. Dia
tersenyum.
“ Silalah duduk.” Sapanya. Aku hanya mengelengkan
kepala. Dia segera mengerutkan wajahnya tanda tidak memahami maksud gelenganku.
“ Baju saya basah.” Kataku. Dia segera menangguk
tanda mengerti. Tetapi pandangan matanya masih melekat kearah tubuhku. Aku
berasa segan kerana aku tahu dia kini dapat melihat bentuk badanku kerana
bajuku yang basah sudah pun melekap rapat di tubuhku.
“ Encik…” Kataku. Dia segera berpaling kearah lain
dan bangkit daripada sofa yang ditempatkan di sebelah meja telefon dan pergi
kearah dapur.
“ Sorry.” Laungnya dari dapur. Dia membawa sehelai
tuala putih sekembalinya dia daripada dapur
lantas bergerak mendekatiku. Dia terus menutup tubuhku dengan tuala
terbabit. Aku menunduk.
“ You pergilah masuk ke bilik tetamu di tinkat atas.
Mandi, nanti you jatuh sakit.Ikut saya” Ucapnya. Aku hanya menangguk kerana ku
akui sudah merasakan bahang panas di badanku akibat terkena hujan sebentar
tadi. Aku terus mengekorinya dari arah belakang.
“ Erm. Encik kata malam ni encik ada majlis kena
hadir.” Kataku. Dia yang sudah terlebih dahulu bergerak terhenti seketika
lantas berpaling kearahku.
“ Saya ada banyak tugas. Jadi ayah saya kecualikan
saya hadirkan diri saya daripada majlis itu. Semua keluarga saya pergi. Tadi
ayah saya telefon, maybe dia orang sampai rumah lewat sikit sebab ada pokok
tumbang tengah jalan semasa dia orang dalam perjalanan balik.” Katanya sambil
meyambung perjalananya untuk menunjukkan kamar yang akan kugunakan sebentar
nanti.
“ Orang gaji?”
“ Dia kena
balik Indonesia tiba-tiba. Dia kata ada hal penting kena selesaikan. Yang lain
dah balik.” Ujarnya. Aku sudah berasa tidak enak. Entah kenapa, aku semakin
tidak selesa dengan situasi ini.
“ You jangan risau. My family dah nak dekat sampai.”
Katanya yang berhenti tepat di muka pintu sebuah bilik.Aku turut berhenti.
“ You masuk,mandi dulu. I nak pergi bilik adik I
kejap nak ambil baju yang sesuai untuk you.” Ujarnya lantas bergerak
meninggalkan ku dan pergi kearah sudut paling hujung yang menempatkan satu
bilik.
Aku segera memasuki bilik tersebut dan mengunci
pintu bilik terbabit. Tapi, macam mana dia nak bagi baju dekat kau nanti Khai?
Argh! Gasaklah.Nanti tahulah aku macam mana nak ambil baju daripada dia. Aku
segera melangkah ke bilik air untuk membersihkan tubuhku. Susun atur perabot
yang nampak mewah dan cukup mempersona tidak mampu menarik perhatianku apabila
aku merasakan badanku semakin lemah akibat berhujan sebentar tadi.
Tiga puluh minit berada di dalam bilik air cukup
untuk membuatkan aku segar tetapi tidak mencukupi untuk membuatkan suhu badanku
daripada terus meningkat. Aku yang sedang berkemban melangkah keluar daripada
bilik air sambil mengeringkan rambutku yang basah dengan sehelai tuala kecil.
Apabila aku sedang asyik mengelap rambutku yang basah, tiba-tiba aku dapat
merasakan ada sesuatu yang menjalar di pinggangku.
“ Wangi.” Bisik satu suara di cuping telingaku. Aku
yang terkejut segera berpaling kearah empunya suara dan aku sekali lagi
terkejut apabila orang yang membisikkan perkataan itu ialah Encik Harith Rizqi.
“ Ma… Macam mana encik ha.. harith boleh ma..suk?”
Gagapku. Dia hanya tersenyum sinis dan menayangkan sebuah kunci kepadaku.
Mataku terbuntang. Air liur ku telan kasar. Debaran di dada semakin menngganas.
“ Ni bilik I lah sayang. Memang patutpun I boleh
masuk.” Katanya lagi. Air mataku bergenang takut sebarang perkara yang tidak
diingini menimpa diriku. Ya Allah,
tolonglah lindungi hambamu ini Ya Allah. Rintihku di dalam hati.
Aku mengundur ke belakang apabila dia semakin
mendekat. Senyumannya semakin menakutkan diriku.Tindak tanduk dirinya seperti seekor
harimau yang ingin menerkam mangsanya.
“ You nak pergi mana itu sayang? Mehla datang dekat
dengan I. I takkan buat apa-apa pun pada you. Hanya ‘temankan’ I je okay?”
Pujuknya sambil tersenyum sinis.
Gila! Encik Harith gila! Jeritku di dalam hati. Mataku
melilau mencari jalan untuk keluar daripada bilik ini.
“ Apa yang encik Harith nak buat pada saya?” Tanyaku
sambil menahan air mataku daripada mengalir keluar.
“ I kan dah cakap, I tak nak apa-apa daripada you.
Cukup you temankan I je.” Katanya sambil membuka bajunya yang tersarung di
tubuhnya. Aku yang sedar akan kesempatan untukku melarikan diri terus berlari
laju melepasinya walaupun aku tahu peluangku tipis.
Apabila aku baru sahaja memegang tombol pintu,
pinggangku ditarik kasar dan sekali gus aku terkunci di dalam pelukannya.
Wangian yang melekap di tubuhnya semakin kuat baunya menandakan bahawa tubuhku
sudah melekap di tubuhnya.
“ You jangan harap boleh lari daripada I Hawa.”
Tegas suara itu berbicara. Aku mencuba pelbagai cara untuk melepaskan diriku
daripada pelukannya. Namun sayang, kerana dia bukannya semakin lemah tetapi
semakin bertindak ganas terhadapku dengan mencempung diriku lantas bergerak
kearah katilnya.
Dia segera menindih tubuhku dari atas. Aku segera
memukul dada bidangnya dengan kudratku yang masih berbisa walaupun aku semakin
lemah apabila bahang panas akibat berhujan semakin dirasai olehku. Air mata
yang bergenang sudah pun mengalir di pipiku ibarat sebatang sungai yang deras
mengalir. Mungkin kerana berasa sakit, dia segera memegang tanganku dan
mengunci segala pergerakan ku.
“ Apa yang
encik nak buat ni?!” Tengkingku apabila aku sudah tiada kudrat untuk
melawannya daripada terus menindihku.Dia terus tersenyum sinis kepadaku.
“ Tolonglah lepaskan saya encik. Saya merayu.
Tolonglah.” Pujukku dalam tangisan, tapi
malang kerana dia seakan mengendahkan rayuan ku.
Wajahnya semakin menghampiri wajahku. Aku
mengalihkan wajahku ke sisi yang lain untuk mengelakkan diriku daripada terus
bertentang wajah dengannya. Dia segera mengucup leher dan bahuku yang terdedah.
Sebelah lagi tangannya mengusap betisku yang sudahpun kelihatan akibat kain
tuala yang ku pakai terselak. Aku terus menangis. Ya Allah, tolonglah lindungi
hambamu yang lemah ini Ya Allah. Tolonglah. Rintihku.
“ Ssshh… Kenapa nangis ni sayang? I janji you takkan
sakit ok. I janji.” Pujuknya sambil mengelap air mataku yang galak mengalir di
pipiku. Binatang! Jeriku di dalam hati apabila aku merasakan diriku semakin
lemah! Dia segera mencengkam pipiku dan berjaya mengalihkan wajahku untuk
menatap wajahnya.
“ I have told you right, that your lips will be
mine, remember?” Dia bertanya dengan senyuman yang manis.Aku hanya mendengus
kasar dan cuba mengalihkan pipiku yang dicengkam. Tapi sayang kerana semua
usahaku tidak berhasil.
“ And I think, it won’t enough for me. Your lips are
so irrestible. Same thing goes on with your body honey.” Ucapnya sambil
menyelak rambutku yang berada di wajahku. Wajahnya semakin menghampiriku
lantas…
“You are mine.” Bisiknya sebelum memagut bibirku
lembut dan mengemaskan lagi pelukannya. Hujan yang lebat ditemani dengan kilat
yang sambung-menyambung tidak diendahkan olehnya. Ya Allah, andai ini dugaan yang engkau
berikan kepada hambamu ini. Hambamu memohon kepadamu agar Engkau tabahkan lah
hati hambamu ini Ya Allah. Tabahkanlah hatiku Ya Allah… Rintihku.Akhirnya,
malam itu berlalu dengan meninggalkan satu titik hitam terhadap diriku tanpa
aku inginkan…
***
Kini sudah tiga bulan daripada peristiwa itu
berlalu. Aku bersyukur kerana aku tidak mengandung hasil daripada peristiwa
hitam itu kerana pada keesokkan harinya aku telah didatangi oleh ‘sahabat’
karibku yang sering menjengukku setiap bulan.Dan aku sekarang sudah terikat
dengannya apabila aku dipaksa menikah dengannya oleh Chairman Harrods Holdings
Sdn Bhd, Tan Sri Tengku Irfan Syah ayah kepada suamiku, Tengku Harith Rizqi.
Sejujurnya aku amat berterima kasih kepada mertuaku yang sudi menyelamatkan
maruahku daripada terus dipijak oleh anaknya walaupun aku terseksa dengan
perkahwinan yang diarahkan ini.
Masih lagi terbayang di ingatanku akan reaksi
mertuaku serta adik iparku apabila mendapati satu-satunya pewaris tunggal
Harrods Holdings meragut kesucianku. Tidak tergambar betapa kecewanya mereka
apabila mendapati aku yang berada dalam
keadaan yang tidak terurus dan trauma di dalam bilik anaknya selang beberapa
jam selepas peristiwa durjana itu menimpa diriku.
Disebabkan perasaan marah dan kecewa yang menggunung
tinggi terhadap anaknya, langsung dia mengarahkan agar anaknya menikahi diriku
atas dasar tanggungjawab. Walaupun ditentang hebat oleh Encik Harith, namun
pernikahan dan perkahwinan tetap berlangsung dengan meriah dua minggu selepas
peristiwa hitam itu berlalu. Tetapi sekali lagi maruah ku dipijak oleh suamiku
sendiri apabila aku dilayan tidak ubah seperti binatang pada malam perkahwinan
kami.
“ Termenung lagi?” Sinis suara itu berbicara. Aku
yang termenung memikirkan nasibku tiga bulan lepas segera beralih arah
menghadapnya. Walaupun dia sudah melakukan perkara terkutuk itu kepadaku, aku
harus menghormatinya kerana sekarang dia ialah suamiku.
“ Abang baru balik?” Tanyaku. Aku segera menapak
mendekatinya perlahan lalu menyalami dan mencium tanggannya. Beg bimbitnya ku
ambil lantas meletakkan ketempatnya. Dia tersenyum sinis melihat diriku yang
begitu patuh padanya.
“ Ha’ah. Aku baru balik daripada berjumpa dengan
Alice.” Dia bersuara.
Thud!
Seperti sebilah pedang telah menembusi hatiku
apabila suamiku sendiri mengaku dirinya berjumpa dengan wanita yang diidamkan
untuk menjadi isterinya,iaitu kekasihnya, Alisya yang lebih dikenali sebagai
Alice. Benarlah apa yang diriwayatkan oleh Imam Ghazali bahawa lidah itu lebih
tajam daripada sebilah pedang.
Sekali lagi aku memendam rasa.Air mata aku
bergenang. Perasaanku semakin kacau.Walaupun dia pernah melakukan perkara
terkutuk kepadaku, namun dia suamiku. Dan seorang isteri tidak mungkin dapat
menghindarkan diri mereka daripada mencintai suami mereka, tidak terkecuali
aku. Tiba-tiba dia memeluk pinggangku dari belakang.
“ Kau tak payah sediakan makanan untuk aku. Lepas
habis kau uruskan apa yang patut,kau datang ke bilik aku, faham?” Bisiknya
sambil bermain-main dengan rambutku. Tanggannya dilepaskan daripada terus
memeluk pinggangku. Lantas dia berlalu pergi ke masuk biliknya di aras atas
sambil bersiul-siul.
“ Make sure kau mandi dan pakai minyak wangi!”
Jeritnya dari tingkat atas. Aku yang memahami akan kehendaknya terpaksa akur
akan perintahnya. Walaupun kami berasing bilik di aras yang sama, namun aku
harus bermalam di biliknya apabila aku terpaksa menjalankan kewajipanku sebagai
isteri kepadanya. Hatiku sekali lagi dipalit luka dan air mata yang bergenang
tanda kecewa akan dirinya dan diriku tidak mampu dibendung lagi apabila diriku
melorot jatuh ke atas lantai dan menangis semahu-mahunya.
***
“ Kau mengandung?!” Jerkah Rizqi. Aku hanya
tertunduk apabila diriku dijerkah. Sungguh aku tiada tenaga untuk bertekak
dengannya.Entah mengapa aku rasakan diriku sudah berubah seratus lapan puluh
darjah apabila peristiwa itu berlaku. Aku lebih menyendiri, memendam rasa dan
mematuhi segala arahannya.
“ Aku tanya kau, kau dengar tak ni?!” Jerkahnya
lagi. Aku tersentak. Lalu aku mengangguk pantas. Rizqi meraupkan mukanya. Dia
bermundar mandir di hadapanku. Beberapa minit kemudian, dia terus mengambil
tempat disebelahku dan menggengam tanganku erat.
“ Are you sure that this is my child?” Tanyanya.
Prang!
Kepalaku yang tertunduk melihat karpet segera
terangkat apabila dia menanyakan soalan sebegitu rupa. Bulat mataku memandang
wajahnya yang tenang. Sungguh hatiku terasa perit apabila dia seolah-seolah
tidak mengakui ini zuriatnya.
“ Ap..Apa.. Maksud abang?” Gagapku. Hatiku yang
terluka dengan sikapnya yang sebentar tadi semakin terluka apabila melihat segaris senyuman sinis
terlukis di bibirnya.
“ Mana tahu kut-kut itu bukan anak aku, yelah kau
kan kata kandungan kau ni dah berusia empat minggu. Dalam perkiraan aku lah
kan, empat minggu lepas aku takde dekat Malaysia. Aku pergi melancong dengan
Alice. Kut- kut kau tengah keger…”
PANG!!!
Aku menamparnya sebelum sempat dia menghabiskan
kata-katanya. Dia mencerlung tajam ke arahku apabila melihat di darah di tepi
bibirnya. Namun darah di tepi bibirnya tidak mampu menangani luka yang semakin
rabak dengan parut yang cukup mendalam di hatiku. Air mata ku tahan.
“ Apa?! Abang nak kata yang Hawa tidur dengan jantan
lain dekat belakang abang sebulan lepas?! Ha?! Abang ingat Hawa ni macam
perempuan-perempuan lain yang kegersangan bila suami dia orang takde?! Abang
ingat maruah Hawa ini apa?! Walaupun Hawa tak membesar tanpa ajaran daripada
seorang ibu dan ayah, Hawa tahu mana halal mana haram! Hawa tak macam
segelintir manusia dekat luar sana yang bertuah ada mak ayah yang bagi tunjuk
ajar pada anak dia orang. Tapi sayang ajaran yang diterapkan diambil sambil
lewa tanpa mengambil berat pasal perihal agama!” Tengkingku. Dia tergamam.
Mataku semakin memberat dengan takungan air mata yang boleh pecah bila-bila
masa saja.
“Abang ingat Hawa ni murah sangat ke bang? Kalau
abang nak tahu abanglah satu-satunya lelaki yang berani sentuh Hawa sebelum
akad nikah. Abanglah satu-satunya lelaki yang Hawa izinkan untuk sentuh Hawa
walaupun setiap kali bersama abang, Hawa teringatkan peristiwa hitam itu. Abang
nak tahu sebab apa? Sebab abang adalah suami Hawa. Suami yang Hawa cinta
walaupun bermacam-macam perkara abang buat dekat Hawa.Abang halang Hawa
daripada berjumpa dengan Riana. Abang cegah Hawa pergi kerja. Abang kunci Hawa
dari luar. Tak cukup ke lagi bukti yang zuriat dalam kandungan Hawa ni anak
abang ha?” Luahku.
Air mata yang bergenang sudahpun mengalir dan
membuatku menangis tersedu sedan sehigga membuatkan badanku melorot jatuh di
atas karpet. Mulutnya sekali lagi terunci rapat. Ya Allah, dugaan apalagi yang
engkau berikan pada hambamu ini Ya Allah? Sungguh aku tak sanggup menerima
hakikat ini Ya Allah. Tabahkanlah hatiku Ya Allah. Peliharalah zuriatku
daripada segala fitnah Ya Allah.
Setelah senduku reda, aku segera bangkit dan
menghadapnya. Tanggannya ku gapai dan kucium. Pipinya ku usap dan aku terus
memeluknya. Sekali lagi air mataku mengalir walaupun tiada sendu kedengaran.
“ Hawa tahu hawa tak cukup layak untuk jadi isteri
abang. Hawa tahu hawa tak setaraf untuk abang. Tapi semua ini salah Hawa ke
bang? Salah Hawa ke bersetuju untuk menikah dengan abang demi menyelamatkan
maruah Hawa yang Hawa jaga dari kecil tanpa ajaran siapa-siapa? Salah Hawa ke sebab Hawa abang tak boleh
menikah dengan Alisya?Besar sangat ke salah Hawa sampai abang tak nak mengaku
yang ni anak abang? Yang ni anak kita bang… Anak kita yang sah.” Senduku sekali
lagi kedengaran.
Hatiku begitu sedih apabila dia memperlakukan anak
kami sebegitu rupa. Hatiku dicencang halus. Pelukkan ku renggangkan. Aku
memandang mukanya. Dan apabila melihat wajahnya yang dingin, aku tahu aku harus
membuat keputusan yang pastinya akan mengecewakan diriku dan zuriatku.
“ Hawa minta izin dengan abang untuk tinggal dengan
abang sampai Hawa habis tempoh pantang. Tapi Hawa harap sangat yang abang akan
berikan kasih sayang kepada zuriat kita sepanjang tempoh Hawa mengandung
sehinggalah tempoh pantang habis.Selepas tempoh pantang habis, Hawa minta abang
izinkan Hawa dan anak kita pergi. Hawa janji lepas itu Hawa takkan bagi muka
hatta bayang Hawa pun lalu depan mata abang.” Pintaku lantas berlalu pergi
meninggalkannya terkontang-kanting di ruang tamu.
Aku tahu dia terkejut tapi aku pasti dia jugalah
orang yang paling gembira apabila aku membuat keputusan sebegitu rupa. Aku tahu
aku tidak patut membuat keputusan sebegitu rupa. Tapi apa yang aku fikir
sekarang ialah perihal anakku. Aku tidak sanggup melihat anakku kecewa apabila
dirinya tidak diiktiraf oleh bapa sendiri. Biarlah aku terluka, asalkan anak
kami tidak terluka dengan lebih parah lagi.
Perut yang kempis ku usap perlahan.Maafkan umi
sayang.Umi tak sanggup tengok ayah kamu menderita dengan kita. Biarlah ayah
mencari kebahagian dia ya sayang. Percayalah cakap umi. Walaupun ayah jauh
daripada kita, tapi kalau ayah bahagia. Kita akan bahagia juga sayang. Biarlah
ini menjadi bukti cinta umi pada ayah ya sayang? Boleh kan kita hidup tanpa
ayah? Dan air mataku terus menitis dan menitis membasahi bajuku.
***
Sedar tak sedar sudah hampir tiba waktunya untuk aku
pergi meninggalkan rumah ini. Sekarang anakku sudah berusia tiga puluh sembilan
hari selepas tarikh ku melahirkannya. Hanya tinggal sehari sahaj lagi sebelum
aku dan anakku meninggalkan rumah ini.Tengku Muhammad Haris Rizqullah bin
Tengku Harith Rizqi. Itulah nama yang dicadangkan oleh mertuaku yang membawa
maksud cahaya cerdik dan rezeki dari Allah. Sungguh indah nama itu. Mertuaku
berkata bahawa bukanlah dia sebenarnya yang mengusulkan nama tersebut kerana
ada seorang hamba Allah yang mencadangkan nama itu kepada mertuaku.
Bila ku tanya siapa, mertuaku berkata bahawa aku
cukup mengenali orang yang mengusulkan nama itu kepada mertuaku. Dalam hati aku
selalu berteka-teki namun tiada apa-apa jawapan. Sekarang, bukan itu yang
menjadi persoalannya. Yang menjadi persoalannya sekarang ialah mampukah aku
untuk meninggalkan rumah ini? Bagaimana aku hendak meninggalkan rumah ini
apabila hubungan di antara Rizqi dan anak kami semakin erat? Sanggupkah aku
untuk memisahkan hubungan diantara seorang anak dan seorang bapa?
Kenapa? Kenapa Rizqi memberikan sepenuh perhatian
kepadaku serta kandunganku setelah kandungan ku berusia empat bulan ke atas
sehinggalah sekarang? Aku jadi binggung. Apakah ini kerana permintaanku? Tapi
aku suruh dia berikan kasih sayang kepada anak kami, bukannya melebarkan sayap
cintaku. Apa semua ini Ya Allah? Apa yang engkau ingin tunjukkan kepadaku?
Sungguh aku binggung sekarang tentang perasaanku. Aku tidak dapat mencegah
perasaan cintaku daripada terus berkembang, tapi aku juga tidak boleh
memungkiri janjiku terhadapnya. Kerana aku tahu Allah amat membenci orang yang
memungkiri janji. Ya Allah.. Mampukah aku kecapi sinar kebahagiaan yang aku
impikan sejak sekian lama? Mampukah aku Ya Allah?
“ Sayang… Abang nak minyak angin, nak sapu dekat
perut anak kita ni.” Pinta Rizqi yang terus berjaya mematikan lamunanku. Aku
segera mencari minyak cap yuyi yang sering diletakkan di perut,telapak kaki dan
telapak tangan anak kami.
“ Thanks.” Ujarnya sambil tersenyum. Dia mengambil
dan melumur minyak tersebut ke atas perut Rizqullah sebelum dipakai baju.
Sekali lagi aku leka memerhatikan dirinya yang begitu ralit melayan Rizqullah.
Rizqullah pula sering tersenyum apabila Rizqi sering mengacah dirinya dan
bercakap dengannya. Mampukah aku
merampas kebahagiaan Rizqullah? Apakah aku patut membiarkan Rizqi dan Alice
menjaga Rizqullah, zuriatku? Dan yang paling penting sekali, mampukah aku
membendung rasa cintaku terhadap suamiku,Rizqi?
***
“ Apa yang awak buat itu?” Tanya Rizqi yang terus
membuatkan pekerjaanku terbantut. Dia yang baru sahaja memasuki bilik pakaiannya
melihatku dengan kerutan di muka. Mungkin dia pelik dengan aku yang beria-ria
mengemas biliknya, menggosok baju miliknya dan segala hal berkaitan dirinya.
“ Tengah sangkut baju abang yang baru saja saya
gosok. Maaf kalau abang tak suka. Tapi saya rasa saya kena laksanakan tugas
saya sebagai seorang isteri buat kali terakhir. Yalah, esok pagi saya kan kena
pergi. Dah lepas pantang dah pun. Empat puluh satu hari.” Sebakku. Dia segera
menutup pintu bilik pakaianya yang sebentar tadi dibiarkan terbuka. Kerutan di
wajahnya jelas tergambar. Mungkin dia lupa kut yang esok aku akan pergi dari
sini.
“ Where do you
want to go?” Tegasnya.
“ Mana-mana saja. Asalkan tak bertemu dengan abang
dan Alice. Kan, Hawa dah janji hari itu yang Hawa akan tinggalkan rumah ni
lepas habis pantang kan.. Abang lupa?” Aku terus menyangkut baju kemejanya tanpa
mengendahkan dirinya. Wahai hati, tolonglah cekal. Aku mohon.Tolong jangan
mengalirkan air mata untuk hari terakhir aku.Tolonglah. Ujarku dalam hati.
Tugasanku terbantut apabila Rizqi memaut kasar
bahuku. Baju yang ku baru sahaja gapai
daripada bakul terus jatuh ke lantai. Dia memagut daguku agar bertentang mata
denggannya. Entah kenapa bila aku melihat wajahnya, terdapat lukisan mendung di
wajah tampan itu. Tapi kenapa? Sebab aku ke? Mustahil! Kalau sebab aku mesti
dia tersenyum gembira.
“ You.. Really
want to go?” Tanyanya. Aku yang mendengar akan pertanyaannya terkejut. Tapi
dalam pada masa yang sama aku hanya
mengangguk lesu. Aku tidak dapat mengalihkan pandangan mataku daripada wajah
miliknya. Biarlah. Biarlah sekali ini je aku lihat mukanya. Biarlah wajahnya
hanya bersemadi di dalam minda dan akalku sebelum aku pergi meninggalkannya.
“ Kenapa?” Tanyanya lagi. Pertanyaannya membuatkan
aku semakin tidak betah dan membuatkan aku semakin lemah.
“ Allah marah pada orang yang mungkir janji. Lagipun
siapa yang mungkir janji tergolong dalam golongan munafik. Hawa tak nak jadi
orang yang munafik.”Aku segera mengalihkan pegangannya di bahuku lantas
meninggalkannya di dalam bilik pakaian dan menuju ke biliknya untuk keluar dan
bertemu anak kecilku. Namun sebelum aku gapai tombol pintu, sudah ada tangan
yang terlebih dahulu mengunci pintu tombol tersebut.
“ Apa yang abang nak?” Ku lihat mukanya yang
bertukar kemerahan. Terdapat takungan air di kelopak matanya. Tapi kenapa?
“ Don’t you
get it Hawa?” Ujarnya. Aku yang terpaku dengan tindakannya bertindak
berdiam diri. Dia melangkah mendekatiku. Tanganku digapai dan diusapnya
perlahan lantas dia segera mengucup tanganku. Aku terkedu. Bertambah terkedu
apabila dia mengalirkan air matanya.
“ I’m in love
with you baby. Please don’t stay away form me.” Serentak dengan itu
tanganku yang berada di dalam genggamannya ku rentap. Hatiku bertambah hancur
apabila dia berkata begitu. Entah kenapa akalku mengatakan bahawa omongan yang
keluar daripada bibirnya itu adalah satu pembohongan manakala hatiku merasakan
bahawa ianya adalah satu keikhlasan yang benar-benar terbit daripada hati
kecilnya. Aku segera menjauhkan diri daripadanya. Ya Allah apa yang Engkau cuba
tunjukkan pada hambamu ini Ya Allah? Sungguh hamba buntu Ya Allah.
“ Saya betul-betul mencintai awak Hawa. You made just for me. Not for someone else.”
Tekannya lagi. Sungguh aku tertekan. Entah kenapa aku berasa bahagia dengan
pengakuan yang dibuat olehnya tapi dalam pada masa yang sama aku rasa tertipu.
“ You’re
lying.” Ucapku perlahan. Dia segera mendekatiku yang berada di beranda. Air
matanya semakin galak mengalir apabila aku mengucapkan perkataan sebegitu rupa.
Ya Allah, benarkah suamiku benar-benar tulus mencintaiku? Adakah ini petunjuk
daripadamu Ya Allah?
“ No, I’m not! Listen to me Nur Hawa Khaisara, Sejak
pertama kali abang berjumpa dengan Hawa, abang dapat rasakan yang Hawa adalah
milik abang. Dan abang yakin pada masa itu juga hati dan cinta abang hanya
untuk Hawa.” Ujarnya. Abang.. Perkataan itulah yang kuidamakan sejak hari
pertama perkahwinan kami. Namun sayang, kerana panggilan itu tidak pernah
singgah di telingaku kecuali hanya sumpah seranah sebelum hari ini.
“ Kalau abang betul cintakan Hawa, kenapa abang
ragut kesucian Hawa bang? Kenapa abang buat Hawa rasa yang masa depan Hawa
semakin kelam? Kenapa Hawa bang? Kenapa Hawa yang abang pilih. Kenapa bukan
Alice je? Bukan ke dia teman wanita bang yang abang puja? Tapi kenapa Hawa juga
yang abang pilih untuk buat perkara terkutuk itu?” Hamburku dengan segunung
perasaan yang kecewa.
Bukan niatku untuk mengungkit, tapi entah kenapa
apabila terkenangkan peristiwa hitam itu, hatiku terasa perit yang amat. Hanya
Allah saja yang mengetahui bagaimana perasaanku ketika itu.
“ Abang mintak maaf Hawa. Abang betul-betul mintak
maaf. Abang tak sengaja Hawa. Waktu itu abang tak boleh tahan gelodak hawa
nafsu abang. Abang takut Hawa akan pergi tinggalkan abang, tambahan pula Hawa
selalu mengelak daripada abang. Abang takut kehilangan Hawa.”
“ Seumur hidup abang, abang tak pernah sentuh
mana-mana perempuan yang bukan mahram selain Hawa. Abang tak pernah sentuh
Alice waima seinci pun Hawa. Walaupun Alice kekasih abang masa itu, abang
langsung tak ada hati untuk sentuh dia .”
Terangnya. Air mataku semakin galak menitis apabila
mendengar akan pengakuannya. Benarkah? Benarkah dia tidak pernah menyentu
mana-mana perempuan selain aku?
“ Kalau betul abang cintakan Hawa, kenapa abang buat
Hawa macam sampah? Kenapa abang selalu cakap pasal Alice? Kenapa abang buat
Hawa macam takde harga diri? Kenapa bang?”
Tangisanku semakin kuat. Dia segera mendakap erat
tubuhku. Aku menangis teresak-esak di dalam pelukannya. Aku juga dapat berasa
titisan air mata di ubun-ubunku. Di saat itu aku yakin bahawa dia juga
menangis.
“Abang mintak maaf Hawa. Abang tak sengaja. Abang
tak mahu kecewakan Alice sebab abang ingat dia betul-betul cintakan abang.
Abang tak nak buat dia rasa kecewa kerana diperlakukan sebegitu rupa. Lagipun
masa itu abang buntu dengan perasaan abang pada Hawa. Abang takut perasaan itu
hanyalah mainan perasaan abang pada Hawa.”
“ Sehinggalah hari dimana Hawa cakap yang Hawa akan
tinggalkan abang lepas tamat tempoh berpantang, Abang rasa sakit sangat Hawa.
Sakit sangat dekat sini.” Ujarnya sambil menunjukkan tangannya yang berada di
dada. Air mata semakin galak mengalir membasahi pipiku apabila mengenangkan
kejadian di mana dia tidak mengaku bahawa Haris Rizqullah anaknya. Anak
kandunngnya yang sah.
“ Abang tahu abang salah sebab tak mengaku Rizqullah
anak kita. Abang tahu Hawa kecewa. Tapi kalau Hawa nak tahu, abang lagi kecewa
apabila abang sendiri menuturkan perkataan itu. Abang termakan fitnah Alice.
Alice cakap yang Hawa selalu berjumpa dengan lelaki lain di belakang abang.
Hati abang sakit Hawa. Abang nak mintak maaf dengan Hawa tapi abang takut Hawa
tak boleh maafkan abang. Sebab itu abang jarakkan diri abang dengan Hawa supaya
abang dan Hawa dapat berfikir. Mungkin Allah nak tunjukkan pada abang
kekuasaannya, satu hari itu abang ternampak Alice dengan lelaki lain masuk ke
Hotel Hilton. Bila abang selidik, abang dapat tahu yang Alice dengan lelaki itu
adalah pelanggan tetap Hotel Hilton yang menginap di bilik VVIP.”
“ Masa itu abang rasa abang diperbodohkan. Abang
rasa kerdil sangat-sangat Hawa. Abang selalu soal pada diri abang, kenapa abang
kena percayakan orang lain selain isteri abang yang abang cinta dan sayang?
Kenapa abang perlu korbankan kebahagiaan abang hanya untuk seseorang yang
khianati abang dalam diam dan lukai orang yang cintakan abang dalam diam. Tanpa
buang masa lagi abang buat keputusan putus dengan Alice. Sebab abang yakin yang
Hawa hanya untuk abang. Dan abang untuk Hawa. Kita ditakdirkan bersama sayang.”
Ujarnya dalam sendu yang kedengaran. Pelukannya
semakin erat seolah-olah tidak mengizinkan aku pergi daripadanya. Ya Allah,
adakah ini petunjuk yang engkau berikan pada hambamu ini Ya Allah?
“ Please don’t
leave me Hawa.. Please…” Rayunya dalam tangisan. Ubun-ubunku dikucup
olehnya bertalu-talu. Hujan turun membasahi bumi seolah-olah tahu akan
keperitan hati kami Dan aku hanya berdiri di dalam pelukannya dengan linangan
air mata..
***
Dua tahun kemudian…
Melihat Rizqullah yang galak bermain di tepi pantai
menjentik hatiku.Walaupun baru berusia dua tahun, Rizqullah sudah pandai
bercakap dan berjalan. Sungguh besar kekuasaan Allah. Rupa Rizqullah sebiji
dengan rupa lelaki yang kucinta. Matanya yang biru, hidungnya yang mancung dan
kulitnya putih jelas menunjukkan bahawa Rizqullah mempunyai banyak persamaan
dengan dia. Ya, dia. Lelaki yang kucintai sejak dua tahun lepas dan terus
mencintainya sehingga sekarang. Dan tak lain tak bukan, lelaki itu adalah
suamiku, Tengku Harith Rizqi. Mana mungkin aku melepaskannya apabila dia adalah
lelaki yang Allah kirimkan bagiku. Dia adalah pemilik tulang rusukku. Dan
disebabkan itulah aku terus berada di sampingnya.
“ Termenung lagi sayang abang ni hurm..” Tegurnya
lantas merangkul pinggangku erat. Aku tersenyum dengan keletahnya. Aku
mengalihkan mukannya dan tersenyum
melihatnya. Dia juga tersenyum lantas mengalihkan pandangannya ke hadapan.
Melihat Rizqullah yang bermain di gigi air dengan nenek dan tokwannya.
“ Seronok je tengok Iz main dekat situ kan?”
Ujarnya. Aku tersenyum sekali lagi dan lantas menangguk tanda setuju dengan
pendapatnya... Jelas kelihatan Rizqullah tersenyum gembira di sana dengan nenek
dan tok wannya daripada beranda chalet ini. Pelukannya semakin erat. Bibirnya
bermain-main di tepi telingaku dan di leherku.
“ Tapi dia lagi seronok kalau dia dapat bermain
dengan adik.” Ucapnya di tepi telingaku. Kepala ku toleh kepadanya. Dan dia
segera menjongket keningnya. Aku yang mengerti hanya menangkat bahuku. Dia
tergelak dan mukaku memerah.
“ Comeilah dia ni..” Ujarnya lantas menguis pipiku
lembut.
“ Abang..” Aku memukul dadanya. Dia ketawa galak. Dia
menangkap tanganku yang galak memukul dadanya.
“ Thanks for accepting me dear… I doesn’t know what
I’m going to do without you beside me.” Ujarnya lantas mengucup tanganku.Aku
tersenyum.
“ Terima kasih juga sebab mencintai Hawa.” Balasku.
Akhirnya, kami masing-masing tersenyum.
Terima kasih Ya Allah kerana Engkau masih
mengurniakan sinar kebahagiaan yang ku inginkan selama ini. Terima kasih Ya
Allah. Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Kuasa,Maha Bijaksana, Maha Mengetahui
dan Maha Agung Ya Allah. Sesungguhnya hamba percaya akan qada dan qadar Mu Ya
Allah. Terima Kasih Ya Allah…
-TAMAT-
Fuhhh.. sempat habis gak.. sorry kalau tak berapa
masyuk sangat sebab den buat cerpen ni dalam keadaan perasaan yang tunggang
langgang.. hehehe.. Kalau ada yang
tersalah itu, map yo! ;)
