Isnin, 7 Januari 2013

Selamat hari lahir ibu!


  Adik,menurut hasil pemeriksaan kami, adik menghidap penyakit leukemia tahap ketiga” Lancar doctor muda itu. Walaupun lancar, mukanya jelas menunjukkan raut wajah yang keruh kerana tidak menyangka gadis yang begitu muda menghidap penyakit yang boleh meragut nyawanya dalam waktu yang singkat.
“ Dok..Dok..Doktor tipu kan? Mana boleh saya ada penyakit itu. Dalam keluarga saya, tak pernah pun ada yang menghidap penyakit itu” Ujar gadis tersebut. Tak, tak mungkin aku ada penyakit itu. Aku kan masih muda? Lagipun dalam keluarga aku, tak ada seorang pun ada penyakit itu. Doktor ni silap kut. Pujuk hatinya.
“ Kalaulah boleh doktor buat macam itu.Tapi menurut hasil pemeriksaan kami, adik memang positif menghidap penyakit leukemia.Doktor sendiri pergi makmal untuk mengesahkan ujian darah adik yang dibuat daripada pihak makmal. Doktor dah cek berkali-kali, tapi hasilnya positif. Lagipun semua penyakit tidak semestinya berasal daripada keturunan,dik. Maafkan doktor.  ” Kata doktor itu dengan riak wajah yang sugul. Gadis tersebut  hanya mampu memandang wajah tersebut dengan raut wajah yang sukar diertikan. Tanpa sedar, air matanya tumpah membasahi pipinya. Terbayang raut wajah ahli keluarganya. Segera dia mendongak ke atas sambil mengelap airmata yang giat keluar apabila dikhabarkan tentang penyakit dihadapinya.
“ Adik, doktor cadangkan adik cakap dekat keluarga adik ye, tentang penyakit ni… Doktor bukan apa, dokto…”
“Tak! Tolong doktor, jangan bagitahu dekat ayah dan mak saya. Termasuk ahli keluarga yang lain. Tolong doktor.Saya mohon sangat-sangat.” Pintanya dengan esak tangis. Bukan dia ingin merahsiakan penyakitnya terhadap ahli keluarganya, tapi dia masih belum mempunyai kekuatan untuk melihat wajah orang tuanya sugul apabila dia menyatakan hal sebenarnya!Doktor tersebut terpempam. Mana mungkin dia merahsiakan penyakit anak muda ini kepada ahli keluarga perempuan ini. Sudahlah penyakitnya di tahap ketiga! Masih boleh dirawat dengan melakukan pembedahan pemindahan sum-sum tulang, dan hanya ahli keluarga yang terdekat sahaja boleh melakukan pembedahan tersebut kerana peratus kepadanan sum-sum tulang itu besar berbanding penderma sum-sum tulang yang berasal daripada orang luar! Lagipun, pada zaman sekarang, siapa yang sanggup dermakan organ-organ mereka kepada orang yang lebih memerlukan?! Hatta, menderma darah pun jarang sekali, inikan pula menderma organ-organ yang penting!
“ Adik, doktor bukan apa.Tapi doktor nak tahu yang penyakit adik ni masih boleh dirawat melalui pembedahan  pemindahan sum-sum tulang.Hanya ahli keluarga adik sahaja yang boleh melakukan pemindahan sum-sum tulang itu dik.”
“ Pleasee doktor!!! Tolong hormati keputusan saya! Saya akan bagitahu pada orang tua saya bila saya dah bersedia. Tapi bukan sekarang! Saya tak sanggup tengok wajah dia orang bila dapat tahu tentang penyakit saya.” Pinta gadis tersebut dengan esak tangis. Sungguh, bukan niat aku nak rahsiakan penyakit ni, tapi biarlah aku kumpul kekuatanku terlebih dahulu! Ibu, ayah.. Maafkan orang. Orang bukan nak rahsiakan,tapi orang takut tengok reaksi ibu dengan ayah.Takut ibu dengan ayah tak boleh terima kenyataan tentang penyakit yang orang hidap bila orang perlukan sokongan ibu dengan ayah untuk melawan penyakit ini. Maafkan orang! Suara tangisan sekali lagi bergema di ruang yang besar itu.
“ Baiklah. Doktor janji, doktor takkan kata dekat ahli keluarga adik tentang penyakit adik. Tapi adik janji, yang adik kena datang sini dengan ahli keluarga adik untuk merawat penyakit adik. Lagipun menurut pemeriksaan doktor, adik masih ada peluang untuk sembuh. Janji ya dik?”
“ InsyaAllah doktor. Saya akan datang sini balik bila saya dah betul-betul bersedia.” Esak tangisnya sudah kurang kedengaran.
“Jangan sia-siakan peluang ni, doktor merayu sangat! Adik bertuah kerana kami dapat kesan penyakit adik di peringkat awal berbanding orang lain. Biasanya penyakit macam adik ini hanya boleh dapat dikesan di tahap yang kronik sahaja dan peluang mereka untuk sembuh daripada  menghidap penyakit ini tipis. Tambah lagi di tahap yang paling kronik iaitu tahap keempat.Janji ya adik datang sini cari doktor bila adik dah bersedia?”
“ Saya tak boleh janji doktor.Tapi apa yang pasti saya akan cari doktor bila saya dan ahli keluarga saya sudah bersedia sepenuhnya.” Jelas gadis itu. Dia tersenyum.Lega kerana rasa sakit di hatinya terungkai apabila dia meluahkan hasratnya yang terpendam semenjak dia mengetahui perihal penyakitnya. Dia menekur matanya ke lantai untuk menyeka air matanya yang tidak henti-henti mengalir semenjak tadi. Dia mendongak semula pandangannya ke arah doktor dan matanya terpaku di penjuru bilik itu apabila dia melihat kelibat ayahnya berpakaian lengkap bewarna putih sambil tersenyum ke arahnya. Dahinya berkerut. Memikirkan tentang ayahnya yang dilihat di penjuru bilik itu.
Ayah? Apa ayah buat dekat sini? Bila masa ayah masuk? Ayah dengar ke tentang perbualan tadi? Dia terus berteka teki  di dalam hati apabila melihat raut wajah ayahnya sedang tersenyum di penjuru ruangan bilik doktor itu. Doktor yang menyedari perbuatannya terus mengalihkan pandangannya kearah penjuru biliknya.Apabila menyedari tiada apa-apa di penjuru tersebut dan mengalihkan pandangan kearahnya.
“ Adik?” Tegur doktor sambil melambaikan tangan di hadapan mukanya. Dia tersetak dan mengalihkan pandangannya kepada doktor namun masih sempat dia mengerling ke arah penjuru tersebut,Namun apa yang dilihat hanyalah penjuru tersebut sahaja. Kelibat ayahnya langsung tidak kelihatan.Sekali lagi dahinya berkerut. Mana ayah???
“ Adik tak apa-apa kan?” Tanya doktor itu sekali lagi.Kepalanya digeleng pantas walaupun hatinya sedang berbolak balik memikirkan kejadian yang dialaminya sebentar tadi.
“  Saya balik dululah doktor.” Pintanya. Doktor tersebut menangguk tanda megizinkan pesakitnya itu pulang untuk berehat.Sebelum dia melangkah keluar doktor sempat berpesan padanya agar mengambil ubat di kaunter pembayaran dan ubat-ubatan. Dia mengangguk sekali lagi dan mengatur langkahnya keluar dari bilik itu. Doktor Amran hanya menghantar pemergiannya dengan sebuah doa di dalam hatinya sebelum melihat profil gadis tersebut dan hanya keluhan halus yang terbit di mulut setelah melihat namanya. .Ya Allah,engkau titipkanlah kebahagian kepada anak muda itu sebelum engkau ambil nyawanya Ya Allah.Berikanlah di menikmati sisa-sisa hidupnya sebelum dia pergi menghadapMu
8 Tahun Kemudian…
“ Selamat Hari Lahir Ibu!!! Ini hadiah untuk ibu daripada adik dan angah!!!” Ucap Auni Humairah kepada Puan Arissa sambil menghulurkan hadiahnya dan hadiah daripada kakaknya yang kedua,  Akma Adriana.Sejurus itu,Auni langsung mencium kedua-dua belah pipi milik ibunya yang dimamah usia.Akma yang turut tidak ketinggalan mengucapkan selamat hari lahir kepada ibunya sambil menyalami tangan dan mencium kedua-dua belah pipi ibunya.
Puan Arissa yang melihat akan keletah anak keduanya serta anak bongsunya itu tersenyum gembira. Gembira kerana berasa tidak dipinggirkan oleh mereka walaupun hatinya terluka mengenangkan sikap anak sulongnya, Amanda Arissa. Entah mengapa dia agak terkilan dengan sikap anak sulongnya apabila tiba hari ibu dan hari lahirnya sejak lapan tahun lepas.Tiada langsung kata-kata ucapan khusus buatnya seperti tahun-tahun sebelum arwah suaminya meninggal dunia pada hari ibu mahupun hari lahirnya.
Walaupun Amanda sering menolongnya meringankan beban yang ditanggung semenjak suaminya meninggal,perasaan terkilannya tetap ada apabila anak sulongnya yang begitu rapat dengannya yang sering mengucapkan ungkapan manis buatnya apabila tiba hari yang diraikan oleh semua orang suatu ketika dahulu seolah-olah melupakan ungkapan manis yang sering keluar daripada bibir merah itu. ‘Huh’ Puan Arissa mengeluh tanpa sedar.
“ Kenapa ibu?” Tanya Auni, anak bongsunya. Puan Arissa hanya tersenyum memandang raut wajah yang putih bersih itu. Sesuai dengan nama yang disandang olehnya. Akma yang mengerti akan gelojak hati ibunya hanya mampu mengeluh dalam hati. Dia tahu mengapa wajah ibunya itu sugul.Bahkan dia mengerti akan kondisi ibunya.Sudah tentu ibunya merindui sikap kakak sulongnya, Amanda! Anak yang begitu manja dan rapat dengan arwah ayah dan juga ibu suatu ketika dahulu. Tapi kemesraan dan kemanjaan kakak sulongnya terhadap ibunya hilang serta merta apabila ayah meninggal dunia. Dia bisa mengerti mengapa Amanda boleh berubah 360 darjah seperti itu.!
Dia berasa perubahan sikap kakak sulongnya itu ialah kerana terpukul dengan kematian ayahnya yang meninggal akibat kapal terbang yang dinaiki oleh arwah ayahnya terhempas dan mengorbankan banyak nyawa termasuk arwah ayah. Jelas dia dapat merasakan kesakitan yang tidak bertepi di raut wajah kakaknya ketika dikhabarkan tentang kematian arwah ayah lapan tahun yang lalu tambahan pula arwah ayah meninggal pada hari yang amat bermakna buat kakak dan keluarga kerana pada hari itulah kakak membawa pulang slip keputusan SPM dengan wajahnya yang lencun dengan airmata gembira kerana berhasil mendapat keputusan straight’s A+.Namun siapa menyangka hari yang amat menggembirakan buat keluarga mereka menjadi hari yang paling menyedihkan kerana ayah tercinta telah dijemput Illahi.Walaupun dia tidak mengalirkan air mata dan berlagak kuat di hadapan semua ahli keluarga ketika melihat jasad arwah ayah terbaring kaku sebelum dimandikan, dikafankan dan dikebumikan, Akma tahu bahawa Amanda menanggung kerinduan yang mendalam terhadap arwah ayah melalui genangan air mata Amanda yang sempat dilihat olehnya sewaktu arwah ayah dikebumikan dan esak tangis yang didengar olehnya pada lewat malam selepas kenduri tahlil arwah ayah di bilik Amanda ketika melalui bilik kakaknya itu untuk turun ke dapur membasahkan tekak.Alangkah terkejutnya Akma apabila dia menguak pintu bilik kakak sulongnya itu,dia melihat kakak sulongnya itu duduk bersimpuh di atas katil sambil memegang bingkai gambar yang mengandungi gambar kakaknya serta arwah ayah. Pada malam itu jugalah dia dapat berasakan kesakitan yang tidak terperi buat kakaknya itu apabila dia melihat kakaknya menangis teresak-esak melepaskan kerinduan terhadap arwah ayah yang bersarang di dada.Dia juga dapat mendengar beberapa patah kata yang meluncur keluar daripada bibir kakaknya itu sebelum dia membiarkan kakaknya itu bersendirian.
“ Kenapa ayah pergi?” 
“Ayah tak rindukan kami semua ke yah?”
“Ayah jahat! Manda benci ayah!!!”
“Sepatutnya Manda yang pergi dulu, bukan ayah!!!”
Antara kata-kata yang sempat didengar olehnya sebelum dia membiarkan Amanda sendirian tetapi entah mengapa kata kata terakhir Amanda sering melekat di kepalanya walaupun sudah lapan tahun peristiwa itu berlalu.
“ Akak? Kenapa pulak akak yang termenung nih!? Eii, apasal semua orang termenung nih? Kalau macam itu orang nak ngajuk arh.” Rajuk Auni terus mematikan lamunan Akma. Auni mengalih pandang ke tempat lain manakala Akma dan ibunya bertentang mata sambil mencebik antara satu sama lain.
“ Eleh, nak merajuk konon. Eh, tak payah merajuklah.Nanti muka kau jadi macam nenek kebayan nanti tau! Entah entah kalah nenek kebayan dekat dalam hutan itu” Gurau Akma. Auni yang mendengar akan gurauan angahnya itu terus menjeling tajam kearah angahnya.
“ Amboi, jeling… Macam rimau nak tangkap rusa nyah! Takut I.” Acah Akma sekali lagi sambil membuat gaya pondan.
“Ibu, tengoklah angah ni…” Adu Auni kepada ibunya.
“ Hoish nyah! Ibu ni dah bosan dah ngadap muka aku ni nyah oi! Dah 22 tahun ibu tengok muka I ok?! Muka you pun ibu dah bosan tengok tau! Umur dah 20 tahun tapi perangai ngalahkan budox!”
“Ibu!!!” Adu Auni. Puan Arissa pula ketawa melihat keletah anak-anaknya. Akma pula tersenyum melihat raut wajah ibunya yang kembali jernih seperti sediakala.Akhirnya ruang tamu itu gamat dengan bunyi ketawa.
Tanpa disedari,ada sepasang mata yang melihat adegan itu dari jauh.Air mata membasahi pipinya tanda amat menanggung kerinduan yang tidak terperi buat ahli keluarganya.Air mata itu bagaikan tali arus buatnya kerana sentiasa menemaninya semenjak lapan tahun lalu.Bukan dia tidak ingin mengecapi kebahagiaan itu, tetapi dia berasa dia tidak layak untuk kecapi kebahagiaan itu.Kerana itulah dia hanya memendam rasa bahagia sebelum tiba waktunya.
‘ Ibu, maafkan Amanda ya ibu…Amanda tahu ibu kecewa dengan sikap Amanda.Tapi Amanda nak ibu tahu walaupun sikap Amanda berubah, rasa kasih sayang seorang anak terhadap ibunya tak pernah luntur sampai bila-bila..Amanda sayaaaaannngggg ibu... Amanda rindu ibu..Kalau boleh, Amanda nak peluk ibu macam dulu-dulu.Tapi waktu tak mengizinkan…Masa ini jahatkan ibu?! Dia cemburukan Amanda sebab dia tahu Amanda sayang ibu, sebab itulah ‘dia’ buat macam ini dekat kita kan ibu?  Dia bagi kita jauh walaupun pada hakikatnya kita dekat. ‘Dia orang’ kejam kan ibu?! Ibu… Amanda rinduuuuuuuuuu Ibu……’
Getus hati Amanda.Akhirnya Amanda mengalirkan air mata melahirkan perasaan yang menjerut tangkai hatinya selama lapan tahun ini tanpa sesiapa menyedari akan kehadirannya di celah pintu dapur yang menjadi tempat dia berlindung untuk menyaksikan adegan yang ingin adik beradiknya lakukan kepada ibu mereka semenjak lapan tahun lalu. ‘ Selamat hari lahir ibu…’ Ucap Amanda dalam hati sambil menyaksikan adegan yang berlaku di ruang tamu rumahnya.


 “Akak pergi mana pagi tadi?” Tanya Auni.Amanda hanya tersenyum.
 “ Akak pergi kerjalah.Akak nak pergi mana lagi?” Bohong Amanda. Auni yang mendengar meragui akan kata-kata Amanda. Sebelah keningnya terjongket.
“ Takkan lah pergi kerja sampai takda masa nak balik kak?” Sinis tutur kata Auni.Amanda yang mendengar hanya tersenyum nipis.Dia tahu maksud tersurat dan tersirat adiknya itu tapi sengaja tak nak ambil tahu.
“ Kenapa?”
“Akak lupa ke hari ini hari lahir ibu?”
“ Hari ini hari lahir ibu ke?” Pertanyaan Auni dibalas dengan pertanyaan.Terbutang mata Auni apabila mendengarkan jawapan yang meluncur laju daripada bibir kakak sulongnya. Akma yang ingin ke dapur melalui bilik Amanda terpempam mendengarkan jawapan Amanda.
Are you lost your mind?!” Teriak Auni. Amanda hanya memberi riaksi bersahaja sambil menjongket bahunya walaupun hatinya bagaikan ditusuk tusuk dengan pisau tajam apabila memikirkan kata kata yang meluncur laju daripada bibirnya.
“ Huh! Sibuk sangat bekerja sampai kebajikan ibu terabai. Macam itu?! Auni tak tahulah, apa yang akak sibukkan pasal kerja akak itu. Yelah, nak kata kerja doktor bukan, akauntan bukan, jurutera lagilah bukan! Kerja apa yang akak sibuk tu ha? Padahal setahu Auni kakak ini kerja sebagai guru tadika je. Gaji pun tak mahal mana. Yelah, sesuai dengan kelulusan akak yang taraf SPM itu. Walaupun akak dapat straight’s A+, tapi akak tak nak sambung belajar pun tak guna tau kak. Sebab orang sekarang ambil pekerja yang lulusan university bukan taraf SPM macam akak. Sesuailah pekerjaan sebagai guru tadika itu untuk akak. Tapi yang hairannya, pihak tadika  tak ajar dia orang sambut hari lahir ibu eh kak? Ke…”
“ Auni!!! Apa yang kurang ajar sangat dengan kak Manda!? Kak Manda itu kakak sulong kamu  bukan adik kamu! Sekarang kamu keluar! Pergi masuk tidur, esok ada kuliah. Nanti lambat bangun pula! Pergi!!! Jangan kacau kak Manda nak buat kerja!!!” Sampuk Akma bila dia berasakan bahawa sikap Auni itu keterlaluan.Walaupun dia marah akan percakapan  kakak sulongnya itu sebentar tadi,dia berasakan bahawa kakaknya itu tidak patut disindir sedemikian rupa. Dengan sebab itulah mendorongnya untuk memasuki kamar Amanda untuk mencegah hati Amanda daripada terus dilukai.
Amanda hanya mampu mendiamkan diri.Sedikit sebanyak dia terasa akan kata kata yang meluncur laju daripada bibir Auni.Auni yang baru sedar dia telah terlanjur bicara hanya mampu mengikuti segala perintah Akma.Setelah Auni berlalu pergi, Akma menoleh kearah Amanda yang mula membaringkan tubuhnya di atas katil.Akhirnya hasrat Akma yang ingin bertanyakan sesuatu kepada Amanda terbantut kerana dia mengerti akan kondisi Amanda sekarang di mana Amanda tidak ingin diganggu.
Have a nice dream sis.” Ucap Akma kepada Amanda sebelum dia berlalu pergi keluar daripada bilik Amanda.
Have a nice dream too,Akma.”Amanda yang mendengar akan ucapan Akma hanya mampu membalasnya di dalam hati dan cuba untuk menutup kedua-dua belah kelopak matanya sebelum dia belayar ke destinasi indah di mana dia bertemu dengan arwah ayahnya dalam mimpinya.


“ Amanda!!!” Jerit Puan Arissa lantas bangkit daripada tidurnya.Jam baru menunjukkan pukul satu pagi.Nafasnya termengah mengah seperti orang berlari menyelamatkan diri daripada dikejar anjing.Apabila nafasnya kian teratur, dia menyandarkan tubuhnya di kepala katil sambil memerhati segenap pelusok ruangan kamarnya. ‘Apa maksud mimpi tadi? Kenapa aku rasa tak sedap hati?’ Getus hati Puan Arissa apabila memikirkan tentang mimpi yang dialaminya sebentar tadi.
Mimpi dimana dia menemani salah seorang anaknya yang masih kecil ke taman dan disana dia bertemu dengan arwah suaminya.Anak kecilnya meronta-ronta untuk dilepaskan daripada genggaman tangannya untuk pergi bertemu si ayah yang tersenyum manis.Akibat terlampau terkejut dia melepaskan tautan tangannya bersama si anak menyebabkan si anak pergi kepada ayahnya. Dan alangkah terkejutnya dia apabila anak kecil yang dibawa bersamanya ke taman tadi  menginjak dewasa apabila mengatur langkah berjumpa suaminya.Apabila anaknya itu berhenti tepat di hadapan suaminya, anaknya itu segera mengenggam tangan suaminya lantas berpaling ke arahnya.
Alangkah terkejutnya dia bahawa anak kecilnya yang dibawa olehnya ke taman itu ialah anak sulongnya,Amanda! Amanda dan suaminya tersenyum manis lantas pergi meninggalkannya sendirian di taman itu.Apabila berpijak di bumi yang nyata, dia segera berlari mendapatkan Amanda dan suaminya namun sayang seribu kali sayang, yang dicari tidak ketemu.Akhirnya dia terjelepok di taman yang luas itu dengan tangisan yang tiada hentinya.
“ Ibu…” Panggil Amanda lembut. Puan Arissa yang sedang mengelamun tersentak apabila dipanggil. Puan Arissa segera berpaling menghadap Amanda yang berada di muka pintu biliknya.
“ Kenapa ibu tak tidur lagi?” Tanya Amanda sambil mengatur langkah memasuki kamar ibunya lantas duduk di birai katil Puan Arissa. Puan Arissa yang sedang menyandarkan tubuhnya di kepala katil pula termanggu-manggu apabila disoal sebegitu oleh anaknya. ‘Apa aku nak kata ni? Takkan lah aku nak kata dekat Amanda yang aku mimpikan dia pergi tinggalkan aku?Tak.. Aku tak boleh kata dekat Amanda yang aku mimpikan dia.’ Getus hati Puan Arissa sambil memandang wajah anak sulongnya.
“ Ibu sakit kaki lagi ke?”  Tanya Amanda sekali lagi. Puan Arissa hanya mengangguk perlahan tanda mengiakan telahan yang dibuat oleh Amanda. Amanda yang melihat reaksi ibunya tersenyum lantas mengambil tempat di sebelah ibunya dan memicit kaki ibunya perlahan-lahan. Puan Arissa yang terkejut dengan perlakuan Amanda hanya mampu melihat raut wajah anaknya   yang tekun memicit kakinya. Amanda yang berasa diperhatikan, menoleh kearah ibunya lantas menghadiahkan senyuman manis buat ibu tercinta.
Entah kenapa Puan Arissa berasa sebak apabila melihat senyuman manis milik Amanda. Dia seperti dapat merasakan kehadiran Amanda yang lama…Yang selalu mewarnai hidupnya bersama ahli keluarga lain lapan tahun yang lalu. ‘Amanda, anak ibu…’ Rintih hati Puan Arissa dengan mata bergenang sambil memerhati wajah anaknya yang masih lagi tersenyum manis. Akhirnya Puan Arissa tersenyum gembira namun senyumannya mulai pudar apabila melihat wajah anaknya pucat.
“ Amanda sakit ke?” Laju Puan Arissa bertanya. Amanda yang mendengar tergamam lantas mukanya dipaling menghadap Puan Arissa.Puan Arissa yang kebingungan khuatir apabila melihat reaksi anaknya yang diam membisu.
“ Mana ada. Amanda mana ada sakit.Amanda kan budak sihat…Tak main arh sakit-sakit ni ibu.” Senyum Amanda. Namun senyuman itu tidak mampu melegakan hati Puan Arissa. Puan Arissa masih lagi ragu-ragu akan jawapan yang diberi oleh Amanda.
“ Betul?” Khuatir Puan Arissa.
“ Betullah ibu.Mungkin penat sikit kut sebab tadi pergi b…” Cakapnya tergantung apabila menyedari kelancangan mulutnya. ‘Ish, apahal mulut aku nih?! Aku mana boleh kata dekat ibu yang aku pergi Tabung Haji dengan Ar-Rahnu.Mesti ibu makin banyak tanya nanti kalau aku  kata yang sebenarnya.
“ Pergi mana?” Tanya Puan Arissa
“ Err… tak pergi mana mana pun..Eh, bu Auni graduate bila ek?”
“ Kamu ni Manda, kuat kerja sangat sampai lupa adik graduate bila? Esok sayang…Kecik  hati Auni kalau dia tahu kamu tak ingat. Ni ha, ibu nak tanya kamu tak nak sambung belajar ke? Keputusan kamu tu bagus Manda, Kalau tak sambung rugi… ibu yakin kalau kamu hantar permohonan sekarang pun berlambak lagi IPTA dengan IPTS terima kamu ibu tak nak kamu sia-siakan masa depan kamu Manda.Dengarlah cakap ibu ni sayang…” Puan Arissa berbicara sambil merenung wajah Manda yang kelihatan tekun mengurut kakinya.Entah kenapa mata ini ingin sekali menatap intan permata yang disayanginya walaupun setiap hari sudah menatap wajah itu.
“Rezeki takde ibu.” Ringkas sahaja Manda membalas percakapan ibunya.Puan Arissa yang berasa kecewa terus mengalihkan kakinya daripada terus diurut oleh Amanda lantas membaringkan dirinya dengan membelakangkan Amanda. Amanda yang melihat reaksi ibunya tersenyum hambar walaupun agak terkilan dengan reaksi yang diberikan.Maafkan Manda ibu, Manda tahu ibu terasa hati dengan Manda sebab Manda tak nak melanjutkan pelajaran.Kalaulah ibu tahu Manda teringin sangat nak jadi macam Akma dengan Auni…Tapi Manda tahu Manda tak mampu…Manda tak mampu lakukan semua itu sebab masa manda dah takde ibu,dah takde… Selamat malam ibu…Amanda mencium dahi ibunya sebelum meninggalkan kamar milik ibunya dengan linangan air mata yang bertakung di sepasang mata indah miliknya.

“ Ibu..Manda pergi dulu ye.” Sapa Manda kepada Puan Arissa yang sedang memilih pakaian yang sesuai dipakai untuk menghadiri Majlis Konvoksyen Auni di Universiti Malaya.Puan Arissa yang berasa pelik dengan permintaan Amanda terus mengalihkan perhatiannya kepada Amanda dan alangkah terkejutnya Puan Arissa apabila mendapati Amanda memakai baju kurung berwarna putih kebiru-biruan dan memakai selendang putih pemberian arwah suaminya ketika suaminya berada di luar negara dan mengirimkan pemberian tersebut melalui kaedah pos sebelum suaminya meninggal.
“ Ibu cantikkan baju ini?! Pandai ayah pilih kan ibu?” Tanya Manda yang sedang melihat kiriman pos miliknya hasil pemberian ayahnya tercinta.Puan Arissa yang memandang keletah Amanda sambil tersenyum riang dan senyumannya semakin lebar apabila baju yang dibeli oleh suaminya menepati citarasanya dan anak-anaknya.Akma dan Auni yang berada bersama turut tidak ketinggalan mengambil kiriman masing-masing dan rata-ratanya amat menyukai kiriman suaminya.
“ Ibu, tengok baju Auni ibu…Cantikkan?”
“ Eleh, baju Kak Akma lagi lawalah..” Usik Akma kepada Auni yang sibuk menggayakan baju miliknya.Akma yang tidak ingin rasa ketinggalan terus berlari laju menaiki tangga untuk menggayakan baju miliknya.Puan Arissa yangmelihat keletah Akma dan Auni hanya tersenyum senang.Perhatiannya tertumpu pula kepada Amanda anak sulongnya yang baru sahaja selesai menduduki peperiksaan SPM dua bulan yang lalu.
“ Manda, kenapa tak pakai baju tu? Pergilah try… Nanti tak muat, boleh ibu jahitkan balik.” Sapa Puan Arissa kepada Amanda yang sedang tekun melihat baju yang dikirimkan oleh ayahnda tercinta.
“ Ermm… Tak nak lah ibu, Manda nak pakai masa ayah ada.Kalau ayah dah balik, baru Manda pakai baju dengan selendang ni.Baru special!” Amanda tersenyum sambil menatap kiriman tersebut.
“Ermmm..Kiranya kalau Manda jumpa ayah baru Manda nak pakai? Sampai hati.” Usik Puan Arissa.Amanda yang melihat keletah ibunya ketawa terbahak-bahak.
“ Of chourse! Hahaha…Ibu ini lawaklah, macam itu pun nak merajuk ke? Ibu jangan risau ek, sebelum baju ini dipertontonkan kepada ayah…Manda akan peragakan baju dengan selendang ini dekat ibu terlebih dahulu tau! Lepastu baru boleh tunjuk dekat ayah bila Manda dah jumpa ayah!”
“ Betul?”
“ Sumpah!” Jawab Amanda sambil ketawa. Puan Arissa yang terhibur dengan keletah Amanda ketawa kecil dan akhirnya ruang tamu rumah agam itu menjadi gamat apabila Akma yang baru turun daripada tingkat atas mengusik Auni.
“Ibu?” Sapa Manda.Bagai tersedar dari mimpi Puan Arissa  kembali merenung anak sulongnya yang cukup mempersona apabila menggayakan baju pemberian terakhir arwah suaminya dengan keadaan yang terpinga-pinga. Amanda yang melihat keletah ibunya tersenyum lantas mendekati ibunya yang masih lagi berada dalam keadaan yang tegun.Puan Arissa yang tidak sedar akan anaknya yang semakin menghampirinya masih lagi menatap wajah pulas milik anaknya.Entah kenapa dia berasa tidak puas untuk menatap wajah anaknya.
“Baju ini sesuai untuk ibu.” Cadang Manda sambil menghulurkan sebuah jubah kosong bewarna hijau emerald bertahtakan belian yang tidak sarat dimana cukup sesuai untuk ke mana-mana majlis.
“Terima kasih…” Ucap Puan Arissa sambil mengambil jubah miliknya yang berada di tangan Amanda.
“Manda nak pergi mana ni? Awalnya? Hari ini hari Khamis kan?Manda nak pergi tadika ke?”
“ Taklah.Manda dah telefon Kak Rose kata yang Manda tak boleh datang sebab nak hadir majlis konvo adik.” Ucap Amanda sambil menggariskan sedikit senyuman buat ibunya. Puan Arissa yang mendengar jawapan Amanda berasa teramat lega.Entah kenapa.
“Habistu, Amanda siap awal-awal ni kenapa? Bukan majlis Auni start pukul sebelas pagi ke?”
“Amanda nak pergi satu tempat ni.Ada hal.Tadi kawan Amanda telefon suruh ambil barang yang Amanda bagi pinjam…So Amanda pergilah dulu dekat dia then baru Amanda pergi ke majlis konvo adik.” Jawab Amanda.Puan Arissa yang mendengar jawapan Amanda kembali gelisah memikirkan kerenah Amanda yang dilihat semakin hari semakin aneh.Kegelisahan Puan Arissa terungkai apabila Amanda mengambil tangannya untuk bersalam dan mencium tangan miliknya.
“Izinkan Amanda pergi ye ibu…” Pinta Amanda kepada Puan Arissa.Rasa gelisah yang sebentar tadi bertukar menjadi rasa sebak.Entah kenapa dia dapat merasakan bahawa Amanda akan pergi jauh dari kehidupannya.
“Jangan tinggalkan ibu sayang…” Pinta Puan Arissa tiba-tiba dengan juraian air mata yang semakin lebat membuatkannya teresak-esak.Amanda yang melihat kondisi ibunya segera memeluk ibunya dengan sekuat hati.Puan Arissa yang berada dalam pelukan Amanda membalas kembali pelukan anaknya yang tersayang.
“Amanda takkan tinggalkan ibu.Amanda akan selalu disamping ibu...Sebab… Amanda ada dekat dengan hati ibu.Ibu tau tu kan?” Pujuk Amanda.Puan Arissa yang berada dalam pelukan Amanda masih belum menunjukkan tanda-tanda untuk melepaskan Amanda walaupun tangisannya semakin reda sehinggalah Akma dan Auni berada di hadapan muka pintu bilik Puan Arissa. Amanda yang terpandang akan adik beradiknya di muka pintu segera melepaskan Puan Arissa.Amanda tersenyum melihat wajah ibunya dan segera bergerak mendapatkan Akma dan Auni. Setelah sampai di hadapan adik beradiknya, Amanda segera memeluk mereka serentak tanpa sepatah perkataan keluar dari mulutnya.
“ Akma jaga ibu dan Auni tau.Lepas ini Akma kena jadi macam along tau sebab along kena pergi dulu..”
“Auni pula jadi orang yang berguna tau.Tolong tebus balik kesilapan yang along buat dekat ibu dengan mencari pekerjaan yang halal dan jadi pekerja yang rajin dan disiplin tau! Anak dara tak boleh malas, nanti harga mas kahwin jatuh.”
Pinta Manda kepada Akma dan Auni sejurus mereka melepaskan pelukan masing-masing.Akma dan Auni yang terpinga-pinga dengan sikap kakak sulong mereka hanya mampu menganggukkan kepala. Amanda yang melihat keadaan ahli keluarganya kembali tersenyum lantas berlalu pergi tanpa menoleh ke belakang walaupun sekali.
______________________________________________________________________________
“ Ibu, mana kak Manda?” Tanya Akma kepada Puan Arissa yang sedang menatap surat tabung haji yang baru sahaja diterima sebelum bertolak ke Majlis Konvoksyen Auni.Puan Arissa yang tersentak akan soalan Akma kembali khuatir akan ketiadaan Amanda sepanjang majlis konvo berjalan langsung.
“Entahla Ma..Ibu pun tak tahu.Tapi dia kata dia nak datang majlis konvo adik kamu sebelum dia pergi tadi.Ibu call tak dijawab.Risau ibu Ma.” Luah Puan Arissa.Akma yang melihat Puan Arissa berasa bersalah kerana bertanya soal Amanda.
“Erm..Dia sibuk kut ibu,takpelah nanti kita jumpa juga dekat rumah nanti.Oh ye,sementara kita ada dekat sini apakata kita pergi ke Tabung Haji dulu.Sekarang dah pukul satu setengah petang dah ni.” Usul Akma.Puan Arissa yang mendengar akan cadangan Akma hanya mampu mengganguk lesu sebelum mereka bergegas mencari Auni yang sibuk bercakap dengan kawan-kawannya.
“Nak buat apa pergi Tabung Haji?” Tanya Auni sejurus Puan Arissa dan Akma menemuinya lantas menyuarakan hasrat mereka untuk pergi ke Tabung Haji.
“ Ibu nak tanya tentang surat ini.”
“Apahal dengan surat itu angah?”
“ Taklah,ibu nak tanya macam mana ibu boleh terpilih untuk mengerjakan Haji tahun ini.Sedangkan ibu tak pernah masukkan wang hatta lima puluh ringgit dalam Bank Tabung Haji sejak arwah ayah dah takde.” Terang Akma.Auni yang mulai mengerti bersetuju dengan cadangan ibu serta angahnya dan mereka segera bergerak keluar dari perkarangan Universiti Malaya untuk ke Tabung Haji.
“Ibu itu bukan Along ke,ibu???” Soal Auni pelik ketika baru sahaja keluar daripada kereta milik Akma di seberang jalan.Puan Arissa dan Akma yang baru sahaja keluar dari perut kereta mula melihat ke arah yang ditunjukkan oleh Auni.
“ Apa Along buat dekat depan Tabung Haji itu ibu? Siap pegang bunga rose putih lagi?” Soal Akma pelik.Soalan Akma dibiarkan sepi.Puan Arissa hanya merenung wajah Amanda yang kelihatan pucat yang bersedia untuk melintas jalan.Lamunan Puan Arissa terhenti ketika mendengar teriakan Auni memanggil Amanda.
“Along!!!” Teriak Auni gembira apabila melihat Amanda yang bergegas melintas jalan.Amanda yang melihat keluarganya yang tersenyum melihatnya diseberang jalan terpempam dan…
Pin!!!!”
“Along!!!”
“Amanda!!!”
______________________________________________________________________________
“Subhanallah…” Lafaz Puan Arissa ketika menjejakkan kakinya di Baitullah buat kali pertama untuk mengerjakan haji.Walaupun sudah banyak kali mengerjakan umrah sebelum arwah suaminya meninggal namun perasaannya ketika mengerjakan umrah dan haji berbeza.Apatah lagi pelbagai dugaan yang diterima olehnya beberapa bulan lalu.Dugaan yang amat berat untuknya serta puteri-puterinya terima.Hidupnya sebelum ini umpama mayat hidup kerana tidak menyangka bahawa Allah mengujinya dengan dugaanyang cukup memberi tamparan kepadanya sebagai seorang ibu.Seorang ibu yang gagal mengambil cakna akan perihal kehidupan anak-anak yang sebenarnya amat mengambil berat akan perihal dirinya.Yang ada hanyalah seorang ibu yang sangat sensitive tanpa mengetahui betapa hati seorang anak terluka hanya untuk mengembirakan dirinya sampai sanggup bekorban kebahagiaan sendiri.Mengingatkan semua cubaan yang dialami beberapa bulan lepas sungguh membuatkan dirinya sebak.Tanpa sedar air mata yang menakung mengalir perlahan-lahan tanpa mampu diseka.
“Maafkan kami Puan,kami sudah cuba sedaya upaya…Namun Allah lebih menyayanginya.” Ucap doktor yang baru sahaja keluar daripada dewan pembedahan.Puan Arissa,Akma dan Auni terpempam.Tanpa sedar ada air mata yang bertakung.
“Apa maksud doktor???” Tanya Puan Arissa dengan wajah yang mendung.
“Kami tak dapat selamatkan anak puan.Keadaan dia sewaktu dia sampai ke dewan pembedahan kritikal puan.Tambahan pula,arwah menghidap penyakit leukemia tahap keempat puan…” Ucap doktor tersebut.Puan Arissa,Akma dan Auni yang mendengar akan perihal penyakit leukemia yang dihidap oleh Amanda terpempam.
“ Apa maksud doktor ni?” Tanya Akma.Auni yang mulai berdiri kaku mula menyandarkan dirinya rapat ke dinding dengan juraian air mata yang mengalir.
“Arwah dah menghidap penyakit leukemia sejak lapan tahun yang lalu … Arwah menjalani ujian pemeriksaan kesihatan seminggu sebelum tarikh arwah mendapat keputusan peperiksaan SPM dan arwah disahkan positif menghidap penyakit leukemia tahap kedua.” Terang doktor itu.Puan Arissa yang masih lagi berada dalam keadaan terkejut sedaya upaya menindakkan penerangan yang diberi oleh doktor.
“Tak mungkin doktor! Tak mungkin! Tak mungkin anak saya berpenyakit! Kalau dia sakit, dia selalu akan cakap dekat saya yang dia sakit! Tapi sepanjang tempoh lapan tahun ini dia tak pernah mengadu dia sakit pun dekat saya! Doktor tipu!” Jerkah Puan Arissa yang masih lagi tidak mampu menerima kenyataan bahawa arwah Amanda menghidap penyakit yang berbahaya itu.
“Maafkan saya puan…Saya sudah cuba menasihatinya agar dia bagitahu dekat keluarga yang terdekat akan perihal kesihatan diri dia.Tapi arwah kata,dia taknak membebankan puan dan ahli keluarga terdekat dengan kesihatan dia kerana dia baru saja kehilangan ayah tercinta.Arwah tak ingin puan menjadi terus murung dan hidup dalam keadaan yang suram kerana risau akan kesihatannya.Saya sebagai doktor hanya mampu merahsiakan perkara ni daripada puan sekeluarga kerana itu adalah permintaan arwah…Sekali lagi maafkan saya puan.Saya minta diri dulu.Assalamualaikum…” Puan Arissa yang mendengar akan perihal penyakit anak sulongnya terduduk kerana tidak mampu menerima kenyataan bahawa arwah bergelut menghadapi penyakit yang berbahaya itu seorang diri.Mengingatkan wajah ceria Amanda saat-saat terakhir membuatkan air matanya yang mengalir menjadi lebat.Akma yang sedaya upaya menerima kenyataan bahawa kakaknya yang disanjungi telah tiada mendekati ibunya perlahan-lahan lantas segera memeluk ibunya.
“Ya Allah Manda…Kenapa nak??? Kenapa tak cakap dekat ibu nak???” Ratap Puan Arissa.Akma yang mendengar segera memeluk ibunya dengan lebih erat berbanding sebelum ini. Auni yang tersandar di dinding hanya mampu memandang lesu keadaan ibunya.
“Ibu sabar ibu…Tak baik buat macam ni bu..Seksa kakak dekat sana ibu..” Pujuk Akma sambil menangis.
“Ibu jahat Ma.Ibu jahat! Kalaulah ibu tak terlalu sedih dengan kematian ayah kamu,mesti arwah bagitahu yang dia ada penyakit itu! Mesti dia tak terseksa lalui kehidupan yang lalu kalau ibu tau tentang penyakit dia! Ya Allah Ma..Kesian kakak kamu nak!!! Dia bertarung nyawa berlawan dengan penyakit dia sendirian Ma!!! Ya Allah kejamnya aku Ya Allah…” Raung Puan Arissa.
“ Ibu istighfar ibu…Istighfar… Ingat Allah bu..Ingat Allah..” Pujuk Akma.Raungan Puan Arissa makin menjadi-jadi dan akhirnya Puan Arissa terkulai layu dalam pelukan Akma setelah penat meratapi pemergian anak kesayangannya, Amanda…
“Amanda…Ibu rindu kamu nak…” Rintih Puan Arissa perlahan.Kenangan lama yang menjengah kembali dalam memorinya amat menjentik tangkai hatinya.Kenangan lama yang membuatkannya terus kuat dalam menghadapi dugaan yang melanda. Kotak baldu yang bewarna merah dengan sepucuk surat ditangannya ditatap dengan pandangan yang penuh tersirat.
“Allahuakbar….Allahuakbar…” Azan maghrib yang berkumandang menyentak kenangan Puan Arissa terhadap arwah Amanda.Puan Arissa segera bergegas ke bilik wudhuk untuk mengambil wudhuk dan terus menunaikan solat maghrib di Masjidil Haram.
Usai solat, Puan Arissa beristighfar,bertahmid,bertasbih dan berdoa kepada Allah Taala.Seusai doa Puan Arissa kembali merenung kotak baldu dan sepucuk surat yang dibawa bersamanya walaupun kemana jua dia melangkah.Kerana hanya dengan itulah dia dapat merasakan kehadiran puteri sulongnya itu.Tanpa sedar,Puan Arissa mengambil sebuah kotak baldu panjang yang bewarna merah dan membaca sepucuk surat yang dibawanya dari tadi.Air mata kembali menitis apabila membaca isi kandungan surat tersebut, dan saat dia ingin menyeka air mata yang mengalir,kotak baldu yang dipegang terjatuh.
Saat dia ingin mengambil kotak baldu tersebut,ada tangan yang mengambil kotak tersebut lantas menyerahkan kotak tersebut ke dalam genggaman Puan Arissa dan tanpa segan silu wanita yang memakai telekung sembahyang yang bewarna putih memegang erat tangan Puan Arissa lantas menyalami dan mengucup tangannya.Terbau haruman yang sangat harum baunya ketika perempuan tersebut menyalami dan mengucup tangan Puan Arissa.Puan Arissa yang mulai terkejut menjadi tenang dan berasa sebak ketika wanita tersebut menyalami dan mengucup tangannya. Saat wanita tersebut melangkah pergi,mata Puan Arissa hanya mampu menyoroti langkah wanita berkenaan dari belakang tanpa mampu bersuara.
Apabila wanita berkenaan sampai disisi seorang lelaki yang kelihatan lebih tua daripada wanita tersebut,wanita tersebut berhenti. Seakan tahu apa yang dihajati Puan Arissa, wanita dan lelaki tua berkenaan berpaling ke arahnya dan Puan Arissa tersenyum melihat wanita dan lelaki tersebut. Beberapa lama kemudian, bayang-bayang mereka lenyap dan Puan Arissa segera melangkah pergi dari ruangan solat berkenaan dengan rasa syukur kepada Ilahi yang tidak henti-henti kerana memperkenankan doanya sebentar tadi dengan linangan air mata gembira.
‘Ya Allah Ya Tuhanku..Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Kuasa,Engkaulah Yang Maha Esa.. Engkaulah Yang Maha Pendengar,Maha Bijaksana,Maha Mengetahui,Maha Mengasihani dan sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mengabulkan permintaan hambamu yang kerdil ini Ya Allah.Aku bersyukur kepadaMu kerana telah memakbulkan permintaan hambamu ini untuk melihat wajah suamiku serta wajah puteriku,Amanda buat kali terakhir Ya Allah.Sesungguhnya rasa rindu dan perit yang selama ini bersarang dalam jiwa telah terungkai Ya Allah kerana kekuasaanMu.Terima Kasih Ya Allah…Terima kasih…Alhamdullilah..’ Getus hati Puan Arissa.
“Amanda sayang…Pergilah kamu dengan tenang dan aman..Ibu izinkan kamu pergi nak..Ibu redha…Ibu redha sayang…Ibu akan jaga hadiah hari lahir ibu yang kamu titipkan ini sayang… Ibu takkan biarkan hadiah ni pergi daripada kehidupan ibu…Terima kasih sayang..Abang..Jaga Amanda elok-elok dekat sana ye…” Ucap Puan Arissa perlahan.Dengan air mata kegembiraan,Puan Arissa berlalu pergi sambil mengenggam erat titipan terakhir daripada puterinya Amanda yang diberikan oleh jururawat bertugas saat mereka sekeluarga meratapi pemergian Amanda..
“ Puan..” Panggil jururawat berkenaan.Puan Arissa yang masih lagi pegun dalam pelukan Akma hanya membisukan diri sambil beristighfar dalam hati supaya dia boleh terima kenyataan bahawa anak yang disayangi telah tiada di dunia ini menghadap Ilahi.
“Ada apa nurse?” Soal Akma wakil Puan Arissa.Jururawat berkenaan memandang Puan Arissa dan Akma silih berganti sambil memegan erat bugkusan plastik jernih yang mengandungi sebuah kotak baldu panjang bewarna merah.
“ Ermmm..saya nak bagi ini..” Serah jururawat berkenaan.Akma yang memandang pelik jururawat tersebut tetap mengambil bungkusan plastik berkenaan apabila jururawat tersebut melemparkan senyuman manis buat dia.Auni yang tersandar di dinding mula mengorak langkah mendapatkan Akma dan ibunya yang sedang terduduk di hadapan pintu dewan pembedahan.
“Itu adalah barang milik arwah… Dompet dan yang lain-lain ada di kaunter yang bertugas.Saya bagi sebab saya rasa kami sebagai jururawat tak mampu menanggung risiko untuk menyimpan kotak baldu ini.Sebab dalam kotak ini ada barang yang amat berharga.Saya mintak maaf sebab saya sudah melihat isi kandungan kotak baldu ini…” Terang jururawat berkenaan.Akma yang mendengar hanya mampu menganggukkan kepalanya.Jururawat berkenaan tersenyum dan akhirnya melangkah pergi meninggalkan Akma sekeluarga.
“Ap…Apa..Da…Da..Lam.. Kotak…itu..Kak..???” Tanya Auni tersekat-sekat.Akma hanya mampu memberikan plastik jernih berkenaan kepada Auni kerana dia tidak berupaya untuk membuka plastik tersebut kerana posisi Puan Arissa yang masih lagi dalam pelukannya.
“Kak..” Lafaz Auni.Akma yang mendengar adiknya memanggil segera melihat kearah adiknya.Mata Akma terbuntang apabila melihat isi kandungan dalam kotak baldu milik arwah Amanda.
‘Gelang tangan ibu!’ Jerit hati Akma.Akma yang melihat gelang tersebut terus mengambil kotak yang mengandungi gelang ibunya daripada Auni.Macam mana gelang ini ada dengan arwah kak Manda? Bukan ke gelang ini ibu dah jual dengan pihak bank Ar-Rahnu bila ayah dah meninggal? Macam mana? Pelbagai persoalan bermain di minda Akma dan Auni dibiar sepi dan akhirnya Akma menyerahkan kotak baldu tersebut kepada Puan Arissa yang sudah mula tunjukkan pergerakkan positif dalam pelukannya.
“Ibu..Ni gelang tangan ibu kan?”
Tanya Akma.Puan Arissa yang tersentak dengan soalan Akma perlahan-lahan mengangkat kepalanya dan melihat gelang tangan yang dimaksudkan.Alangah terkejutnya Puan Arissa apabila mendapati isi kandungan kotak baldu tersebut.Akma yang melihat kondisi Puan Arissa menyerahkan kotak baldu yang terbuka itu kepada Puan Arissa.Apabila kotak tersebut beralih tangan, Puan Arissa memerhatikan gelang tangan yang pernah satu ketikanya menjadi milik dia. Di saat dia mengambil gelang tangan yang berada dalam kotak baldu panjang tersebut, segulung kertas jatuh daripada kotak baldu tersebut keatas ribanya.Puan Arissa yang terpinga-pinga mengambil gulungan kertas tersebut perlahan-lahan.Akma dan Auni hanya mampu melihat kerana terlampau terkejut dengan isi kandungan kotak baldu tersebut.Puan Arissa membuka gulungan kertas tersebut dengan tangan yang terketar-ketar dan akhirnya membaca warkah yang terdapat dalam surat tersebut apabila gulungan tersebut berjaya dibuka.
Assalamualaikum…
Kehadapan ibu yang ku sanjungi dan sayangi.Terlebih dahulu maafkan Manda kerana Manda telah banyak menyakitkan hati ibu sepanjang dalam tempoh lapan tahun ini.Manda tahu,ibu kecewa dan terkilan dengan perangai Manda yang banyak berubah sejak kematian arwah ayah.Terutamanya dari segi melahirkan kata-kata sayang dan ucapan yang amat ibu rindui daripada Manda.Manda tahu ibu terseksa dan terkilan dengan perangai Manda.Mungkin ibu menyalahkan diri ibu atas perubahan sikap Manda.Tapi ketahuilah ibu, bahawa ibu bukannya punca atas perubahan sikap Manda.Manda berubah sikap kerana Manda tak nak lihat ibu  terseksa apabila Manda pergi menghadap Ilahi.Manda taknak ibu menanggung rindu yang sarat apabila mengenang kembali kenangan manis kita bersama.Maafkan Manda ibu…Mungkin Manda berlaku kejam terhadap ibu,tapi ketahuilah ibu bahawa Manda terseksa dengan sikap Manda.Manda terseksa kerana tidak mampu mengungkapkan kata-kata sayang kepada ibu seperti sebelum ketiadaan ayah.Manda terseksa kerana Manda tidak mampu mengucapkan lafaz keramat dan memberikan hadiah kepada ibu pada hari lahir ibu seperti mana adik-adik yang lain mampu berbuat demikian.Manda harap dengan hadiah yang tidak seberapa ini mampu merungkaikan sedikit rasa ibu kepada Manda.Terimalah hadiah ini ibu.Manda tahu ibu sayang sangat dengan gelang ini sebab gelang ini adalah gelang terakhir yang arwah ayah belikan untuk ibu.Manda pun tahu ibu teringin sangat nak menunaikan haji walaupun ibu dah pergi membuat umrah berkali-kali sebelum ketiadaan ayah.Buktinya,ibu sering mengalirkan air mata ketika melihat lukisan kaabah yang tergantung di ruang tamu.Manda harap dengan hadiah ini,hasrat ibu untuk menunaikan haji tercapai dan tolonglah jangan lepaskan gelang ini daripada kehidupan ibu…Manda mohon sangat-sangat.Mungkin pemberian ini agak lewat daripada tarikh hari lahir ibu tapi Manda teringin sangat nak berikan hadiah ini kepada ibu sebelum ajal menjemput Terimalah hadiah daripada Manda sebagai hadiah hari lahir ibu. SELAMAT HARI LAHIR IBU!  MANDA SAYANG SANGAT DENGAN IBU! SAYANG SANGAT-SANGAT!
                                                                                                                         salam sayang
                                                                                           amanda
 Air mata Puan Arissa menitik satu persatu ketika membaca tulisan terakhir daripada Amanda.Manda…Ibu pun sayang Amanda…Ibu sayangkan kamu nak..Sayang sangat-sangat.,,Manda takde buat salah pun dekat ibu nak…Ibu yang salah..Ibu yang salah sayang… Ya Allah, Engkau tempatkanlah anakku di syurgaMu Ya Allah..Sesungguhnya dia anak yang baik dan  hamba tahu bahawa Engkau pun mengetahui bahawa anakku seorang anak yang baik. Dengan sebab itulah Engkau memanggilnya kembali bertemu denganmu kerana Engkau tidak ingin melihat dia menderita di dunia ini seorang diri Ya Allah…Maafkan hambamu ini Ya Allah kerana telah lalai menjadi seorang ibu yang baik kepada anak-anak hambamu ini Ya Allah..
“Ibu???” Sapa Akma. Puan Arissa yang menangis tersedu-sedu segera mendapatkan Akma dan Auni dan memeluk mereka dengan erat.Akma dan Auni yang tahu akan gelojak hati ibu mereka membalas kembali pelukan Puan Arissa.
‘Kak…Pergilah dengan tenang kak…Akma dan Auni ada disini..Akma dan Auni akan jaga ibu sebaik-baiknya…Pergilah kak..Pergilah…Akma dan Auni sayang akak..’ Getus hati Akma sambil memeluk erat tubuh Puan Arissa.
‘Kak…Auni mintak maaf sebab jadi adik yang jahat pada akak..Tapi Auni janji Auni takkan jadi anak yang jahat pada ibu..Auni akan dengar nasihat akak..Auni akan tebus balik kesalahan akak..Akak pergilah dengan tenang ye kak..Maafkan Auni..’ Rintih hati Auni.Pelukannya makin bertambah erat apabila memikirkan nasib yang menimpa kakak sulongnya.
Pergilah Manda…Pergilah dengan aman dan tenang…Izinkan ibu untuk menjaga kenangan kita nak..Tunggu ibu ye Manda..Ibu sayang Manda…

                                                                -THE END-
P/S: Sorry kalau ada yang tersalah dan tersilap dalam cerpen ini. First try kut.Heh! Hope all of you will enjoying this and again..Sorry! :D